Bab 36: Déjà vu [EDITED]

Start from the beginning
                                    

Segera Iman menepis sangkaannya pergi. Liurnya diteguk sebelum mengambil masa membuka mulut.

"Saya tahu saya salah..."

"Sekarang baru nak fikir salah ke? Apa sebelum kau berlari ikut mentor, kau tak boleh nak fikir?"

Luruh atma sang hawa dihentakkan suara lantang si adam yang merentang tanpa amaran. Gema yang tercipta di sekeliling melemahkan sendi lututnya milik hawa. 

"Iman."

Terketap bibir gadis itu saat namanya dipanggil berang. Tak semena pandangannya berbalam sendiri. Tak pernah terlintas di fikiran Iman yang Rudy akan memarahinya hingga ke tahap ini.

"Kau tahu tak apa perasaan aku bila nampak kau hampir terjatuh haritu?" Soalan diaju langsung tidak terkendur nadanya.

"Aku takut, kau tau tak!" bentak lelaki itu.

Terhinjut bahu Iman sehingga terkatup sesaat kelopak matanya lalu saat itu juga jatuh manik jernih yang hanya bertakung lama dua saat.

"Kalau kau mati, macam mana! Kau ada fikir tak?" Perkataan mati ditekannya. 

Bibir dan tangan Iman yang menggeletar itu diketap serta digenggam.

"Masa tu aku nak buat apa? Kau nak aku buat apa pasal kau dah mati, Iman?"

Air mata dibiarkan jatuh tanpa diusap. Sungguh, setiap sendinya seolah tak mahu bergerak.

"Kau tu anak orang, Iman... kau sedar tak? Kau anak orang!" Rudy menekan ayat terakhir dalam melemparkan amukannya. Merah padam wajah lelaki itu.

Semakin kuat Iman menggenggam bahunya. Laksana menarik sisa-sisa kekuatan yang diharapkan masih berbaki. Malah konjuntiva merahnya juga makin galak merembeskan lakrimasi.

"Tolong ingat sikit kau ada mak, kau ada bapak! Tak macam aku yatim piatu! Kalau aku mati sekalipun tak ada siapa yang kisah!"

Esakan Iman terlepas tanpa sengaja, lantas bibirnya diketap semula. Rabbi... sungguh dia tak kuat saat ini.

Ikutkan hati, ingin saja dia berlari keluar sekarang juga. Tapi dia tak mahu Rudy semakin membencinya kerana menjadi rapuh. 

"Kau..."

Terpejam mata Iman sambil menarik nafas sesaat.

Tergantung ayat Rudy di pertengahan. Dia merengus kasar tatkala merasa tekaknya semakin pedih. Pandangannya dibuang ke tempat lain.

Rambutnya yang terjatuh ke wajah disasar ke belakang sebelum wajahnya diusap kasar. Hatinya sakit. Matanya perit dek menahan air mata hangat yang mahu menitik.

Rudy cuba menenangkan dirinya. Dia menahan rasa sakit dadanya yang kian mencucuk tanpa noktah. Mungkin jantungnya terkejut kerana terlalu banyak dia menjerit dalam keadaan dirinya masih belum stabil.

Tak tahu kenapa namun jiwa adamnya terasa rapuh sangat. Dia malah tidak mampu lagi untuk mengangkat wajahnya menatap Iman ke dalam anak mata. Bukan kerana benci — tapi takut.

"Aa... awak marah saya..."

Mendengarkan saja suara Iman yang bergetar, Rudy lantas memejamkan retina. Bertambah kerut dahinya, semakin dalam juga dia berpaling.

"Saya faham."

"Ss... saya sedar... saya banyak menyusahkan awak," sambungnya dengan suara tersekat dek menahan kerongkongnya yang perih.

"Dua kali saya buat awak masuk hospital, saya minta maaf." Sekali lagi Iman memohon maaf.

"Saya faham kalau awak tak nak pandang saya atau tak nak bercakap dengan saya." Iman menarik nafas panjang, mengawal aturan dadanya.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now