EP13: Who Them?

13 7 27
                                    

    Alayna membuka matanya, kini dia sedarkan diri dirumah keluarga Gun.
Rumah keturunan haiwan.

   "Awak dah sedar?!"

Tan terkinja kegembiraan membuatkan Pol dan Mark lekas mendekati.

   "Alayna... Awak okay?"

Mark dilanda kerisauan.

Alayna hanya memandang kosong kearah Mark yang berbalut lengan kirinya, mungkin patah tangan.

Ter..

Alayna terus bangun dari baringnya.

Dia baru sedar, kalau dia faham semua jalan cerita Ter, dia akan faham semuanya.

Jadi dia hanya perlu tumpu pada Ter.

Alayna menapak turun dari katil dan bergegas.

   "Awak nak kemana?"

Mereka jadi hairan.

Baru sedar dah terburu-buru.

Alayna terus kebilik Ter, dibukanya pintu bilik tersebut.

Gelap.

Tiada cahaya yang berjaya menerobosi disebabkan langsirnya yang tebal.

Alayna masuk kedalam dan menutup pintu semula.
Dia tahu Ter ada didalam, sedang bersendirian dan mengasingkan diri seperti sebelum ini.

Dengan hidung tajamnya, Alayna dapat tahu Ter sedang duduk dilantai bersandar pada dinding tak jauh dari katil.

   "Ter..."

Panggilan sayu Alayna membuatkan Ter mendongak.
Dalam gelap, mata naganya sangat cerah jadi dia dapat melihat bahawa Alayna sedang berdiri didepannya.

   "Saya minta maaf."

Ucapan maaf dari Alayna kedengaran sebak. Ter pun tak tahu kesalahan apa yang Alayna lakukan padanya.

Yang dia tahu...

Dia yang menyakiti gadis itu.

Alayna tak dapat menahan air matanya dari mengalir deras.
Akhirnya dia kalah dengan kesedihan.

  "Huh?"

Tubuhnya terasa seperti dipeluk seseorang.

    PUSSHHHHH

Alayna memeluk erat sang kucing yang disayanginya.
Sang kucing yang membuatkan dia tenang.

   "Saya... Saya nak jadi manusia."

Ter tak suka dengan dirinya yang sekarang.

Dirinya yang bahaya dan perlu dijauhi.

Dia ingin menjadi manusia, supaya dia boleh melindungi orang yang tersayang.

Tapi dia adalah keturunan haiwan, dia tak dapat memeluk Alayna lebih lama dalam rupa manusia.

    "Tak apa.. Saya akan bantu awak."

Alayna mengukir senyuman.

Dia akan berusaha lebih lagi. Agar semuanya dapat diselesaikan.

Sumpahan keturunan ini pasti boleh dilenyapkan.

***

    Malam mula melabuhkan tirai, bulan mengantikan matahari dan bintang menggantikan cahayanya.

Suasana rumah kembali terang, Pol sibuk memasak didapur sambil dibantu oleh Pen memandangkan Pen pakar dalam bidang memasak.

Tan sibuk menyalakan unggun api dihalaman dan menyusun bantal-bantal untuk mereka bersantai-santai.

THE DUSKFLORAWhere stories live. Discover now