Bab 16 : Datang lah lagi, Mak!

359 18 0
                                    

"Assalamualaikum" aku menolak daun pintu. Amy dan Hani yang sedang menonton tv di ruang tamu bangun dan melangkah ke arah aku.

"Wa'alaikumussalam" serentak itu juga mereka mencari kelibat seseorang di belakang aku..

"Jemput masuk, makcik......" lembut suara menyapa mak yang berdiri di muka pintu. Aduhai... tak pernah pulak aku dengar suara selunak ini sepanjang tinggal bersama...

Amy! Buang tebiat apa kau malam ni dengan suara mendayu macam tu?!

Hani yang berada di sebelah Amy turut berpandangan dengan aku. Riak wajah dia juga seakan tak percaya dengan alunan suara yang dilontar Amy... 

"Masuk mak. Ni orang kenalkan..."

*****

"Eh, tambah lagi ni. Ada banyak lagi dalam periuk tu" mak menyenduk nasi tambah ke dalam pinggan Hani, kemudian ke pinggan Amy.

Aku tengok dua orang ni dah tak pandang kiri kanan, sibuk menikmati segala jenis makanan depan mata.

Asam rebus nenas, kacang buncis, ayam goreng kentaki, telur dadar, sambal udang petai, ulam timun, tembikai merah, air laici, puding kastard dengan susu...

"Hamboih... seronok nampak!" aku menyakat. Memang seronok tengok kawan-kawan enjoy makan semeja macam ni.

Hani dan Amy menyengih senang...

*****

"Mak suka kawan-kawan kau tu. Ringan tulang. Tolong masak. Tolong kemas dapur. Bagus dapat kawan serumah macam ni".

Lega aku dengar.

"Tak ada boyfriend ke budak berdua tu?". Aduh, soalan apa ni mak?

"Entah... tak ambik port sangat la hal peribadi" jawab aku acuh tak acuh. Takut juga tiba-tiba mulut aku bertukar jadi tempayan kehilangan tutup.

"Esok kita pergi IKEA, lepas tu orang hantar mak balik, okay?" tukar subjek perbualan lah!

"Okay.. budak-budak tu tak nak ikut?" Hmm.. nak ajak diorang ke?

"Tak kot...." bukan diorang tak biasa pergi IKEA.

*****

"Tisu untuk meja makan" Amy tunjuk pek-pek tisu atas rak. Hani ambil sepeket dan masukkan dalam troli.

"Ziplock ni bagus kalau nak simpan bahan basah terus dalam peti ais.." mak ambil sekotak dan masukkan dalam troli.

"Gelas ni besar sikit kan, Amy?" Hani memegang gelas display dari atas rak.
"Ye... banyak sikit boleh isi air.. gelas kat rumah tu pendek.. tak puas minum" sambung mak.
"Ambik sekotak" Amy yang dari tadi tolak troli datang menghampiri mak dan Hani.

Ya Allah.. macam mana aku boleh terjebak dalam aktiviti membeli barang rumah yang dah nak dekat 2 jam ni....

*****

"Terima kasih, mak.. masak untuk kitorang semua".
"Terima kasih, mak.. melayan beli barang rumah sekali...".
"Bosan-bosan nanti, call la, mak!" 

Hamboih korang!

"Hati-hati mak..." Amy dan Hani sama-sama melambai ke arah tempat duduk penumpang di sebelah aku. Aku tarik gear dari neutral ke D.

"Terima kasih.... seronok mak jumpa korang berdua..." mak melambai kembali.

"Bila-bila free nanti datang lagi, mak!" Hani jerit kecil manakala Amy dengan muka sungguh-sungguh mengajak. Kereta mula bergerak perlahan meninggalkan parkir IKEA.




HaniWhere stories live. Discover now