✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 13

548 75 16
                                    

"soojin."

"ye? kenapa?"

"aku nak pergi tandas sekejap sebab aku nak basuh tangan."

"eh, tapi kelas dah nak start. kalau ssaem ahn masuk dulu macam mana?"

"tak, jangan risau. aku pergi sekejap je."

"ha yelah yelah, jangan lambat!"

TANDAS
cermin tandas aku tenung dengan lama.

"sampai bila dia nak jadi macam ni."

tengah aku sibuk berangan, tiba-tiba ada bunyi tapak kaki bergema mengisi suasana sunyi di dalam tandas.

"eh, nayoung? wah, tak sangka kita jumpa dekat sini."

wonyoung, again? kenapa aku asyik terserempak dengan dia ha?

"so, how? everything's good without jeongwoo?" sambung wonyoung.

aku diam selagi mampu. aku diam bukan bermaksud aku takut, tapi aku malas. malas nak bergaduh dengan dia ni.

wonyoung berjalan menghampiri aku dan tersenyum sinis.

"kau patut rasa apa yang aku rasa selama ni." bisik nya.

"wonyoung, aku bagitahu kau awal-awal. kau cantik macam mana pun, semua orang dekat sekolah ni lansung tak akan suka dekat kau. ingat, jangan nak perasan sangat. sebab tu jeongwoo tak pernah suka dekat kau." itu sahaja dari saya, sekian terima gaji.

KELAS
lepas aku masuk ke dalam kelas, baru lah ssaem ahn melangkah masuk.

nice, sempat!

"selamat pagi semua." ssaem ahn mula menyapa.

"selamat pagi, ssaem."

"okay, duduk duduk."

semua pelajar mula bising ibarat seperti tiada ssaem ahn berdiri di hadapan.

"dah, diam. saya nak bagi pengumuman sikit."

"hari ni kelas kita akan ada pelajar baru ye." sambung ssaem ahn.

bila cakap tentang pelajar baru, satu kelas terus excited. tak tahu lah kenapa.

"choi yeonjun, masuklah."

"baik, ssaem."

seorang pelajar lelaki bersusuk tinggi serta penampilannya yang rapi melangkah masuk ke dalam kelas dan mula perkenalkan diri.

"hai, selamat pagi. nama saya choi yeonjun. sila beri tunjuk ajar dan selamat berkenalan."

sekali lagi, kelas menjadi kecoh terutama pelajar perempuan. kenapa? maybe sebab handsome.

"awak boleh duduk dekat depan jung nayoung ye. jung nayoung, sila angkat tangan awak."

aku mengangkat tangan dengan tinggi supaya dia lebih senang nampak aku dan tersenyum nipis.

"okay. terima kasih, seonsaengnim."

"ye, sama-sama."

"so, can we start our english class?" sambung ssaem ahn.

"yes, sir!"

yeonjun mengambil tempat duduk di tempat hadapan aku dan terus berpaling ke belakang untuk berbual dengan aku.

"hai." sapa yeonjun.

"hai, juga."

"nama awak jung nayoung, kan?"

"haah."

"ouh.. cantik nama tu, nampak sesuai dengan awak."

"ha, lupa pula. saya choi yeonjun."

"selepas ni kalau saya berkawan dengan awak boleh? nanti kalau ada apa-apa yang saya tak tahu, saya boleh tanya awak."

"ah, boleh boleh. tak ada masalah."

tengah aku sibuk berbual dengan yeonjun, aku perasan yang mata dia beralih ke arah jeongwoo yang sedang tekun belajar dan tersenyum sinis.

WAKTU BALIK
"nayoung. aku balik dulu tau."

"ah, alright. bye bye, see you tomorrow!"

"you too!"

bila kereta yang dinaiki oleh soojin semakin hilang dari pandangan, aku terus memulakan langkah untuk balik ke rumah.

tak sampai beberapa minit kemudian, aku nampak jeongwoo tidak jauh dari tempat aku berdiri.

aku memang nak tegur dia, tapi aku tahu. mesti dia akan marahkan aku, betul tak? jadi aku perlahan-lahan mengikutinya dari belakang.

tak tahu lah kenapa, bermacam-macam benda yang bermain di fikiran aku sekarang ni.

- throwback -
"nayoung." terkejut aku dibuatnya bila soojin tiba-tiba memangggil.

"h— ha? kenapa?"

"kau sebenarnya tengah fikirkan tentang apa ah? aku tengok kau dari tadi termenung je."

"tak ada apa-apa lah, just fikir apa aku nak buat lepas sekolah ni." aku mereka alasan dengan harapan supaya soojin akan percaya.

"jung nayoung, i know you. kau tengah risaukan tentang apa? pasal condition jeongwoo ke?"

"hm, memang pun. kau rasa idea kau tu menjadi ke ha?"

"idea aku? yang mana satu? kan ada banyak."

"pukul kepala dia balik."

"ouh yang tu. entahlah, aku belum pernah cuba lagi sebab aku just pernah tengok dalam drama je."

"kenapa? kau nak pukul dia betul-betul ke?! kau jangan jadi psycho. kalau kau jadi psycho, memang aku tak kan datang sekolah tau. silap hari bulan aku pindah sekolah."

"ish tak ada lah, aku just tanya je."

"yelah. yang penting kau jangan sesekali buat, okay?!"

"ye ye."
- end throwback -

pandangan aku tiba-tiba beralih ke arah longgokan kayu yang berada di tepi kedai. maybe sebab tuan kedai tu dah tak guna kayu tu kot.

mungkin fikiran aku tak waras masa tu. memang aku betul-betul nak ingatan dia pulih. aku dengan rasa takut menguasai diri aku perlahan-lahan menggapai sebatang kayu sambil terketar-ketar.

dengan perlahan, aku cuba berjalan mendekatinya dan tanpa berfikir panjang, aku terus mengayunkan kayu ke atas dan..

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 || 박정우Where stories live. Discover now