"Yang paling orang ingat sampai sekarang.." Lisa tunduk membaca perkataan dalam bukunya sebelum di kembali mendongak memandang Lily.

"Dalam perang tu, Nusaybah telah melindungi Nabi Muhammad SAW daripada serangan musuh menggunakan tubuh dia sendiri." Wajah Lily berubah.

"Dia cedera parah. Dia dipanah, dia ditombak."

"Apa jadi pada Nusaybah selepas itu?" Lily menyoal lagi.

"Nusaybah dikatakan hilang suami dia, Zaid dalam peperangan itu. Dan Nusaybah pengsan tak sedarkan diri."

"Tapi sebaik sahaja dia sedar dari pengsan, soalan pertama yang dia tanya adalah. Adakah Rasulullah masih hidup?"

"Dalam setiap perkara yang dia lakukan, Nusaybah ada misi sendiri. Dia cuma mahu lindungi Rasulullah. Sebab itu dia tidak kisah badannya dijadi penghadang untuk selamatkan Rasulullah." Lisa tutup buku dibacanya.

"Nusaybah kuat. Lisa nak jadi macam Nusaybah. Lisa nak kuat dan lindungi orang yang Lisa sayang."

Lily kelu menatap wajah anak kecil itu.

"Lisa tak akan pernah menyesal kalau Lisa sakit, asalkan misi Lisa menjaga dan lindungi orang yang Lisa sayang tercapai." Tangan kecil Lisa bergerak-gerak mengusap perut Lily.

"Lisa tak rasa, Lisa terlalu muda untuk cakap benda ni?" Soal Lily tiba-tiba.

"Lisa kecil tapi Lisa dah ada misi hidup Lisa sendiri." Lisa bergerak-gerak sebelum dia baringkan tubuh di sebelah kakaknya.

"Lisa nak lindungi Kak Lily, Mama, Ayah, Kak Erma, Baby dan Abang Khair. Lisa sayang semua." Satu-satu Lisa sebut orang-orang yang dia sayang.

Lily terdiam.

"Lisa nak tidur dengan Kak Lily. Sebab Abang Khair tak tidur dengan Kak Lily malam ni. Mesti Kak Lily sunyi." Lisa bergerak-gerak memeluk perut Lily.

"Abang Khair tidur dekat ruang tamu atas sofa. Abang nampak penat." Dalam kantuk Lisa menggumam. Lily mengerut sedikit dahinya.

Khair disini?

"Lis.." Tak jadi Lily menyoal, Lisa sudah terlena di sampingnya. Dia hela nafas berat.

•••

"Good morning abang!" Terpisat-pisat Khair di atas sofa dikejutkan Lisa.

"Lisa?" Dalam kantuk Khair menyoal. Lisa angguk kepala sambil memegang bakul kecil di tangan.

"Dah subuh." Sambung Lisa. Khair menggosok-gosok matanya seraya bangun bersandar pada sofa.

"Abang terlelap." Khair raup rambut.

"Memang malam orang akan terlelap abang." Lisa melabuh duduk di sebelah Khair, mata tak berkelip memandang lelaki itu.

"Ya ya. Terima kasih kejut abang."

"Sama-sama. Baju abang dah ada kat sini. Lisa ambil dalam kereta abang tadi dengan Ayah." Lisa tunjuk baju Khair di atas meja.

Khair kerut dahi, macam mana si budak Lisa tu tahu baju dia dalam kereta?

"O..okay thanks."

"Welcome." Lisa hulur bakul.

"Kenapa?" Soal Khair hairan.

"Tanggal baju abang sekarang dan letak dalam bakul ni." Arah Lisa tanpa rasa bersalah.

"Tapi abang tak mandi lagi."

"Abang tanggal je lah sekarang! Letak dalam bakul ni. Dan abang pakai je lah baju tu." Lisa tunjuk baju di atas meja.

"Ya Lisa. Tapi bagi lah abang mandi dulu."

"Abang tanggal sekarang!" Lisa membentak buat Khair akur menanggal bajunya. Rasa dicabul adik ipar sendiri pun ada. Cepat-cepat Khair capai baju tshirt nya lalu disarung pada badan.

"Okay. Thank you." Lisa senyum lebar seraya berlalu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Khair garu kening sendiri. Pagi-pagi dan rasa terpusing kepala dia.

PUKUL 7.30 pagi Lily melangkah keluar dari bilik air berhati-hati.

"Kakak." Tergamam Lily disapa Lisa dihadapannya.

"Lisa tak pergi sekolah lagi?!" Soal Lily terkejut. Adiknya itu kelihatan sudah siap dengan baju sekolah tapi masih tercegat dalam bilik dia.

"Lisa dah buat apa yang akak suruh pagi tadi." Lisa senyum lebar bangga dengan apa yang dia lakukan.

"Okay terima kasih Lisa." Lily senyum tipis. Memang dia yang menyuruh Lisa mengambil pakaian Khair di dalam kereta lelaki itu. Khair tidak ada banyak pakaian dalam rumah ini.

"Tadi mama bawakan akak makanan dan susu bagus untuk baby." Lisa mengekor Lily hingga ke wardrobe.

"Okay."

"Lisa ada hadiah untuk akak."

Tak jadi Lily ingin mencapai bajunya lantas berpaling memandang Lisa tersentum lebar disebelah.

"Atas katil akak. Lisa pergi sekolah dulu. Bye akak!" Tangan Lily ditarik lantas dikucup sebelum anak itu berlalu keluar dari bilik. Lily terkebil-kebil.

Dengan masih berkembang dia menuju ke katil sebelum matanya menangkap baju tshirt seseorang terlipat kemas disitu.

"Bau Khair." Ujarnya sendiri sebaik tangannya mencapai baju itu lalu dibawa ke hidung.

Air mata mula bergenang lagi.

"Terima kasih Lisa.."

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now