BAB 33

1.3K 83 0
                                    

Aku melangkah keluar dari wad A dan berpaling ke arah wad yang kena histeria tu. Kedudukan antara wad A tu dengan wad sana tu jauh. Tetapi suara jerit terpekik sampai ke wad A boleh dengar. Keadaan jadi kecoh nurse dan doktor lari keluar masuk termasuk wad. Aku keluarkan telefon dalam beg pinggang. Belum sempat aku nak mendail no budi, tiba-tiba.

"Hehehehe"

Fara yang berdiri didepan aku terus peluk lengan aku.

"Mei apa tu?" Tanya fara.

Aku pusing ke belakang. Anita masih lagi dalam kedudukan menundukkan kepala.

"Anita?" Panggil aku.

"Anita?" Panggil aku lagi.

Aku terus melangkah kearah anita diikuti oleh fara. Fara masih lagi pegang tangan aku tak lepas. Takut lah tu. Hehe

"Anita?" Panggil aku lagi

Diam. Senyap dan sunyi. Belum sempat aku nak memanggil nama anita, anita terus angkat kepala. Masa ni muka dia totally berubah menjadi hitam. Mata merah.

"Anita! anita! Anita!" Ucap anita lantas mengerakkan kepala kekiri dan kekanan. Suaranya memang garau.

"Mei kita keluar dari sini mei." Ucap fara.

Mata aku tak berkelip memandang ke arah anita. Anita terus bangun dan berdiri diatas katil. Dia berjalan sampai kat hujung kaki katil tiba-tiba dia melompat betul-betul dekat depan aku. Memang betul-betul rapat. Aku dengan fara mengundur kebelakang. Tak lama tu budi tiba-tiba datang dan berdiri di sebelah aku. Izuwann dan anuar pun turut ada sekali.

Budi hanya diam memandang ke arah anita. Mulutnya berkumat kamit bacakan sesuatu. Tangan budi pulak ligat bermain biji tasbih. Tak lama selepas itu budi bertanya sesuatu dekat anita.

"Kenapa kamu masuk dalam badan dia?" Tanya budi.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now