BAB 29

1.4K 92 0
                                    

"Oo. Tak apa. Fara ada kan? Minta lah dia teman aku" Tanya aku.

"Fara balik dah pagi tadi. Petang kang dia datang balik sebab dia shif malam. Eh ambil lah ni. Lenguh gila."

"Harap badan je sado. Tapi lembik" Ucap aku lantas mengambil barang yang berada dekat tangan izuwann.

"Ekeh kau! Dalam sakit-sakit menyempat eh?"

Selepas segalanya selesai makan mandi apa semuanys, aku duduk dekat dalam kereta. Satu badan aku terasa lenguh yang teramat sangat. Aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Sudah menunjukkan pukul 5 petang. Sebentar lagi malam akan menjelma. Tiba-tiba hati aku rasa tak sedap. Takut kejadian berulang lagi. Aku mengeluh perlahan lantas aku meletakkan kepala aku dekat stereng kereta.

Tok! Tok! Tok!

Aku tersentak. Aku berpaling ke kiri. Punat yang berada dipintu aku tekan. Tak lama kemudian tingkap berkuak.

"Awat?" Tanya aku

"Buka lock" Pinta anuar.

Lock sudah pun dibuka dan anuar meloloskan diri masuk ke dalam kereta.

"Kau kenapa duduk dalam kereta?" Tanya anuar.

"Entah lah. Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Izuwann mana?" Tanya aku.

"Tak sedap hati macam mana tu? Dia ada kat dalam wad tengah sembang dengan nurse."

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Oo. Biasa lah dia tu. Kasanova malaya memang macam gitu. Pantang tengok dahi lincin. Naik segala bulu-bulu miang si izuwann tu. Gatai!"

Anuar hanya ketawa bila aku cakap macam itu dekat izuwann.

"Ni aku tanya. Tak sedap hati kenapa?" Ulang anuar masih lagi dengan sisa ketawa.

"Aku tak tahu. Tak boleh nak cakap macam mana. Apa yang aku rasa ni macam ada sesuatu yang akan berlaku."

"Pasal pagi tadi ke?"

Aku berpaling ke arah anuar seketika. Lantas aku paling ke depan. Aku membiarkan soalan anuar tanpa jawapan. Mata aku melilau memandang persekitaran hospital diwaktu siang. Agak seram. Apatah lagi bila diwaktu malam. Hurm!

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now