Bab 14 ✨

26 3 2
                                    

"kenapa aku perlu benci diri aku sedangkan aku tak salah. Kau kena kuat alysya . Ingat pesan abang aisy. Kau kena kuat. " Alysya monolog sendiri di dalam bilik.

Sebulan kemudian...

"Maaa aiman pergi kerja dulu ya , aiman dah lewat ni. Esok kita sarapan sekali ya . "
"Ya la take care . Bawa kereta tu dengan berhemah. Faham tak. "

" Ya faham maa. " Aiman bergegas bersalaman dengan puan iza.

Aiman merupakan seorang pakar psikiatri setelah menerima kelulusan bidang perubatan dalam ijazah sarjana perubatan. Aiman mengantikan seorang pakar yang terpaksa di pindahkan ke hospital lain bagi masalah peribadi.

" Aiman.. saya nak minta tolong awak pantau seorang pesakit saya yang memang mengalami masalah yang kritikal . Dia baru ja masuk ke sini dalam bulan lepas. saya dapat amanah dari arwah abangnya untuk pulihkan keadaan adik kembar dia. Saya ada berbincang dengan pesakit tersebut tentang hal ini dan syukur dia bersetuju untuk tukar pakar asalkan dia dapat sembuh. Sekarang keadaan dia agak kritikal. Paling menyedihkan dia dah dimasukkan ke dalam untuk pemantauan yang lebih teliti. Dalam tempoh dua minggu dia dekat sini. Saya dapat mengetahui bahawa dia mengalami kemurungan yang teruk setelah abangnya meninggal sebulan yang lalu. Sejak arwah meninggal dia me jadi seorang yang sangat pendiam dan banyak kali membuat cubaan bunuh diri. Arwah pernah memberitahu saya bahawa adiknya mempunyai kisah silam yang sangat perit Serta dia merupakan anak yatim piatu. Saya harap sangat awak dapat membantu dia untuk pulih. Jika awak ingin apa - apa pertolongan awak boleh hubungi saya." Kata doktor zarif.

" Inshaallah doktor saya akan bantu dia sehabis baik. By the way , boleh saya tahu nama dia ?" " Oh ya nama dia nanti awak akan tahu ya. Saya nak awak tahu dari tuan punya badan sendiri. Saya Minta diri dulu. Semoga berjaya ." Kata doktor zarif sambil memberi senyuman manis kepada aiman.

"Kenapa hati aku rasa sakit bila dengar kisah silam dia. Aku tak sangka seteruk tu dia lalui. Aku ingatkan aku yang hilang ingatan ni lagi perit tapi ada yang lagi perit hurm." Aiman monolog sendiri sambil menyusun barangnya di meja.

Keesokan harinya.. aiman bersiap dan menjamu sarapan bersama puan iza. Dia kelihatan sangat segak dengan berbaju kemeja biru muda.

"Aiman dah ready ka nak mulakan kerja harini ?" "Alhamdulillah aiman dah ready cuma sejak semalam aiman bermimpi seorang perempuan yang aiman rasa aiman pernah rapat dengan dia. Maa tahu tak sapa ? Tapi tak pa la maa aiman dah lewat ni.. aiman pergi dulu ya. Assalamualaikum. " Aiman bergegas bersalaman dan bergerak untuk ke hospital.

" Maafkan maa aiman. Maa ingat aiman tak akan ingatkan perempuan tu lagi...." Puan iza monolog sambil melihat anaknya berlalu pergi.

Setibanya aiman di Hospital Psikiatri George Town. Dia melihat jadual yang telah ditetapkan. Hari ini merupakan hari pertama untuk aiman berjumpa dengan pesakit.

Aiman bergegas ke wad 6 untuk berjumpa dengan pesakit yang doktor zarif rawat. Hatinya sangat gelisah seperti ada sesuatu yang akan terjadi.

" Assalamualaikum.. siapa pesakit doktor zarif ya dekat sini? " Aiman bertanya kepada pesakit yang berada di dalam wad tersebut. Terdapat 4 orang pesakit di dalam wad tersebut.

"Tu perempuan yang tengah termenung tengok tingkap tu." Salah seorang dari pesakit menunjuk ke arah perempuan yang segak bertudung labuh.

"Terima kasih.. assalamualaikum saya doktor baru yang mengantikan doktor zarif.." "waalaikumussalam..aiman?" Perempuan itu terkejut melihat aiman.

" Awak kenal saya Ka? " Pesakit itu berlalu pergi tanpa menjawab soalan daripada aiman. Aiman merasakan ada sesuatu yang disembunyikam dari pesakit itu.

"Awak tunggu.. kenapa awak keluar macam tu ja. Macam mana awak tahu nama saya. Awak.. " aiman segera mendapatkan pesakitnya.

Pesakit itu berhenti lalu berpusing melihat aiman. Dia menangis membuatkan aiman berasa tidak senang.

"Kenapa awak menangis ni.. apa yang saya dah buat sampai awak menangis ? " Aiman Cuba memujuk pesakitnya.

"Doktor hilang ingatan? "

" Ya saya memang hilang ingatan sejak Saya terlibat dengan kemalangan. Saya tahu pun Dari mama saya. Macam mana awak tahu? "

" Doktor zarif beritahu.. saya nak pergi tandas. Nanti saya balik wad. Doktor tunggu dekat Sana ya. " Pesakit itu berlalu pergi meninggalkan aiman.

"Ya Allah, kau lindungilah aku dari jatuh cinta kembali. Kau sembuhkanlah aku supaya aku dapat pergi jauh dari dia. Aku amat rindukan dia tetapi Aku takut kehilangan dia buat kali kedua. Aku kena rahsiakan hal ini dari dia. Abang.. adik dah jumpa aiman. " Pesakit itu keluar dan kembali ke wad.

TBC..

Thank you for support! ❤️ Aiman dah kembali. Adakah cinta mereka akan bersatu atau sebaliknya ?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A promise of loyaltyWhere stories live. Discover now