Urusan Seri Paduka Baginda

13 1 0
                                    

Sudah hampir 4 bulan semenjak dia dapat tahu dia lulus tapisan SPP yang melayakkan dia untuk menjadi guru sekolah menengah.

Hari ini dia dapat surat. Surat yang bakal tentukan di mana dia bakal mengajar.

Sampul yang tertera 'Urusan Seri Paduka Baginda' itu dia pegang dengan debar yang entah apa-apa dan entah kenapa.

Mak Ngahnya berdiri di belakang, ingin mengintip isi surat, tidak sabar. Sudah 4 bulan dia berdoa siang dan malam supaya Hasif tidak dicampak jauh dari bumi bertuah Malaysia barat ini.

Dia mendengar daripada rakan-rakannya bahawa guru lelaki yang belum berkeluarga akan dihantar ke pedalaman. Dia kalau boleh tidak mahu Hasif merantau jauh. Sampai disuruh Hasif cepat-cepat kahwin.

"Cepatlah bukak!" Bahu Hasif ditepuk-tepuk.

Pak Ngahnya yang sedang membaca surat khabar di sofa mengangkat kepala. "Biarlah kat dia. Awak sibuk sangat kenapa?"

Kata-kata Pak Ngahnya hanya dibalas dengan ejekan kecil daripada Mak Ngah. Anak saudara kita, suka hati kitalah!

Hasif dengan tangan terketar mengoyak sedikit sampul surat, "bismillah."

"Sukacitanya anda dijemput untuk melaporkan diri di......"

"ARKIB?!" suara Mak Ngah naik satu oktaf, sampai sakit telinga Hasif dibuatnya.

_____________________________________________

"Mana?" Suara di hujung talian bertanya.

"Kau jangan terkejut."

"Awat? Sekolah agamakah? Ustaz na." Ujar empunya suara dengan loghat utara yang pekat.

"Bukan."

"Dah tu? Apa je lagi yang boleh mengejutkan aku?"

"Aku dapat ARKIB."

"ARKIB?! Sekolah lama hang?!"

Hasif dah agak bukan dia sahaja yang terkejut.  

Serta merta ingatan tentang institusi yang berbangunan Inggeris lama itu bertenggek dalam kepala. Dia pun tidak tahu sekiranya guru-guru yang pernah mengajarnya masih berada di situ. Habis sahaja SPM, dia tak pandang belakang dah. Keputusan SPM pun Mak Ngah yang tolong ambil.

Sebab Hasif bukan pelajar yang baik. Dia budak wanted. Dia bukan seperti rakan-rakannya yang lain yang dikenali oleh guru-guru sebagai pengawas, pelajar contoh, pelajar pintar.

Dia Hasif. Hasif budak bermasalah.









You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ARKIB: HasifWhere stories live. Discover now