Aku menangis secara diam. Takut akan menarik perhatian Khai.

"Kau ni kenapa?".

Sh*t!

"I got married without my parents permission. Selfish kan awak?". Aku mengelap air mata ku dan merenungnya.

"Kau yang setuju untuk jadi isteri aku, kau jangan nak salahkan aku sorang".

Perbualan diberhentikan di situ.

Beberapa minit kemudian, aku menyambungnya dengan satu soalan.

"Kenapa awak beli saya?".

Dia terdiam.

Keadaan menjadi sunyi sesunyinya lagi. Tiada siapa antara kami tahu jawapan kepada soalan aku itu. Tak, mungkin dia tahu. I don't even know.

...

Dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang agak besar sebelum menarik handbreak dan merenung ku.

"Kau tahu kenapa aku beli kau?".

"Tak".

"Sebab kau satu-satunya perempuan yang 'mahal'. Yang pernah tolak aku".

Flashback... (khai point of view:)

Aku berjalan masuk ke dalam bangunan yang dipenuhi manusia-manusia yang sepertinya sudah melupakan hal-hal permasalahan dunia dan bunyi dentuman muzik yang aga membingitkan.

Namun, ini lah tempat ku untuk mengurangkan stress. Pelik bukan?

Aku duduk di salah satu kaunter bar di situ dan memesan minuman yang biasa aku pesan.

"Khai, tak nak doll ke malam ni?". Penjaga kaunter itu tahu niat ku ke situ.

"Biasa ada?". Aku bertanyakan tentang Lydia. Perempuan pekerja kelab malan yang biasa melayan ku setiap kali aku ke situ.

"Lydia takde la. Katanya demam, tak dapat pergi kerja harini. Tapi...".

"Tapi?". Aku berasa ingin tahu.

"Kau nampak perempuan tu?". Penjaga kaunter yang bernama Alex itu menunjukkan ke arah sofa merah yang diduduki oleh seorang gadis ber-tight dress merah bersama rambutnya yang diikat tinggi dan mukanya yang agak ketakutan.

Aku tersenyum.

"Nampak. Kenapa?".

"Dia budak baru. Kau try la dia, mana tahu okay ke. Kan?". Kata Alex lagi sambil memghidangkan minuman ku itu. Aku meneguknya seteguk sebelum berjalan ke arah gadis itu.

Aku melabuhkan punggung ku di sebelahnya membuatkan dia sedikit terperanjat dan menjauh daripada ku.

" Budak baru ke? Whats your name?". Aku bertanya hanya untuk mendapat pulauan daripadanya.

"Answer me, kid". Aku memegang lengan nya.

"Im not a kid".

"Good then. I can have some fun time with you since you're  not a kid and you're already an adult, right?". I caressed her tight making her flinched.

"Stupid dirty men!". Dia menghamburkan kata-kata itu ke hadapan muka ku dan meludahinya.

Aku menggunakan tangan ku untuk mengelap sisa-sisa air liur yang menempel di pipi ku itu.

For the first time, aku tidak berasa ingin marah seperti selalunya. Aku sebaliknya, bangun daripada kerusi itu dan berlalu pergi.

End flashback... (end khai point of view)

"Now you know and please shut up from now on. Jangan tanya lagi aku soalan ni. Kalau tak-".

"Kalau tak apa?". Aku bertanya sambil dengan kasarnya mengusap pergi air mata ku.

"This little bit*h". Dia membuka pintu keretanya dan menghempasnya sekuat mungkin meninggalkan aku sendiri di situ.

...

"Mama". Aku cuba untuk menyalami tangan yang seusia dengan emak ku itu tetapi dia mengelak.

"Jangan pegang aku and jangan panggil aku mama".

Kami berdua terdiam mendengar kata-katanya itu.

Di ruang tamu itu, terdapat aku, Khai, mama, papa, eh-, Datin Auni dan Dato Faizal, adik Khai which is Khairi dan seorang budak perempuan kecil. Dalam usia 6-7 tahun macam tu. Mungkin, adik perempuan Khai.

"Mama tak tahu lah apa masalah kamu ni Khai. Kenapa lah pilih seorang pelacur sebagai isteri kamu? Dia kotor tau, Khai". Kata-kata dihamburkan di hadapan ku. Oleh kerana sudah terbiasa menerima kata-kata daripada Khai, aku menahan sahaja perasaan sebak di dada itu. Mak borek, anak rintik. Peribahasa yang amatlah sesuai untuk anak-beranak ini.

Dato Faizal yang duduk bersama Khai di atas sebuah sofa di situ menundukkan mukanya.

Khai pula...

Langsung tak nak bela aku. HAHA, siapalah aku untuk dia bela? Untuk dia pertahankan maruah? Aku ni cuma isteri atas kertas dia je.

Pelawa duduk pon tak. Yes, aku berdiri di situ setegak-tegaknya sambil menundukkan kepala ku.

Adiknya iaitu Khairi hanya menatap ku dengan pandangan kosong.

"Kau ni pon satu, kenapa goda anak aku? Nak duit?".

Dia mengeluarkan dompetnya, mengambil beberapa keping not RM100 dan melemparkanya ke atas muka ku.

"Mama betul-betul kecewa dengan kamu, Khairin". Dia mengakhiri hinaannya lalu berlalu dari situ.

Semua manusia turut pergi meninggalkan aku seorang diri di situ kecuali...

kanak-kanak kecil itu.

Aku terduduk menangis di situ lalu dipeluk oleh kanak-kanak yang aku sendiri tidak kenal itu.

"Cantiknya akak, takleh nangis-nangis". Jari jemari kecilnya mengelap air mata ku.

Aku menangis teresak-esak di dalam pelukan kecilnya itu.

Bosan betul hidup aku.
Asyik-asyik nangis.

[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©On viuen les histories. Descobreix ara