BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN

Start from the beginning
                                    

"Huh! Kau orang ni banyak cakaplah." Terus Rudy bangun lalu menumpuk tepat ke pipi kiri lelaki itu. Lelaki itu terus terbangun, dia memegang pipinya yang sakit itu. Empat lagi orang sedang berlari sambil memegang sebilah parang tajam ke arah Rudy. Rudy berlari ke arah empat lelaki itu.

Rudy mengelak serangan sebilah parang yang sedang dihunus ke perutnya dengan menundukkan tubuh badannya 90 darjah, kemudian Rudy berdiri lalu menghadiahkan penumbuk ke wajah lelaki itu.

Pap!

Seorang lelaki itu terpelanting dengan parangnya sekali. Lagi tiga orang lelaki menyerang Rudy serentak dari tiga penjuru, apabila ketiga-tiga parang ditusuk ke arahnya, Rudy melompat setingginya kemudian membaling gadjet untuk mengawal pergerakan seseorang tepat ke arah seorang lelaki itu. Kedua belah tangan dan kakinya telah siap dikunci dan digari.

"Alamak." Lelaki itu mula menghunus parang ke arah dua rakannya.

Wush!

Wush!

"Hei, what's wrong with you man?" Tanya seorang lelaki itu kepada rakannya sambil menepis serangan rakannya itu. Rudy mengawal tubuh badan lelaki itu seperti sebuah patung boneka. Rudy terus mengarahkan tubuh badan lelaki itu terus menyerang dengan skils berlawan pedang yang sangat laju sehingga membuatkan dua bilah parang rakannya terpelanting jauh ke belakang lalu dua rakannya terduduk akibat kepenatan. Begitu juga dengan lelaki yang sedang dikawal olehnya.

"Huh, sedap?" Perli Rudy kepada tiga lelaki yang sedang terbaring kepenatan. Tanpa berlengah lagi, Rudy terus berlari bagi mendapatkan pasu itu. "Pasti itu artifaknya." Bisik Rudy sendirian. Tiba-tiba seorang lelaki melepaskan tembakan sehingga tepat mengenai bahu kiri Rudy.

Piu! Piu!

Dush!

"Arrhhhhh!!!" Jerit Rudy menahan kesakitan. Rudy terus terduduk kemudian memegang bahu kirinya menggunakan tapak tangan kanannya.

"Huh! That's what we call extreme." Katanya kemudian mengacukan pistolnya ke arah kaki kiri Rudy kemudian menembaknya.

Piu! Piu!

Dush!

"Arrhhhhh!!!"

"Now, do you want to end this game?" Tanya lelaki itu sambil memandang ke arah susuk tubuh yang sedang menggoyang kaki kanannya sambil duduk di kerusi rotan di dalam gudang itu. Lelaki itu mulai bersuara.

"No. If they die too fast, this game will not be fun." Lelaki itu bercakap kepada orang bawahannya itu. Orang bawahannya mengangguk kecil kemudian berjalan ke arah pasu itu dan mengambilnya dan menyerahkannya kepada Rudy dengan menjatuhkannya di atas Luka tembakan di kaki kiri Rudy.

Pak!

"Arrhhhhh!!!"

"We will see all of you again, INVISO agent's. Muwahahahahahaha..! " Tiba-tiba, satu asap putih mula menselebungi seluruh kawasan tempat lelaki itu duduk, kemudian, selepas beberapa saat, lelaki you hilang bersama asap. Apabila Rudy menoleh lagi, dia terlihat kesemua orang-orang jahat itu juga telah hilang. Apa yang telah terjadi? Namun, apa yang tidak hilang bersama mereka hanyalah pasu bercorak aneh serta luka tembakan pada bahu dan kaki kiri Rudy.

"Bank, done." Maklum Rudy melalui alat komunikasi di jam tangannya kepada pemain-pemain yang lain kemudian Rudy memegang pasu itu dan berjalan pergi ke tempat berkumpul semula.

*****

Di tempat Rizwan pula, kilang coklat. Dia datang sebagai salah seorang pelawat yang ingin melawat tempat itu. Rizwan memakai topi hitam, jaket kulit hitam, seluar slack hitam, stoking hitam dan kasut kulit hitam berkilat. Rizwan berdiri di dalam sekumpulan pelawat yang terdiri daripada orang-orang dewasa dan para remaja dari Sekolah Menengah Tinggi Cyberaya (S.M.T.C). Seorang lelaki datang ke arah mereka dengan riangnya.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now