Part 1

2.3K 101 3
                                        

"AAABANNGGGGGGGGGG!!!!!!!" jerit Medina Az-Zahra.

Bergema satu rumah dengan suara lantang Medina Az-Zahra.

Mikael hanya tergelak mendengar jeritan itu dan terus lari masuk ke dalam biliknya.

Sungguh geram Medina melihat Abang nya itu.

Mikael Ar-Rayan merupakan satu satunya abang kepada Medina Az-Zahra. Jarak umur mereka tidaklah jauh, hanya 5 tahun sahaja. Tetapi, tidak dinafikan oleh Medina bahawa dia sangat sayang akan Abang nya itu.

Seorang wanita yang sudah tua bergegas naik ke tingkat atas selepas mendengar jeritan anak perempuan kesayangannya itu.

"Kenapa ni adik?" tanya ibu yang resah.

Puan Mardhiah merupakan ibu kepada dua orang cahaya matanya Mikael dan Medina. Merupakan seorang yang penyayang, tabah dan sabar. Walaupun sudah hampir 7 tahun suaminya meninggalkannya namun, Puan Mardhiah tetap meneruskan kehidupan dengan berbekalkan semangat anak-anaknya. Rutinnya setiap pagi adalah meluangkan masa di kubur arwah suaminya. Seawal jam 8 pagi sudah bertolak ke kubur dan akan pulang ke rumah pada jam 9.30 pagi.

Nampak sahaja kehadiran ibunda tercinta, si adik terus mengadu kepada ibunya "ibu tengoklah Abang ni, dia pergi letak baju basah yang penuh peluh extra kuman ni dalam bakul baju kotor adik!" adu Medina.

"Lahhh ibu ingatkan apa la tadi, macam nak pecah dada ibu ni dengar adik jerit macamtu" ujar ibu sambil tersenyum.

Jelas tampak wajah resah di muka wanita yang sudah mencecah setengah abad itu.

Medina yang perasan akan raut wajah ibunya itu, terus menegur ibunya.

"Kenapa dengan muka ibu? Ibu tak sihat ke? Nak adik bawak pergi klinik tak? Atau ibu nak makan apa-apa ke?" bertubi - tubi soalan yang diajukan oleh Medina.

"Ibu okey je adik, jangan risaukan ibu. Adik tu yang kena risaukan diri sendiri" ujar Puan Mardhiah.

"Aikk? Kenapa pulak adik yg kena risaukan diri sendiri ni? soal Medina yang agak pelik.

Tiba-tiba Mikael yang entah muncul dari mana menyampuk perbualan dua beranak itu.

"Yelah, umur dah masuk 23 takkan sampai sekarang tak ada calon yang boleh bawa jumpa ibu dengan Abang" sampuk Mikael.

"Eleh Abang pun tak kahwin lagi" ejek Medina.

Mikael hanya menjelirkan lidah pada adiknya itu.

"Hmm kenapa tiba - tiba je ibu dengan Abang tanya macamtu? Benci sangat ke tengok muka adik kat dalam rumah ni?" bertukar nada percakapan serta emosi yang awalnya ceria kepada sedih. Sungguh, dia menganggap bahawa Abang dan ibunya sudah tidak sayang akan dirinya lagi.

Ayah Mikael dan Medina iaitu Encik Faizal Ar-Dhan meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Peristiwa itulah yang membuatkan Medina hampir berputus asa dalam hidupnya. Baginya, ayah segala galanya buat dirinya dan ayahnya sahajalah yang faham akan dirinya. Selepas kematian ayahnya, dia menganggap tidak akan ada sesiapa pun yang mampu melayan karenah dan perangainya lagi. Namun, sangkaannya salah. Ibu dan abangnya tetap akan menyayanginya sampai bila - bila.

"Kenapa adik cakap macamtu?" soal ibu.

"Adik muda lagi lah bu, baru nak kenal dunia. Ibu dah suruh kahwin" ujar Medina.

"Adik, ibu ni makin lama makin bertambah umur makin bertambah tua dan makin dekat dengan kubur. Badan ibu pun dah bau tanah dah.." tenang ibu mengungkapkan kata - kata itu.

Terkejut dua beradik itu mendengar luahan ibu mereka.

"Ibu, kenapa tiba - tiba je ibu cakap macamni? Apa yang ganggu fikiran ibu? Cuba cerita dekat Abang" soal Mikael yang sudah menahan sebak di dada.

Medina yang tidak sedar bahawa air matanya sudah deras mengalir. Itulah kelemahan dirinya. Sangat mudah mengalirkan air mata.

Ibu hanya tersenyum dan menarik lengan Abang supaya duduk bersamanya dan Medina.

"Semalam ibu mimpi, arwah ayah datang dalam mimpi ibu. Dia kata dia rindu sangat dekat kita semua. Dalam mimpi tu juga, arwah ayah ada pesan supaya korang berdua cepat - cepatlah dirikan masjid. Sempat juga lah ibu bermain dengan cucu - cucu ibu sebelum ibu pejam mata".

Dua beradik itu hanya diam membisu seraya mendengar cerita dari ibu mereka.

Tangisan Medina semakin kuat.

"Ibu! Janganlah tinggalkan adik. Cukuplah ayah tinggalkan adik. Ibu tak boleh tinggalkan adik dengan abang. Dalam dunia ni, abang dengan ibu lah kekuatan adik sekarang" ucap Medina yang sudah tersedu - sedu.

Mikael yang hanya menahan air mata itu cuma berdiam diri dan tidak mampu berkata apa - apa.

Ibu yang sedar sudah membuatkan anak anaknya sedih itu hanya mampu tersenyum dan terus memeluk kedua dua anaknya.

Lama mereka bertiga berpelukan bersama tangisan Medina yang tidak henti dari tadi.



okay, so how my first chapter? Hope you guys love it. Ini baru chapter untuk Medina Az-Zahra je tau, tunggu next chapter untuk Tengku Zariel Shah pula ye. Dont forget to give me some vote okay!muah

debeautyreena

debeautyreena

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
PIKAT HATI CIK PHILOPHOBIACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang