Bab 37: Harapan [EDITED]

Start from the beginning
                                    

Zap!

Tak sehinggalah dia muncul.

Salah seorang daripada mereka tumbang tiba-tiba akibat diserang asap hitam. Terkejut aku.

Apa tu?

"Apa benda tadi tu?"

Keadaan sunyi buat seketika dek kemunculan asap hitam yang entah dari mana datangnya. Aku masih di tempat sama menahan senak di dada.

Sama seperti mereka, aku pun takut juga. Kepulan asap hitam yang muncul tanpa sempat aku berkelip betul-betul buat aku tak senang.

Tanpa aku sangka, seorang lagi di antara mereka tumbang dipukul asap tersebut.

"Apahal?"

Zap!

Selesai dia uruskan si kepala samseng, perlahan-lahan kakinya menapak ke arah aku. Aku bingkas bangun lalu bersiaga di hadapannya dengan wajah tegang.

"Kau memang ada potensi..."

Mendengarkan saja kata itu, wajahku semerta dikendurkan. Tubuhku juga sudah tidak sekeras tadi. Setelah aku amati wajahnya itu, aku tergamam.

Sah! Ini lelaki yang aku cuba nak curi...

"Apa kata aku tolong asahkan kebolehan kau."

... dompet dia.

Djin.

Aku terkedu. Melihat huluran tangan dan senyuman itu, aku betul-betul terkesima. Dia ikut aku sampai sini? Dia perhatikan aku daripada tadi?

Ketua Teras Inviso.

Sungguh lelaki itu kelihatan begitu besar di mata dan hati aku. Tanpa dia, mungkin aku masih membesar di tempat yang sama dan menjadi pencuri. Jadi tak salah kalau aku idolakan penyelamat aku sendiri?

Kan?

"Jaga sikit mulut korang! Jangan main cakap je yang bukan-bukan!"

Dan kerana itu aku tak percaya khabar mengenai Djin yang membelot M.A.T.A. dan semua ketua teras. Aku tak mahu percaya.

Aku tahu mesti ada sebab Djin buat begitu. Mustahil lelaki yang pernah tolong aku sanggup membelot rakan sendiri dan agensi yang mereka bina. Djin banyak berkorban!

Tapi sejak malam tu.

"Jangan halang laluan aku!"

Terbungkam.

Bodohnya aku kerana kekal bersangka baik. Kerana jasa, sanggup aku butakan mata, pekakkan telinga. Tak pernah aku terfikir lelaki yang pernah aku pandang tinggi selama ini, benar-benar berubah hanya kerana dendam dan kuasa.

Hebat juga mainan dunia.

Jadi selama ini Djin hanya melihat aku sebagai senjata sajalah. Bukan sebagai seorang manusia yang perlukan bantuan?

Atau anak kecil yang perlukan seseorang...

Agaknya kalau aku tak punya apa-apa kemahiran di usia muda, aku masih akan direkrut dan dilatih ke?

Atau sekurang-kurangnya dibantu?

Aku faham dengan aturan dunia yang dicipta manusia. Dan aku sepatutnya sedar. Selagi namanya orang luar, kau takkan diambil peduli melainkan kau ada sesuatu yang mereka mahu.

Kau takkan dibantu.

"Saya betul-betul risau pasal awak."

Bila dia cakap dia peduli, jujur aku tak sangka. Aku gembira...

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now