Bab 9

417 20 1
                                    

Pagi itu seperti biasa mereka akan bersarapan bersama-sama dan Rayden akan menghantar adiknya ke sekolah.

"Mummy daddy. Harini Ayden tak dapat ambil Paeq tau. Ada training bola"katanya.

"Okey sayang"jawab Datin Raisya.

"Training habis jam berapa Ayden?"tanya Dato Ryan.

"Entahlah Daddy. Tapi mungkin Ayden balik lambat sikit sebab nak lepak dengan kawan"jawab anaknya.

"Oh ok tapi jangan balik lewat sangat"pesan Dato Ryan lagi.

"Jom lah abang, Paeq dah lambat ni"kata adiknya yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka.

Rayden dan Rafeeq menghulurkan tangan kepada kedua-dua orang tuanya untuk bersalam. Selepas itu mereka berpelukkan.

"Hati-hatu drive tu Ayden"kata mummynya

"Okey mummy.bye"Rayden dan adiknya pun masuk ke dalam kereta dan dia memulakan pemanduan.

Semasa dalam perjalanan dua beradik itu hanya diam. Masing-masing berada dalam dunia sendiri.

Tiba-tiba Rayden bersuara.

"Kenapa diam je ni?"tanya abangnya.

"Paeq tengah fikir ayat nak cakap kat Cikgu Sofea pasal tuition tu"katanya.

"Oh. Cakap je la yang Paeq nak dia jadi Cikgu tuiton Paeq"jawab Rayden.

"Nanti Paeq cakap je lah apa yang terlintas dalam otak"katanya.

"Ok dah sampai"Rayden turun dari keretanya lalu membuka pintu untuk Rafeeq.

Rafeeq pun turun lalu menarik beg rodanya setelah bersalaman dengan Rayden.

Rayden Naufal pun memulakan pemanduannya ke kompleks untuk melakukan latihan bola sepak dengan kawannya yang lain.

Setelah 15 minit memandu, dia akhirnya sampai lalu berjalan ke tempat kumpulannya berkumpul.

"Aik si Firash mana?"tanya Rayden. Rindu pula dia dengan kawannya yang sorang tu.

"Kejap lagi sampai lah tu"jawab Anaqi sambil mengikat tali kasut bolanya.

Tidak lama kemudian Firash datang dengan memakai baju sukan berwarna putih dan seluar pendek berwarna hitam. Tangan kanannya pula memegang beg yang berisi kasut.

"Ha tu dia. Poyo sia dia jalan macam tu"kata Anaqi lalu mereka berdua ketawa.

Firash berjalan menuju ke arah mereka sambil tersenyum.

"Anyonyonyo anak daddy dah sampai ye. Dah makan je anak daddy ni"Rayden membuat suara seperti sedang bercakap dengan kanak-kanak berusia 2 tahun.

"Kuaja kau ye sampai-sampai nak menyakat aku"kata Firash lalu duduk disebelah Rayden.

Anaqi dan Rayden ketawa melihat reaksi muka Firash yang kelihat sangat jijik dengan perangai 2 orang kawannya itu.

"Sowi la ehe ehe"jawab Rayden lalu mencubit cuping telinga Firash.

Firash berasa geli apabila cuping telinganya disentuh. Dia berusaha menepis tangan Rayden tetapi Rayden tetap ingin mencubit.

"Eee kau ni aku sepak karang. Mula lah perangai gay dia tu"kata Firash. Anaqi dari tadi asyik ketawa melihat 2 orsng rakannya yang sentiasa menghiburkan hati.

"Eii ape cakap gay ni tak elok tau anak daddy cakap macam report kat mama baru tau"kata Rayden lagi. Ketawa Anaqi semakin kuat. Rakan-rakan mereka yang lain juga turut ketawa melihat Rayden yang sentiasa nakal apabila mereka ada latihan bola sepak bersama.

"Apalah salah aku sampai dapat kawan macam kau ni"jawab Firash.

"Hehehe takdelah aku gurau je takkan tak biasakan"Rayden menghentikan aktivitinya tadi. Takut pula kalau si Firash ni marah betul-betul. Dia bukan boleh kalau orang nak menyakat. Hati tisu!

"Dah dah jom kita training. Minggu depan ada friendly dengan team Sea FC"kata Coach Kharul.

Mereka pun melakukan pemanasan badan dan terus melakukan latihan.

***

Sementara itu di sekolah Rafeeq pula, dia sedang melakukan kerja yang diberikan oleh Cikgu Sofea sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian dia bangun ke meja guru di hadapan untuk bertanyakan soalan yang dia tidak faham.

"Cikgu soalan 7 ni macam mana nak buat? Saya tak tahu lah"tanya Rafeeq. Walaupun dia merupakan seorang pelajar cemerlang d kelas, dia tidak segan untuk meminta tunjuk ajar jika ada soalan yang dia tidak faham.

"Ohh soalan ni ke. Meh sini cikgu ajar kan. Mula-mula kamu kena kira yang bahagian atas ni dulu"terang Cikgu matematik itu.

"Ohh macam tu ke. Ok faham-faham. Terima kasih cikgu"kata Paeq.

"Sama-sama"jawabnya.

"Ehh kejap. Cikgu sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan cikgu ni"katanya.

"Apa dia tu Rafeeq?"

"Emm boleh tak kalau cikgu jadi cikgu tuition saya?"Rafeeq memandang muka cikgunya dengan penuh harapan.

"Cikgu tuition? Cikgu tengok markah Matematik kamu selalu dapat 90 ke atas. Tu pun kamu nak tuition lagi? Rajinnya kamu ni"kata Cikgu Sofea. Rafeeq merupakan salah satu anak muridnya yang sangat disayangi.

"Ye tapi saya nak 100 markah cikgu. Please boleh lah. Lagi pun mummy saya cakap kita kena sentiasa menimba ilmu"kata Rafeeq. Entah bila mummy dia cakap pun tak tahulah.

"Mummy dengan daddy kamu dah setuju ke?"tanya Cikgu Sofea inginkan kepastian.

"Dah. Saya dah bagitau and diorang setuju sangat sangat"kata Rafeeq dengan gembira.

"Ok kalau macam tu cikgu setuju"kata Cikgu Sofea.

"Yeay terima kasih cikgu. Oh ya nanti saya bagi cikgu alamat Rumah and pasal jadual cikgulah yang tentukan mana tahu cikgu ada benda nak buat ke"kata Rafeeq.

"Ok Rafeeq nanti Cikgu bagi dekat whatsapp ye"kata Cikgu Sofea.

"Okey. Saya duduk dulu ye cikgu"kata Rafeeq dengan sopan lalu dia berjalan menuju ke tempat duduknya.

'Yes misi berjaya!'bisik hati Rafeeq.

.
.
.
.

Give Me Your Love (Completed✔)Where stories live. Discover now