"Er! Sekejap saya confirmkan dengan Encik Dzul." Gadis itu bingkas bangun dari kerusi dan menuju ke bilik majikannya. Fatnim hela nafas berat. Malang apa lagi nak berlaku pada dia ni. Hatinya rasa tidak enak.

"Encik Dzul, ada wakil dari Encik Lutfi datang untuk meeting."

"Bagi dia masuk." Balas Dzul tanpa menoleh memandang pekerjanya. Tangan sibuk mencatit sesuatu di atas kertas.

"Tapi.." Gadis itu kelihatan serba salah.

"Okay baik." Baik dia blah dari merosakkan mood tak berapa baik majikannya itu.

"Erm Encik Dzul jemput masuk." Gadis itu menunjuk bilik Dzul.

"Terima kasih." Fatnim tarik nafas panjang, macam lah dia tak tahu mana bilik pejabat Dzul.

Bunyi ketukan pintu buat Dzul mengangkat kepala seraya mengemas kertas di atas mejanya.

"Masuk." Dan serentak itu pintu biliknya terbuka dan mata Dzul kaku tak berkelip.

"Maaf, saya wakil dari Encik Lutfi untuk meeting petang ni." Wajah Fatnim tenang tiada riak melihat respon tergamam Dzul.

Dzul berdehem menenangkan diri. "Duduklah."

"Terima kasih." Fail dibawa diletak di atas meja.

"Lutfi kemana?" Soal Dzul sambil memandang Fatnim mengeluarkan isi di dalam fail. Raut wajah tenang dan lembut gadis tak pernah mengubah matanya untuk terus menatap.

"Airport." Kata-kata Fatnim yang selalu menjadi air dalam dirinya selama ini. Dan dia tak nafikan Fatnim salah seorang yang ada saat susah senang dia bangunkan bisnes dahulu.

Sukar untuk dia terima kenyataan yang gadis itu sekarang bukan miliknya lagi.

"Encik Dzul dengar apa saya cakap?" Teguran Fatnim mematikan lamunan Dzul.

"Hah?" Dzul jungkit kening. Sah dia kantoi usha bekas tunang lama-lama.

"Encik Lutfi ke airport dan minta saya ganti tempat dia untuk meeting pasal.."

"Airport? Buat apa?" Suara Dzul sedikit tegang.

"Mana saya tahu, tu urusan pribadi dia."

"Awak kan girlfriend dia. Takkan tak tahu?" Perlian Dzul buat Fatnim terdiam menunduk wajah. Dia pernah menipu Dzul yang Lutfi teman lelakinya semata-mata mahu menyakitkan hati lelaki itu.

"Dia bukan boy friend saya." Suara Fatnim mengendur, lambat-lambat dia angkat kepala membalas tatapan dingin Dzul.

"Jadi selama ni awak tipu saya?"

"Apa pun yang saya buat dulu tak ada kaitan dengan Encik Dzul sekarang." Sebaik mungkin Fatnim kawal nada suaranya. Tidak mahu kelihatan beremosi di hadapan lelaki itu lagi.

"Suka hati awak lah." Seperti yang diagak, itulah jawapan lelaki itu.

Dzul terdiam memikirkan sesuatu. Dua hari lepas dia ada dapat pesanan dari Dayang, yang dia tak perlu datang menjemput gadis itu di airport. Dan sepatutnya jadual Dayang habis kerja adalah petang tadi.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now