"Adakah tak terdetik satu pon rasa cinta dalam hati awak untuk saya selama ini?" Soal Erma lagi.

Khair diam merenung gadis dihadapannya. Matanya jatuh melihat Erma kemas memegang jari manisnya.

"Tidak."

Bagai ada batu besar bertubi-tubi menghentak diri, Erma tahan air mata. Perlahan-lahan cincin di jari manisnya ditarik.

"Adakah kerana Lily? Awak cintakan dia?" Separuh cincin itu sampai dijarinya. Erma kembali menyoal.

"Ya, saya cintakan dia." Akhirnya jatuh air mata Erma menitis ke pipi jatuh mengena cincin di jarinya.

"Sejak bila?" Suara itu bergetar.

Khair tarik nafas panjang lantas membuang pandang ke luar jendela bilik pejabatnya.

"Entahlah.. Yang pasti rasa tu sudah lama sebati dalam diri saya. Saya bahkan sudah cari sebuah rumah untuk saya dan Lily sebelum pulang ke Malaysia dulu." Tenang Khair menutur.

Erma yang masih menunduk perlahan-lahan mengukir senyum pahit.

"Awak boleh tahan confident juga ya."

"Nampaknya macam tu lah." Khair senyum segaris.

Erma tarik nafas panjang seraya itu cincin dijarinya ditarik lantas diletak dihadapan Khair.

"Ini hadiah pernikahan saya untuk awak dan Lily. Maaf saya terlambat.." Khair dan Erma sama-sama merenung cincin terletak elok di atas meja kaca itu.

"Saya harap awak dapat jaga Lily dengan baik. Dia tak ubah seperti adik saya. Saya sayangkan dia.."

"Terima kasih Erma."

"Saya minta diri dulu." Erma senyum segaris lantas bangun dari duduknya.

Khair masih diam di sofa.

"Semoga bahagia dengan dia." Sebaik itu Erma mengatur langkah keluar dari ruang terasa sesak itu. Mungkin dia perlukan satu tempat untuk hambur segala tangis dipendamnya sekarang.

•••

Bunyi deruman enjin buat Lily yang sedang menyiram pokok bunga berpaling. Tubuh Ferrari yang bergesel di kakinya dipandang sekilas.

"Tu papa awak dah balik Ferrari. Pergi lah dekat dia." Ujar Lily pada kucingnya. Melihat tubuh Khair yang sedang mehempas pintu kereta Ferrarri pantas berlari mendapatkan tuan barunya itu.

Seperti memahami Khair pantas tunduk dan mendukung kucing itu. Lily senyum seraya menutup paip dan menghampiri suaminya.

"Abang! Kenapa kotor tangan ni. Sampai jari pun hitam?" Berkerut mata Lily memandang jari Khair kehitaman.

"Oh abang dah basuh tadi tapi tak tanggal. Biasalah kerja bengkel Lily." Keluh Khair.

"Mari Lily tengok." Laju Lily tarik tangan suaminya lantas ditilik-tilik. Tanpa sepatah kata tubuh Khair diheret masuk ke dalam rumah.

"Duduk." Lily tolak Khair duduk di sofa sebelum dia menghilang.

"Lily tak tahu ini berkesan atau tak tapi Lily tak boleh tengok tangan abang kotor macam ni. Macam mana nak makan." Lily kembali muncul dengan beberapa botol di tangan. Make up removal, sabun, toner semua dia capai.

"Tak payah lah membazir produk Lily. Nanti abang boleh basuh sendiri." Lily jenggil mata memandang Khair. Tangan Khair dengan keras ditarik lalu dibasuh di dalam besen menggunakan sabun.

Khair geleng kepala sebelum perlahan-lahan dia sandar kepalanya pada sofa. Mata sudah melayu lagi-lagi tangannya dimainkan Lily menambah kantuknya.

Siap membersihkan tangan suaminya, Lily dongak memandang Khair yang sedang bersandar kepala pada sofa. Dengkuran halus lelaki itu turut kedengaran buat dia menyimpul senyum. Baru sahaja dia ingin bangun menyimpan perkakasanya.

Matanya jatuh memandang wajah suaminya. Satu senyuman lebar terukir di bibir.

KHAIR menggeliat kecil tangannya spontan naik menyentuh wajah apabila dia merasa ada bendasing sedang menghempap wajahnya sekarang. Mata pun dia tak dapat buka. Tegas terasa di kulit wajahnya.

Khair kerut dahi dengan sebelah kelompak mata perlahan-lahan terbuka mencerna apa yang ada ditarik di matanya tadi.

"Timun?" Sebelah lagi tangan bergerak menarik timun di sebelah kelompak mata kiri.

"Uhm." Khair perlahan-lahan bangun dari baringnya. Entah bila dia terbaring di sofa itu. Rasanya tadi dia tidur bersandar.

Pap!

Sekali lagi Khair kerut dahi memandang sesuatu seperti kertas putih basah atau tisu basah sedang jatuh di atas ribanya.

"Apa ni?" Khair tarik sebelum rahangnya jatuh memandang bendasing itu.

"Mask? Seriusly Lily?" Kepala dipaling mencari-cari susuk isterinya.

"Lily." Khair bangun lantas melangkah melilau mata.

"Lily!" Seketika langkah Khair terhenti saat dia melintasi cermin. Matanya serentak membulat memandang rambutnya diikat satu tepat di atas kepalanya. Seperti pokok kelapa pun ada!

Laju tangan Khair naik meragut ikatan itu.

"Haih.."

"Abang! Sorry Lily mandi tadi." Lily jenguk kepala dari pintu bilik. Wanita itu kelihatan sedang sibuk mengering rambut dengan tuala.

"Lily buli abang ke?" Laju Khair kalih kaki melangkah menghampiri isteri.

"Erk? Mana ada! Lily tolong bersih muka abang. Buat facial treatment kat rumah." Lily sengih menunjuk barisan gigi.

"Kan dah bersih muka abang ni.." Spontan tangan Lily naik menyentuh kulit wajah suaminya.

Khair teguk air liur. Dengan tubuh Lily dekat dengannya, aroma mandian wanita itu kuat menusuk hidung buat dia tak senang duduk.

"Lily.."

"Hm?" Lily jungkit kening memandang suaminya.

Tangan Khair perlahan-lahan naik menyentuh pergelangan isterinya.

"You look so pretty with those innocent eyes. I can't hold my desire again.." Perlahan dan sensasi terasa kucupan Khair di pergelangan tangannya. Lily teguk air liur tak berkelip memandang lelaki itu.

"Can I touch you again?" Tangan Khair naik memegang dagu Lily.

Seperti dirasuk Lily perlahan-lahan mengangguk kepalanya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now