Bab 18 : Kalah tanpa bertanding

399 19 0
                                    

"So, Along ulang alik setiap hari?" Hana yang duduk di sebelah menyoal sewaktu kereta melepasi jambatan Sungai Johor.

Hani sekadar mengangguk kecil. Dari ekor mata, dia dapat melihat Hana kelihatan teruja menyaksikan pemandangan rumah-rumah rakit yang terapung di sebelah kiri dan kanan jambatan, menambah seri landskap jambatan putih yang megah berdiri menyambut pelancong.

"Malam ni kita tidur kat hotel tempat Along kerja. Esok Along cuti so kita...." belum habis ayat, Hana dah menjerit girang. Digoyang-goyang bahu Hani yang sedang fokus memandu, tanda dia dilanda keterujaan. Hani ketawa sambil menggeleng kepala.

Excited betul Hana dapat habiskan minggu pertama cuti semester di Johor. Tak sangka ayah dan ibu bagi permission, dan Along pun layankan permintaan dia.

*****

"Yo! Amboi... kemain kau punya first impression!" Amy menepuk bahu aku yang dari tadi terbongkok-bongkok memasang cadar.

"Good first impression untuk kita berdua jugak la! Mesti tunjuk tauladan yang baik!" aku menepuk bahu Amy sambil membalas hujah rasional.

Aku sedang sibuk menyiapkan bilik tetamu. Hani dah inform yang adik dia nak lepak lebih kurang seminggu kat rumah kitorang.

"Gabra ka?" Amy ketawa kecil.
"Gabra apasal pulak?" aku mengerutkan dahi tanda tidak faham makna soalan.
"Bakal adik ipar nak datang" Amy dan perangai menganjing dia.

"Adik ipar waklu!" sempat aku menolak bahu Amy tanda protes. Amy hanya ketawa.

Gabra? Cuak?

Sebenarnya memang itu perasaan aku. Semenjak Hani pernah bagitahu yang 'emak dia kirim salam' pada aku, kerap juga aku terfikir tentang hal itu.

Semua ahli keluarga dia tahu ke? Macam mana penerimaan diorang terhadap aku - perempuan yang tak berapa nak bergaya perempuan ni ha...

"Rileks beb... budak sekarang ni dah advance. Setakat tomboy rambut hitam jambul di depan, berbaju bunga, seluar yankee ni perkara biasa". Amy tak habis menyakat.

*****

+ Taknak join kitorang ke? 🏖🤿🏄🏻‍♂️

+ @Amy, amacam? Nak join diorang?

+ Huish! Cantek gak tu! Bilik free ke?

Aduh! Spoil market betul lah Amy ni!

+ No worries! Hani belanja korang!

Ehhh... melayan pulak dia ni! Ini bukan ajak-ajak ayam ni...

+ Wowwww! Set! Lepas breakfast ni kitorang terus gerak.

Uishh! Nak tersembur kopi aku. Sukati je Amy ni buat keputusan tak bincang dengan aku.

+ Okay! Jumpa korang jap lagi. Hana ni dah sibuk nak ajak pergi pantai!

+ Okay. Nanti sampai I inform. Stay safe.

Hmmm... aku ingat malam ni dia nak bawak balik adik dia tidur kat rumah...

*****

"Kau okay beb?" soalan Amy bernada serius.
"Okay je... apasal?" mata masih fokus memandu.
"Ye la.. jap lagi kau nak jumpa adik si Hani tu..." sambung Amy.

HaniWhere stories live. Discover now