✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 06

610 88 8
                                    

"eh? kosong?"

kebiasaannya kalau aku datang ke sekolah, memang aku dikatakan lambat. tapi hari ni hanya dua atau tiga orang sahaja yang baru sampai.

"aku datang awal ke hari ni?"

aku mengambil tempat dan masih memikirkan apa yang patut aku buat. tiba-tiba, ada sesuatu yang terlintas di fikiran aku.

"itulah faedah bila datang awal ke sekolah. ha, tidur dulu lah. nanti kelas dah bising baru aku bangun."

"jung nayoung."

belum sempat aku pejamkan mata, suara yang agak aku kenali terdengar di telinga aku.

haish, siapa pula yang nak kacau time aku nak tidur ni.

aku duduk tegak dan nampak wonyoung berdiri di hadapan meja aku sambil menyilangkan tangannya.

"kau nak apa pagi-pagi ni? kau tak nampak ke yang aku tengah tidur ni? dah buta dah eh?"

"what? k— kau cakap 'buta' ke tadi?"

"kenapa? kau ingat aku tak berani nak cakap macam tu? aku diam selama ni bukannya sebab aku takut dengan kau tau. fyi, aku tak pernah rasa takut pun dengan kau."

"kau tak takut dengan aku?"

"kalau aku takut dengan kau, kau nak buat apa? kau nak bagitahu satu sekolah yang jung nayoung ataupun nayoung yang tamak dengan attention ni takut dengan jang wonyoung?"

wonyoung hanya berdiri kaku dan tidak berpuas hati.

"hey, aku memang tak kan biarkan benda tu berlaku sebab aku tak pernah takut dengan jenis orang yang macam kau."

"dah, sana lah."

aku tolak badan wonyoung ke tepi dan berjalan keluar menuju ke tandas. disebabkan dia, aku terus tak jadi nak tidur!

"jung nayoung!" wonyoung.

"apa lagi dia ni nak ha."

aku lansung tidak menoleh ke belakang dan hanya berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"kau terima tawaran jadi model sekolah sebab kau nak famous kan? biar semua orang puji kau kan?"

langkah aku terhenti bila dengar ayat yang menyakitkan hati dari wonyoung.

"aku memang dah perasan lama pun, jung nayoung."

"ah lupa! ke sebab kau suka jeongwoo, so that's why kau terima?"

semua pelajar dah mula berkumpul di koridor untuk menyaksikan kekecohan yang tengah berlaku antara aku dan wonyoung.

"apa?"

"ah, aku rasa tekaan aku betul. so memang betul lah yang selama ni kau suka dekat jeongwoo tapi kau just berpura-pura macam kau benci dia? sebab kau nak attention dari dia, right?"

"ataupun kau nak attention dari satu sekolah ni?"

"sebab tu lah kau buat macam tu? kau pergunakan jeongwoo supaya kau boleh famous? wah, tak percaya betul aku dengan kau ni." sambung wonyoung lagi.

semua pelajar yang berada di koridor terus berbisik antara satu sama lain.

aku tahu.. diorang berbisik tentang yang buruk, bukannya baik.

"ak—"

kata-kata aku terhenti bila nampak jeongwoo yang berdiri tidak jauh dari tempat wonyoung dan aku rasa dia dengar semuanya tadi.

aku terdiam, dan terus tundukkan kepala ke bawah. aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. semua orang dah dengar apa yang wonyoung cakap tadi.

termasuk jeongwoo.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 || 박정우Where stories live. Discover now