Bab 29 : Tuan Rumah, Hadilla Hassan

348 22 0
                                    




+ Salam, cik.

+ W'salam. Ya Hani.

+ Saya nak tanya tentang deposit rumah.
+ Sekiranya saya nak tamatkan kontrak di bawah 6 bulan, deposit burn, kan?

Sebenarnya aku memang dah baca agreement. Cuma, kalau tuan rumah ni boleh dibawa runding, lebih baik.

+ Ada masalah dengan rumah ke?
+ Ada masalah dengan Adi?

Aduh... tuan rumah ni tak menjawab soalan la pulak..

+ Tak ada masalah dengan rumah.
+ Tak ada masalah dengan Adi juga...

Hmm.. jujur je lah... lagipun tuan rumah kena tahu jugak.

+ Saya terima tawaran perpindahan tempat kerja.
+ Jadi, kemungkinan besar saya akan terima tawaran ni.

+ Bila plan nak pindah?
+ Ada bagitahu Adi?

+ Pertengahan bulan hadapan. Lebih kurang 4 minggu lagi.
+ Belum bagitahu Adi lagi...

Macam mana nak bagitahu... dari kelmarin tak jumpa dia...

+ Kalau macam tu, sewa untuk separuh dan utiliti contra dari deposit.
+ Jika ada baki, saya akan pulangkan.

Tuan rumah ni memang sempoi betul.

+ Eh! Tak apa cik.. saya faham kalau sewa tak sampai 6 bulan deposit akan hangus.

Aku rasa bersalah pulak!

+ Tak apa. Awak pun penyewa yang baik.

+ Terima kasih, cik!
+ Maaf mengganggu.
+ Selamat malam.

+ Night, Hani.

*****

"Adi tak balik lagi ke?"
Kelmarin lewat. Semalam lewat. Takkan harini pun lambat?

"Dia ada hal sikit. Jumpa Nawwar".
Jawapan Amy membuatkan wajah Hani sedikit tersentak.

Hani toleh ke arah jam yang dah melepasi angka 11 malam.

Bukan semalam Adi jumpa Nawwar jugak ke? Hari-hari jumpa sampai lewat malam?

"Aku nak naik tidur" Amy bangun dan melangkah ke arah tangga meninggalkan Hani yang masih duduk di sofa ruang tamu.

"Tido la.. bukan esok tak boleh jumpa" sempat Amy menyakat. Dan Hani bangun mengekori Amy naik ke bilik dengan harapan dapat berjumpa Adi esok pagi.

Harapan tinggal harapan. Pagi esok jam 6 Adi dah keluar rumah, balik kampung!

*****

+ Amy kata you cuti balik kampung?
Kenapa bagitau Amy je, tak bagitau aku pun?

+ Ya.
Pendek pula jawapan dia ni. Tengah sibuk ke?

+ Kenapa tak bagitau?
+ Mak sihat?
+ Ingatkan you nak ajak I balik sekali.
+ You kat rumah ke?

+ Kat Ayer Hitam. Teman mak.
Eh? Haritu janji nak bawak jalan-jalan....

+ You janji nak bawak I....
Huh? Tak de reply pun?

"Assalamualaikum"
Siapa pulak yang bagi salam petang hari macam ni?

Eh? Nawwar?

Hani melangkah ke arah pintu pagar.

"Adi tak ada. Dia balik kampung"
Eh? Pembantu pun tak tau boss cuti?

"Oh! I tau dia cuti.. ingat dia ada kat rumah"
Nawwar nampak serba salah. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari beg.

"Tolong pass pada Adi ya".
Envelope coklat yang agak tebal berisi dokumen bertukar tangan.

Nawwar mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Hani merenung envelope tebal saiz A4 tersebut.


Hadilla Hassan
Bayu Residence
Tenancy Agreement

+ Amy! Tau nama penuh Adi?

+ Kau nak daftar kursus kawen together-gether ke?

+ Serius ni.. Tau nama penuh Adi?

+ Tak silap aku... Hadilla.
+ Hadilla Hassan

Tuan rumah, Hadilla Hassan.

HaniWhere stories live. Discover now