Bab 28 : Macam nak pengsan

350 22 1
                                    

Aku meraup wajah sambil menghela nafas berat. Amy menepuk-nepuk bahu aku seolah mengerti apa yang sedang aku hadapi.

"Esok gi jumpa dia. Bincang" Amy memberi pendapat.

Macam mana aku nak bincang benda yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal?


Sewaktu nak melangkah keluar dari rumah Nawwar tadi, secara tiba-tiba tangan aku ditarik.

"I tahu you anggap I sekadar kawan sekerja, pembantu you... tapi perasaan I pada you bukan setakat kawan sekerja. Bukan setakat boss-assistant.

Sepanjang dua tahun kerja dengan you, I cuba untuk kekalkan sikap professional. Sebab I tahu you tak suka campur aduk hal kerja dan peribadi.

I minta maaf. I sendiri tak tahu bila masa perasaan ni hadir.

Terima kasih untuk harini. Minta maaf susahkan you, sampai ambik cuti sebab nak ambil I kat hospital..."


Saat itu aku cuma diam berdiri sebab aku tak tahu nak respon macam mana.

"Nanti cerita". Itu je terluah dari mulut aku.

Sampai rumah, terserempak pulak dengan Amy. Muka sarat masalah ni memang mengundang pertanyaan dari Amy...


"Esok dia masih cuti. Lusa baru dia masuk office" perlahan aku menjawab.

"Hah! Lagi bagus! Esok ajak dia lunch. Pastu pahamkan dia kenapa kau tak boleh terima dia" Amy punya gaya malam ni lain betul! Aku rasa macam sedang berdepan dengan Alex Hitchens...

"Ha, lagi satu.. aku ada benda nak cakap sikit pasal Hani... actually, pasal Shah".

Huh? Shah? Bala apa lagi ni...

*****

"Assalamualaikum".
Aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh? Cuti? Outstation?"
Soal mak kehairanan apabila aku muncul pada pagi Jumaat itu.

Biasa kalau outstation, aku akan singgah jumpa mak sebelum ke KL atau semasa perjalanan pulang ke JB.

"Cuti harini. Ingat nak teman mak. Minggu lepas kan tak dapat balik".
Sudah seminggu sejak kes mak keracunan makanan. Sepatutnya hujung minggu lepas aku balik menjenguk mak. Tapi...

"Mana Hani?"
Mak bertanya tentang dia yang tak nampak bayang.

"Dia tak ikut. Orang balik sorang".

Aku diam. Mak diam. Beberapa ketika kemudian, mak menepuk bahu aku dengan lembut.

"Gaduh ke?" soal mak.

Mana mungkin boleh sorok dari mak....

"Tak lah... nak gaduh kenapa pulak... dah besar panjang".
Senyuman plastik di ukir tapi aku yakin mak perasan.

*****

Aku melangkah perlahan-lahan melewati deretan kedai cenderamata dan barangan tanah liat. Emak sudah di depan sambil sibuk tawar menawar dengan tauke cina kedai perkakas hiasan rumah. Entah beli tudung saji atau bekas bawang lagi...

Sepatutnya minggu lepas aku bawa Hani jalan-jalan ke sini. Aku janji nak bawa dia explore kawasan sekitar. Tapi dia kena kerja hujung minggu.

+ Amy kata you cuti balik kampung?
Panjang umur betul dia ni. Baru terfikir dah muncul.

+ Ya.
Malas nak jawab beria.

+ Kenapa tak bagitau?
+ Mak sihat?
+ Ingatkan you nak ajak I balik sekali.
+ You kat rumah ke?
Berderet mesej dari Hani.

+ Kat Ayer Hitam. Teman mak.
Serentak itu aku simpan telefon kembali ke dalam poket seluar.

+ You janji nak bawak I....
Notifikasi Whatsapp tertera pada skrin jam di pergelangan tangan kiri. Aku sekadar baca tanpa mahu membalas.

*****

"Hani call mak tadi".
Aku yang sedang mengunyah kerepek ubi pedas tersedak. Pedih hidung.

"Dia nak apa?"
Aura tidak mesra terkeluar.

"Dia tanya khabar mak. Dia tanya kot kau balik harini".
Mak duduk disebelah sambil menghulur balang kerepek pisang. Balang kerepek ubi berganti.

"Isnin outstation. Selasa petang baru balik. Ingat nak singgah tidur sini. Rabu pagi-pagi baru balik JB".
Aku jawab jujur dengan mak.

*****

"Woi, bertapa kat Gunung Jerai ke?". Tanpa bagi salam, Amy redah terus soalan sarkastik.
"Ye beb. Tengah bertapa kau call.. nasib baik line telefon kat sini clear!" aku layankan perangai Amy.
"Hani kata kau balik Rabu?" soal Amy.
Confirm Hani dapat tahu dari mak.

"Korang gaduh ke?"
Dah lagi sorang dok serkap jarang aku bergaduh dengan Hani...

"Gaduh apa pulak... aku balik lawat mak je pun..." jawapan aku tidak begitu jujur tetapi tetap rasional.

"Nawwar datang rumah petang tadi. Dia cari kau".

Apasal aku rasa macam sesuatu yang tak best bakal terjadi ni?

"Dia cari aku kenapa? Dia takde text aku pun bagitau nak datang".
Sambil berborak dengan Amy, aku sempat scroll WhatsApp. Positif tak ada text dari dia.

"Aku tak tahu. Aku keluar tadi".
Kalau Amy keluar, macam mana dia boleh tahu Nawwar datang?

"Hani yang ada kat rumah".

Dan aku rasa macam nak pengsan!

HaniWhere stories live. Discover now