Bab 16

362 21 1
                                    

Rayden Naufal terjaga dari tidur akibat bunyi kuali bergesel dengan senduk kedengaran di telinga.

Seperti biasa, setelah dia terbangun dari tidur, dia akan melihat jam. Selepas itu, jarinya akan mengira sama ada dia cukup tidur selama 8 jam atau belum. Jika belum dia akan sambung aktivitinya iaitu sleeping.

Jam kini menunjukkan pukul 7 pagi.

"Baru 6 jam?" Katanya sendirian. Agak sukar untuk dia melelapkan mata semalam kerana pinggangnya terasa berdenyut dan rasa hendak meletup.

Dia kembali menutup mata untuk tidur.
Aktiviti itu terbatas apabila bunyi yang menyapa telinganya sebentar tadi kembali terdengar.

"Alaaahhh Mummy masak apa ni. Orang nak tidur pun tak boleh"rungutnya. Kepalanya digaru. Akibat perbuatan itu rambutnya semakin kusut.

Dia turun ke bawa dengan tangan kanan yang kemas tergantung.

"Mummy masak apa ni? Bising. Orang nak tido pun tak boleh" rungutnya lalu dia duduk di kerusi meja makan.

Tengok muka nampak sangat seperti orang yang baru bangun tidur. Dengan mata bengkaknya lepastu rambut kusut.

"Nasi goreng kampung je. Daddy kamu tu ha minta bekal pula harini. Nak bawa pergi office katanya. Sorry my son. Takpe siap dah pun pergilah sambung tidur"Nasi goreng kampung dimasukkan ke dalam bekas.

"Dah tak rasa nak tido"jawabnya ringkas. Geram pula dia nak sambung tidur tapi tak boleh padahal belum cukup 8 jam lagi. Tak boleh jadi ni.

"Pulak dahhh. Tangan macam mana? Ok tak?"ujar Datin Raisya.

"Okey je tak rasa sakit dah cuma pinggang ni la berdenyut. Kuat kot terhentak semalam"adunya. Bahagian yang sakit diurut perlahan.

"Takpe karang Mummy urut bagi lega sikit"kata Datin Raisya.

"Okeyyy. Emm Mummy, nasi goreng tu ada lebih tak? Nak sikit"pintanya. Tengok Mummy masukkan dalam bekas tu macam sedap je.

"Nak ke? Ada lagi ni jap Mummy bubuh dalam pinggan" pinggan diambil lalu beberapa nasi goreng di letakkan di atas pinggan itu.

Rayden memegang sudu menggunakan tangan kirinya. Baru sahaja ingin menyuap nasi tiba-tiba rasa macam bersalah pula kalau tak makan guna tangan kanan.

"Mummy....."panggilnya.

Datin Raisya yang tadinya sibuk membasuh pinggan terus pandang ke belakang.

Dia melihat anaknya memegang sudu di tangan kirinya lalu dia tersenyum.

"Lupa pula yang tangan kanan kamu tu patah. Takpe meh sini Mummy suapkan"katanya lalu dia duduk di sebelah Rayden.

Sudu dicapai lalu mengambil sedikit nasi di pinggan itu. Sebelum di sua kan ke mulut anaknya dia meniup untuk menghilang rasa panas pada makanan itu.

"Open your mouth" kata Datin Raisya seperti sedang menyuap kanak-kanak tadika.

"Ihh Mummy ni. Geli lahh. Dengan Paeq boleh lah buat macam tu" keningkan dikerutkan. Tidak suka dilayan begitu. Jatuhlah sahamnya sebagai abang handsome, macho, stylo, power, ehh dah dah lebih-lebih sape je nak layan.

"Amboi nak gurau pun tak boleh. Dah cepat makan lepastu pergi mandi dari semalam tak mandi lagi" nasi di suapkan ke dalam mulutnya.

"Okey boss"katanya dengan mulut yang penuh dengan nasi.

Selesai makan, Datin Raisya menghulurkan gelas kaca yang berisi air kosong untuk diminum oleh Rayden. Sedang sibuk Rayden menikmati tegukan air di kerongkongnya Datin Raisya bersuara.

"Tengah hari ni Mummy bawa Sofea datang rumah" kata Datin Raisya selamba.

Uhukk uhuk!

Terbatuk Rayden dibuatnya akibat tersedak air kosong.

Belakangnya ditepuk lembut oleh Datin Raisya.

"Kamu ni pandai minum air ke tidak?"marahnya.

"Mummy cakap apa tadi?"tanya Rayden.

"Kamu ni pandai minum air ke tidak?"ujarnya sekali lagi.

"Bukan yang sebelum tu..uhuk"kata Rayden. Batuknya masih tersisa.

"Ohh, tengah hari ni Mummy nak jemput Sofea makan dekat rumah"katanya.

"Kenapa pula nak jemput? Mummy dengan Sofea ada apa-apa ke?"kening kirinya diangkat.

"Kenapa pula tanya Mummy soalan tu? Sepatutnya Mummy yang tanya kamu dengan Sofea ada apa-apa ke?"ujar Datin Raisya.

Rayden menelan air liurnya.

'Hahh suddahhhh. Macam mana aku kelentong ni'desis hatinya.

"Ayd...Ayden dengan Sofea takda apa-apalah Mummy" tergagap dibuatnya. Dia mula rasakan dahinya
Sedikit berpeluh.

Datin Raisya senyum melihat reaksi anaknya. Kena Saiko sikit lagi ni baru nak mengaku.

"Ye ke. Habis macam mana boleh dengan dia semalam? Ayden bawa dia tengok main bola kan?"teka Datin Raisya.

"Emmm...taklah Mummy"ujarnya.

"Habis tu kenapa semalam Sofea cakap yang Ayden ajak dia tengok bola?" Tipu Datin Raisya.

"Ala Ayden ajak je tak buat apa-apa pun kan"jawabnya jujur.

"Haaaa! Kan betul tekaan Mummy kamu yang ajak dia keluar. Amboi dah pandai erk sekarang nak bawa anak dara orang keluar malam-malam"kata Datin Raisya.

"Jadi maksudnya Sofea tak bagitau Mummy ke? Aduhh kena tipu pula pagi-pagi buta ni"Rayden menepuk dahi.

"Berapa lama dah kamu berdua ni?" Datin Raisya mengorek lagi kisah mereka.

"Berapa lama apanya. Jadi pun belum. Ni Rayden tengah try la ni. Mummy restu ke tak?"tanyanya.

"Mummy restu sangat. Sofea tu bagus orangnya. Nak Mummy tolong ke?"Kata Datin Raisya.

"Mummy nak tolong ke? Betul ni"Rayden inginkan kepastian.

"Ye betul. Conform korang berdua jadi"katanya lagi.

"Betul ni conform?"

"Ye betul jangan risau bagi Mummy yang handle"kata Datin Raisya.

"Okey kita tengok jadi ke tidak. Tapi harap-harap jadilah. Ayden tak sabar dah nak jadi boyfriend dia. Kalau dapat perhhh best giler"ujarnya.

"Amboi diaa"Datin Raisya mencuit hidung mancung anaknya.

"Dah pergi naik atas bersihkan diri tu baru nak fikir pasal pompuan. Muka pun tak basuh lagi ada hati nak jadi boyfriend orang"bebel Datin Raisya.

"Ye baik boss. Saya nak naik dulu je boss"kata Rayden lalu dia naik ke biliknya.
.
.
.
.
.
Jangan lupa VOTE !!!

Give Me Your Love (Completed✔)Where stories live. Discover now