BAB 30

1.4K 84 0
                                    

"Okay macam ni. Malam ni aku izuwann dan budi akan teman kau dekat sini. Oh ya. Lupa pulak aku nak kasi tahu kau." Ucap anuar lantas mengerakkan badan dan mencapai sesuatu ditempat duduk belakang. Ditangannya ada envelope kuning bersize besar diserahkan dekat aku. Aku berkerut dahi lantas memandang anuar dekat sebelah.

"Apa ni?" Tanya aku lantas membuka tali envelope tersebut. Isi didalam aku keluarkan separuh.

"Dulu kan anita ada kes dengan suami dia. Dan anita sendiri tutup kes tu. Sekarang aku buka balik kes tu dan suami dia akan terima hukuman."

Aku menganggukkan kepala tanda faham. Selesai baca, aku masukkan balik surat tersebut ke dalam envelope dan aku letakkan dekat atas dashboard.

"Harap keadilan berpihak dekat anita" Ucap anuar

"Hope so"

Seperti yang dicakapkan, izuwann anuar dan budi teman aku pada malam itu. Tetapi mereka tak boleh masuk sebab mereka lelaki. Hanya didalam kereta saja tempat mereka. Pishang. Anita pulak, selepas dia menyusukan anak dia, dia makan dan makan ubat, dia kembali tidur. Keadaan dia nampak macam dah stabil. Wallahualam. Malam itu, macam malam semalam. Hanya nurse yang bernama iris tania fara saja yang bertugas di wad tersebut. Aku jugak seperti biasa. Menemani anita. Aku menemani anita bersebab. Kalau tak ada sebab mungkin aku buat tak tahu. Aku berdiri disebelah katil anita sambil memerhati dia tidur. Sesekali aku pandang muka anita, timbul dihati rasa kasihan. Ada suami tapi dibuatnya anita seperti punching bag. Langsung tidak menghargai pengorbanan seorang wanita. Aku terus melangkah dan duduk diatas katil sebelah anita.

Terlayar kisah semalam didepan mata dimana kejadian berlaku tanpa dijangka. Aku mengeluh perlahan.

"J"

Aku terus mendongakkan kepala. Anita terjaga dan cuba untuk bangun. Aku cepat-cepat turun dari katil dan menolong anita untuk bersandar dikepala katil.

"Kau nak apa-apa ke?" Tanya aku dan duduk dikatil anita.

Anita menggelengkan kepala dan tersenyum hambar.

"J" Panggil anita lemah.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora