"Lily nak tanya abang jealous ke tak?" Soalan Khair buat Lily teguk air liur.

"Kalau abang dah faham macam tu.." Suara Lily mengendur. Ergh kenapa perkara yang melibatkan perasaan ni selalu sukar buat dia!

"Abang tak cemburu." Tenang Khair menjawab buat wajah Lily kendur.

"Oh.. Okay.." Kenapa dia rasa sedih kerana suaminya tidak cemburu. Adakah cemburu itu patut ada? Bukan ke cemburu tu kena ada dalam hubungan suami isteri macam dia lihat di drama cinta?

"Abang tak cemburu sebab abang percayakan Lily. Abang tahu isteri abang ni tak akan curang dengan lelaki lain." Tenang Khair capai tangan Lily lalu dibawa ke bibir. Permukaan bawah pergelangan Lily dikucupnya.

"Ja..jadi abang tak marah Lily kawan dengan Ilham?" Soal Lily lagi walau agak canggung dengan tindakan Khair. Mata lelaki itu tetap tenang fokus ke depan memberi ruang dia menatap lebih lama sisi wajah suaminya.

Kacak.

Kenapa suami dia sangat kacak!!!

"Tipulah kalau abang tak jealous bila tengok Lily dengan Ilham kali pertama berdua gelak tawa kat restoran Lily."

"Bila tu?" Lily jungkit kedua belah kening tak mampu mengingat saat itu.

"Beberapa hari selepas kaki abang luka sebab Lily.." Khair tak jadi habiskan ayatnya.

"Oh masa tu.." Lily tunduk dengan suara mengendur.

"Masa tu Ilham ada cerita yang abang pergi ke klinik dengan kaki luka. Masa tu Lily risau dah bersalah tapi semua rasa tu ditutup dengan dendam dan sakit hati Lily."

"Lily jangan risau. Abang tak kisah pasal tu." Tangan Khair spontan naik menyentuh dagu isterinya lalu ditolak naik ke atas. Dia tak mahu isterinya tunduk dengan penyesalan kerana dirinya.

"Jadi macam mana abang boleh tak cemburu?" Lily toleh memandang Khair tenang tersenyum disebelahnya.

"Lily ingat tak yang malam abang jumpa Lily kat jambatan tu? Esoknya Lily minta Doktor Ilham ke rumah Lily untuk rawat bekas luka kat kaki Lily?"

"Ingat!" Mata Lily bersinar-sinar memandang Khair tidak sabar menunggu jawapan.

"Ilham ada hantar kereta dia ke bengkel abang sebelum ke rumah Lily. Ilham ajak abang pergi sekali kerana dia rasa segan untuk berdua dalam rumah tu dengan Lily."

"Bila abang dan Ilham sampai rupanya Talia dan Dayang dah ada.." Khair senyum dengan sebelah tangan memegang stereng dan sebelah lagi kemas menggengam tangan isterinya. Tenang lelaki itu membelok stereng memasuki simpang.

"Abang ni.. Takkan lah Lily nak berdua dengan doktor Ilham. Nanti kena tangkap basah tak ke pasal-pasal kahwin free."

"Itulah sebabnya." Khair toleh sekilas memandang isterinya.

"Lily sanggup kena tangkap basah berdua dengan abang dalam rumah tu dengan abang daripada Doktor Ilham." Mata Lily membulat mendapat jawapan spontan Khair.

"Er.. er.." Lily mati akal.

"Malam yang abang jumpa Lily kat jambatan tu. Malam tu kita berdua dalam rumah tu. Tapi tak ada sedikitpun Lily halau abang untuk balik."

"Ya memang abang tak lakukan perkara bukan-bukan pada Lily. Tapi bukan ke kita sama-sama letak situasi tu dalam risiko untuk tangkap basah?"

"Bila dapat tahu Lily minta Ilham untuk ke rumah Lily. Bermacam andaian dalam kepala abang."

"Tapi bila tengok Dayang dan Talia kat situ, hanya tuhan sahaja yang tahu gembiranya abang." Pedal break ditekan sebelum gear ditukar dan hand break ditarik.

Khair tanggal tali pinggang keselamatan sebelum dia toleh memandang Lily membahang disebelahnya.

"Dan sebab tu abang percayakan Lily. Lily anggap doktor Ilham sebagai kawan sahaja kan?"

"Ya."

"Good then, abang tak akan cemburu kalau Lily rapat dengan dia." Khair tarik kepala Lily lalu melabuhkan kucupan di dahi isterinya sebelum keucupan itu turun ke kening, hidung, pipi dan..

"Abang! Solat asar!" Laju Lily tolak tubuh Khair. Turun naik nafasnya seperti orang baru lepas marathon.

"Baik.." Khair lepas tawa kecil.

Lily pula teguk air liur sambil menanggal tali pinggang keselamatan. Dekat dengan Khair seperti tadi buat dia hilang akal! Sebelum ia jadi berlarutan sebaiknya dia lakukan perkara wajib dulu!

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now