"Ibu mengandung tak elok tidur lewat." Khair ambil tempat di sebelah Lily lantas membalas senyuman isterinya.

"Baby tak nak tidur lagi." Balas Lily tenang buat Khair tergelak kecil lantas menolak sedikit tubuh Lily hingga wanita itu terbaring disofa. Kepalanya jatuh menekap telinga diperut Lily.

Bertapa gembiranya mereka hanya tuhan yang tahu, minggu lalu Lily disahkan mengandung 7 minggu. Senyuman Khair bahkan tak mahu pudar walau sedetik setiap kali melihat wajah isterinya. Seperti melihat masa depan yang penuh dengan cahaya kebahagiaan.

"Tak ada pun baby cakap dia tak nak tidur. Lily tuduh anak abang ya?" Giliran Lily pula melepaskan tawa mendengar soalan Khair. Tangannya bergerak bermain-main dengan rambut Khair diperutnya.

"Lily cuma tak nak tidur lagi." Balas Lily lembut.

"Kenapa? Lily fikirkan sesuatu ke?" Khair tolak tangan Lily dikepalanya sebelum dia menegak tubuh menatap wajah isterinya.

Kedua belah kaki Lily diangkat lalu diletak di atas ribanya supaya waniya itu selesa dengan kedudukannya.

"Ya, Lily fikir nak duduk dengan Ayah lepas Aunty Sarah dan Ayah bercerai." Balas Lily buat Khair diam sejenak.

"Abang keberatan ke?"

"Tak." Laju Khair membalas buat Lily mengukir senyum lega.

"Lily tak nak Ayah sunyi, walauapapun yang dia dah buat pada Arwah Ibu. Sekarang hanya Ayah yang Lily ada.."

"Aip aip!" Khair menjenggil mata.

"Hehe, Lily ada Abang dan baby juga! Tapi Lily tak boleh tinggalkan Ayah sorang-sorang!" Seperti memahami Lily laju membetulkan ayatnya.

"Okay, lepas Aunty Sarah dan Ayah bercerai, kita pindah duduk dengan Ayah. Proses penceraian tu ambil masa juga. Jadi abang harap Lily jangan terlalu mendesak Ayah dan Aunty Sarah ya?"

"Ya, Lily tahu." Suara Lily mendatar.

Keadaan menjadi sunyi buat seketika. 

"Abang tak marah Lily?"

"Buat apa abang nak marah?" Balas Khair tenang.

Lily diam menatap wajah suaminya.

"Abang tak peduli apa yang Lily buat sekarang, selagi Lily tak sakitkan diri Lily." Sambung Khair.

"Jadi Abang nak cakap cinta itu butakan mata abang untuk tengok keburukan yang Lily dah buat pada orang-orang lain." Lily senyum sinis.

"Ya." Spontas jawapan Khair buat Lily pula terdiam.

"Benda dah terang-terang kenapa tanya?" Soal Khair kembali. Lily gigit bibir bawah, entah dia sendiri rasa terjerat dengan soalan sendiri.

"Lily pula sanggup ke butakan mata tengok keburukan abang?" Melihat Lily yang sudah membahang, makin seronok Khair menyakat.

"Sanggup." Lily angguk kepalanya.

"Jadi betul lah Lily cintakan abang?" Khair jungkit sebelah kening memandang Lily. Satu senyuman tersungging dibibir.

Lily kerut dahi.

"Abang tak tahu ke selama ni Lily cintakan abang?" Soalan Lily buat Khair pula mengerut dahi.

"Lily ada cakap ke?" Khair terkebil-kebil.

"Lah, Lily tak ada cakap ke?" Lily bangun dari baringnya.

"Abang merajuk sekarang." Khair jenggil mata sebelum dia tolak kaki Lily di atas ribanya dan berura-ura untuk bangun.

"Abang abang kejap!" Lily pantas menahan tangan suaminya.

"Alasan apa Lily nak bagi?"

Lily sengih menayang barisan gigi tersusun kemas.

"Lily lupa."

"Benda penting pun Lily lupa kan? Sebagai hukuman Lily kena tulis surat cinta untuk abang mulai esok."

"Hah? Kenapa surat cinta? Abang ingat kita ni budak sekolah ke?" Lily juih bibir.

"Sebab... Abang tak pernah baca surat cinta. Dulu masa abang kat luar negara. Abang harap sangat Lily kirim surat cinta untuk abang."

"Surat cinta dari Erma tak cukup ke Abang Khair?"

"Abang tak pernah anggap surat Erma bagi tu surat cinta." Tak beriak Khair membalas buat Lily lepas keluhan berat. Kadang bila difikirkan balik kesian juga dekat si Erma tu.

"Abang tak pernah dapat surat cinta ke masa abang belajar kat sana dulu?" Nak kata tak ada rupa, suaminya boleh tahan ada rupa.

"Ada. Tapi abang tak pernah buka."

"Seriuslah? Abang tipu Lily eh?" Soal Lily tak percaya.

"Ya Lily, buang masa je abang tipu. Biasalah masa zaman-zaman remaja semua benda kita nak cuba termasuk bercinta. Jadi abang elakkan benda-benda macam tu. Sebab tu abang tak nak buka surat cinta tu. Abang takut abang terjerat dengan perasaan macam kawan-kawan abang."

"Wahh, Lily patut puji suami Lily limited edition ke macam mana ni?"

"Tak, hukuman kita masih berjalan ya. Lily kena tulis surat cinta untuk abang. Kat dalam surat tu abang nak Lily tulis semua perasaan Lily yang Lily pendam selama ni. Abang nak tahu." Serupa seorang pensyarah yang meminta tugasan lengkap dari pelajarnya.

"Kenapa abang tak minta Lily confess depan-depan je. Lagi mudah."

"Abang dah cakap kan abang nak surat cinta."

"Iyalah baik baik.." Lily mencebik.

Khair senyum.

"So can I get 'I love you too'?" Khair dekatkan jarak dengan isterinya.

"Since when you give me 'I love you'?" Lily senyum membalas tatapan suaminya.

"I gave you for many times, you the one who always being nyanyuk." Khair menyipi mata buat Lily lepas tawa kecil sebelum tangannya naik melingkar di leher suaminya.

"I love you too abang." Dan serentak itu dia mengucup lembut ulas bibir suaminya. ******
*******

*Lily dan Khair tidak akan pernah bergaduh ya dalam cerita ni. Tidak akan pernah. 🙈

*Saya bosan buat cerita pasangan suami isteri bergaduh nak becerai berai. Kali ni saya tak akan buat pasangan ni bergaduh.

*Mungkin ada benda lain yang lebih menarik😈

Bukan CinderellaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant