🟦Azam Pejuang🟦

24 5 0
                                    

Walaupun tangkas ku tidak persis Jebat
Tingkah ku ini sanggup berlaku tegas
Dan jika pun lincah sikapku
Tak sama seperti Hang Tuah
Tetap darah mengalir
Kian menyengat aura
Yang tekad berjuang

Dari api kesedaran
Bangkitlah jiwa muda
Dalam mencapai kejora
Yang telah lama dikau impikan

Duhai adinda sayang
Dalam bicara hatimu
Buangkan ragu-ragu itu
Mereka tak mampu jadi penghalang
Melainkan dirimu yang paksa
Bergegas tinggal dan pamitnya pergi

Berbekalkan tekad Laksamana
Oleh rangsang hidup yang pejal
Dengan keteguhan iman dan taqwa
Tiada tertunduk dengan telunjuk si pendusta
Kerana detik seru sudah menyala
Kerana masanya telah tiba
Teruskan berusaha
Kejarlah azam yang kau lakar
Hingga mereka bahagia di penghujungnya..

NanaZahrain
(11Mac2021)

 Warkah Coretan Hatinya✔️Where stories live. Discover now