Lelaki yang tidak pernah menunjukkan kesedihannya sebelum ini mula membuka kisahnya yang lebih menjentik hati.

"Aku mula bercakap apabila disoal sahaja. Lepas Arene lahir, dia menjadi penghibur hati dan tempat aku mengadu masalah walaupun dia baru berusia beberapa bulan. Lepas dia dah faham orang cakap apa, aku mengadu dekat dia masa dia dah tidur. Arene was my only strength and weakness,"

Zayden menenangkan diri yang terasa mahu menangis mengenang memori bersama Tengku Risya Arene, anak bongsu Tengku Zayn Helmi dan Tengku Reyna Alana.

"She was my another mother to be very honest. Dia selalu kata 'Along nanti jangan nakal-nakal tau' sebelum keluar pergi main ke atau pergi tadika. It was her sentence only for me. Arene selalu pesan jangan buat ini, jangan buat itu. Aku yang jaganya selalu sebab walid dan bonda sibuk. Raisya pula bonda bawa dia ikut business trip. Zafril dia tak ada sangat di rumah kalau ada walid baru nampak mukanya. It was only me, Arene, Mak Nab and Pak Din. Actually she knew I'm not her biological brother but she never breathe a word to anyone or asked a thing. I really miss Arene so much, sunshine. If she was here, she will be the happiest person to see you."

Zayden menceritakan memorinya bersama keluarganya atau lebih tepat keluarga angkatnya.

Rihanna mengesat pipinya yang sudah basah dengan air mata. Dia yang mendengar pun sudah pilu apatah lagi yang melaluinya.

"Dah makan. Memories will be our strength to walk through our future," Rihanna yakin semua orang mempunyai masa silam yang tidak dapat dilupakan walaupun sudah lama.

Zayden mengangguk dengan senyum nipis lalu menyambung semula untuk menjamah makanan. Dia bukannya tidak rapat dengan satu-satu adik kandungnya, Tengku Afryna Emilia Ryad Lee tetapi sejak dia mula bercakap, keluarga Tengku Zayn Helmi menjadi tatapannya. Lagipun dia baru bertemu dengan keluarga kandungnya 4 tahun yang lepas. Dia membesar dan menjaga Tengku Risya sejak arwah lahir lagi, jadi dia lebih merindui gadis itu melebihi segala-galanya.

Masa silam itu merupakan satu pengajaran untuk seseorang melalui likuk kehidupan dengan lebih semangat supaya tidak mengulangi sejarah lama itu. Kebanyakan sejarah lama yang berulang adalah sejarah yang membawa kesan negatif. Semakin banyak memori masa lalu hilang dari ingatan, semakin tinggi kemungkinan untuk sejarah berulang semula.

History tends to repeat itself.

***

"Argh! Bastards! F**k," Rihanna mengamuk dengan carutan lalu menolak semua kertas dan peralatan di atas meja kerjanya.

Orang kanannya sudah tertunduk mendengar amukan gadis di hadapan mereka.

"Siapa? Siapa yang berani sangat? Jawab!" jerit Rihanna lalu mencekak kolar baju Felix yang berada di hadapannya.

Felix mendiamkan diri membiarkan gadis itu mencekak kolarnya.

"Ya Allah!" Rihanna melepaskan kolar baju Felix kerana dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahannya pada orang yang tidak bersalah.

Rihanna melangkah ke arah meja kerjanya semula.

"Where was grandpa's last location?" soal Rihanna mendatar.

"According to Lucas, his last location was at the main gate of White Ivy Mansion before being kidnapped by several masked men there. Two of them was successfully captured by the bodyguards and taken to our hideout," Audrey membaca mesej yang baru diterimanya dari Lucas.

Lucas merupakan penggodam terbaik Aigle Oeil selepas ketuanya, Rihanna.

"Aku akan datang sekejap lagi. Korang gerak dulu. I'll deal with that shit myself," arah Rihanna sebelum duduk di atas kerusi meja kerjanya.

OG | Last Legacy: Princess CoronationOn viuen les histories. Descobreix ara