Bab 25

392 18 1
                                    

Kali ini sudah masuk kali ke-10 dia mendail nombor Sofea. Sekali pun tidak di balas. Pesanannya pada whatsApp hanya mendapat bluetick dari Sofea.

"Please Sofea tolong lah angkat" katanya sendirian.

Nak tak nak dia kena juga pergi ke rumah wanita itu. Dia harus menjelaskan apa yang sedang berlaku. Dia tidak sanggup kehilangan Sofea.

Sampai di hadapan rumah Sofea, dia keluar dari kereta dan memberi salam. 3 kali salamnya tidak berjawab. Kali yamg ke-4 seorang lelaki keluar. Fakrul.

"Em sorry abang Rayden tapi kak Sofea cakap dia tak nak jumpa abang"katanya.

"Fakrul tolong lah bagi abang jumpa Kak Sofea. Please" rayunya.

"Sorry abang tapi kak Sofea sendiri yang tak nak jumpa abang. Macam ni lah abang balik dulu nanti kalau kak Sofea dah ok Fakrul bagitau abang"katanya. Jujur dia pun tidak faham tentang sitausi sekarang. Apa yang terjadi dengan kaka dan abanh Rayden ni?

Rayden akur lalu dia pergi meninggalkan rumah Sofea dengan hati yang tak tenteram.

****

Hari ini dia kembali lagi ke rumah Sofea untuk memujuk wanita itu. Dari semalam dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan Sofea. Dia nak selesaikan semua salah faham ni hari ini juga.

Belum sempat dia memberi salam, iphone dia poket seluarnya berbunyi.
Nama Sofea tertera pada screen.

Laju saja dia mengangkat panggilan yang ditunggu-tunggu sejak kemarin.

"Hello Sayang! Tolong demgar dulu apa saya nak cakap" kata Rayden. Matanya memandang tingkap bilik Sofea yang berada di tingkat 1.

"Tak payah nak bersayang sangat lah. Dah tak payah nak buat bising dekat rumah saya. Kita jumpa dekat taman depan sana" kata Sofea lalu mematikan panggilan.

Sofea Adliena berjalan kearah Rayden yang berada di sebuah bangku kayu di tepi tasik itu.

"I miss you so much sayang. Okey now let me explain to you about yesterday" kata Rayden apabila Sofea sudah berada di hadapannya.

"Dah tak payah nak explain sangatlah. Saya dah puas dengar benda ni dari semalam.saya rasa takda apa yang perlu diterangkan lagi kot" Sofea menekan voice recorder yang dirakamnya semasa dia mendengar perbualan Rayden dan rakan-rakannya.

Rayden menelan air liurrnya. Hah sudah!

"No Sofea. Apa yang awak dengar tu tak betul"terang Rayden.

"Sudah! Saya tak nak dengar apa lagi dari mulut awak. We are done!" Kata Sofea lalu beredar dari tempat mereka duduk.

Rayden mengejarnya dari belakang.

"Sayang please jangan buat saya macam ni. I love you so much"katanya. Sofea tidak mempedulikan kata-kata Sofea. Dia meneruskan jalannya tanpa menoleh ke belakang.

Sedang dia mengejar Sofea tiba-tiba iphone di poketnya berbunyi. Dia mengangkat panggilan tersebut.

"Hah?! Mummy dekat hospital? Ok Ayden datang sekarang"katanya. kelibat Sofea sudah lama hilang dari pandangan. Dia segera berlari ke tempat keretanya di parkir.

Laju saja dia memecutkan kereta ke hospital.

***

"Daddy macam mana mummy boleh pengsan ni?" Tanya Rayden risau.

"Daddy jumpa Mummy jatuh dalam tandas"kata Dato Ryan. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Yang dia tau sekarang isterinya perlu cepat sedar.

"Ya allah. Habis tu Paeq dah ambil ke?" Dato Ryan menggeleng.

"Biar Ayden pergi ambil dia"kata Rayden lalu dia pergi ke pusat latihan teakwondo Rafeeq.

Selepas sahaja Rayden berlalu pergi seorang doktor lelaki keluar dari bilik rawatan Datin Raisya.

Serius sahaja muka doktor itu sewaktu keluar menemui Dato Ryan dan memberitahu tentang kondisi isterinya.

***

"Mummy bangunlah. Jangan tinggalkan Paeq...hiks...hiks" Rafeeq menggoncangkan badan Datin Raisya dan tertutup dengan selimut putih sehingga ke atas kepala.

"Mummy janganlah macam ni bangunlah" Rayden pula melakukan hal yang sama seperti Rafeeq. Air matanya juga mengalir ke pipi. Air matanya di sapu dengan bahagian belakang tapak tangannya.

Dato Ryan masuk ke dalam bilik rawatan isterinya dan terkejut melihat dua orang anak lelakinya sedang menangis.

"Korang dah kenapa ni?" Tanya Dato Ryan pelik. Apa kejadahnya dua orang ni memangis petang-petang.

"Daddy, hiks...hiks..kenapa mummy tinggal kita awal sangat"tersedu-sedan Rafeeq bercakap dengan Daddynya.

"Hah?" Dato Ryan hairan.

"Apa bising-bising ni? Mummy nak rehat lah" kata Datin Raisya lalu bangun dari baringnya. Dia duduk memandang 3 orang lelaki dihadapannya. Peliklah diorang ni.

"Arhhh! Hantu!!"jerit Rafeeq lalu berlari dan memeluk Dato Ryan. Rayden juga turut terkejut dan berjalan perlahan mendekati Daddynya. Nasib baik dia pun tak teriak sama. Kalau tak buat malu je.

"Apa pula hantu? Paeq, tu Mummy lah. Sejak bila pula Mummy tinggalkan kita? Elok je tu ha tengah duduk" Dato Ryan menyapu air mata Rafeeq di pipi.

Laju saja tangan Rayden menghapuskan air matanya. Dia berlagak seperti tiada yang berlaku. Chill Rayden chill. Kalau mummy nampak jatuhlah sahamnya.

Rafeeq terus berlari naik ke atas katil hospital itu dan memeluk Datin Raisya.

"Mummy kenapa pakai selimut macam tu tadi" Tanya Rafeeq sambil mulutnya di muncungkan.

"Mummy sejuklah Sayang" Datin Raisya membalas pelukan anaknya.

"Buat risau je lah Mummy ni. Lain kali hati-hati kalau nak masuk tandas" pesan Rayden. Dia membelek-belek kaki Datin Raisya yang telah dibalut kemas oleh doktor. Bahagian anklenya telah terseliuh.

Kini Datin Raisya di nasihatkan untuk berehat di rumah selama beberapa minggu sehingga bahagian ligamen yang tercedera pulih.

Dan Raydenlah yang akan menjaga mummynya itu. Siapa lagi kalau bukan dia kan? Takkan nak suruh si Rafeeq pula. Dato Ryan pun harus melakukan beberapa kerja di syarikat.

.
.
.
.
.

Give Me Your Love (Completed✔)Where stories live. Discover now