"Aunty tak sangka Khair dan Lily sanggup buat Erma macam ni.."

"Aunty dirumah ni pun rasa sunyi sejak dia ada.. Keluarga Aunty sisihkan Aunty.."

Bunyi peti ais dikatup kasar buat Puan Ida terhinjut kerana terkejut. Dia pantas berpaling sebelum matanya membesar memandang Lily tenang dengan segelas air ditangan dan bersandar pada tubuh peti ais itu.

Serta merta air liur diteguk terasa kesat. Lagi-lagi melihat susuk tidak berperasaan wanita yang baru bergelar menantunya itu. Dia jadi gerun.

"Nanti Aunty call balik." Cepat-cepat Puan Ida matikan talian.

"Laa dah habis? Saya baru nak tengok drama jejak kasih.. Oh? Atau tajuk sesuai kasih tak kesampaian?" Lily lepas tawa kecil sangat jengkel dan sinis.

"Apa kamu buat kat sini Lily?" Keras tertahan-tahan suara Puan Ida memandang wanita itu.

"Saja datang nak tengok mama. Nampak macam merajuk sebab tak sukakn Lily.." Lily melangkah menghampiri Puan Ida buat perempuan itu meneguk air liur lantas berundur hingga pinggulnya rapat ke kabinet.

"Pergi sana! Jangan kacau!" Keras suara Puan Ida menghalau.

Lily senyum sinis lantas meraup rambutnya.

"Macam ni lah mama.." Sengaja Lily tekan perkataan mama agar wanita itu sedar status dirinya sekarang.

"Sebaiknya Mama jangan nak masam muka depan saya, menyampah." Terus terang Lily meluah buat mata Puan Ida membesar.

"Apa kamu cakap?!"

"Macam mana mama menyampah tengok muka saya yang dah hancurkan hati calon menantu kesayangan mama tu. Macam tu lah saya menyampah tengok muka mama sebab mama..."

"Dah khianati ibu saya.." Puan Ida kelu memandang mata itu. Tidak dia sangka sejauh ini Lily mampu mengertaknya.

"Aih, saya tak faham lah, orang-orang yang dah buat seseorang terbunuh tapi boleh pula bertenang dan bahagia merampas kebahagiaan orang. Ikutkan hati saya ni kan, kaki mereka yang dah bunuh Ibu saya tak layak jejak bumi ni."

Mata Puan Ida membesar.

"Kenapa terkejut?" Lily jungkit sebelah kening.

Dia perasan dada wanita itu turun naik menahan seribu rasa.

"Alaa mama, setakat tertangkap gambar berdua dalam bilik hotel tu, tak ada apa lah sangat.." Lily lepas tawa kecil buat Puan Ida ketap gigi memandang wanita itu.

"Kamu dah sangat berbeza Lily! Sanggup kamu buat macam tu?!"

"Saya boleh buat lebih dari tu mama.." Tak berperasaan mata Lily memandang Puan Ida.

Tubuh Puan Ida mengeras dengan debaran.

"Mungkin dulu Papa yang dan Aunty Sarah yang kena... Macam mana ya kalau selepas ni mama pula..?"

"Lily!!" Mencerlung mata Puan Ida pandang menantunya.

Lily senyum sumbing.

"Layan saya dengan baik layaknya sebagai menantu. Kalau tak, mama tahulah akibatnya.."

"Dan mulai itu.. seorang demi seorang ahli keluarga yang mama ada sekarang pergi tinggalkan mama.." Kata-kata bayangan Lily buat air mata bertakung di tubir mata Puan Ida.

"Lily!" Kedengaran suara Khair kuat memanggil buat Lily mengukir senyum manis.

"Tak apa mama.. Lily dah maafkan. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih ya.." Tangan Lily spontan naik mengusap air mata di tubir mata ibu mertuanya.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now