ON:E

56 5 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.


.

.


"KORANG! MADAM LEE DATANG!!"

Serentak itu, semua pelajar yang berada di dalam kelas itu mengambil tempat duduk masing-masing. Kekecohan yang berlaku di dalam kelas itu tadi mulai senyap apabila Madam Lee mula melangkah masuk ke dalam kelas.

Dengar saja high heels yang dipakainya saja sudah membuatkan pelajar-pelajar di Hanyang High School itu berasa gerun. Meremang habis bulu roma.

Madam Lee membetulkan cermin mata yang dipakainya itu. Diteliti satu per satu wajah anak muridnya. Ada yang duduk tegak macam tiang lampu. Ada juga yang sedang mengeluarkan buku tanpa sebarang bunyi. Ada juga makhluk Tuhan yang sedap je tidur macam tidur dekat rumah. Siap meleleh sedikit air liurnya.

Eww!

Rotan yang diperbuat daripada buluh itu dihempas kuat di mejanya. Membuatkan bahu semua pelajar di dalam kelas itu terenjut dek terkejut.

"OH SEHUN!!!"

Terus tersedar lelaki itu dari mimpi indahnya bersama si unicorn. Kepala yang tidak gatal digarunya perlahan. Air liur yang meleleh sebentar tadi dilapnya dengan lengan baju.

"Kamu ni, asyik tidur je! Dekat rumah kamu buat apa? Main tepuk amai-amai dengan cicak?" Soal Madam Lee garang.

Walaupun ayatnya yang terakhir membuatkan satu kelas ingin ketawa, namun wajah dinginnya itu membuatkan mereka hanya ketawa di dalam hati. Ya, itu saja yang mampu. Bersusah payah mereka menahan tawa yang tidaklah kelakar mana. Tapi, masih kelakar. Kan?

"Itulah, madam. Saya seronok main tepuk amai-amai dengan dia. Sampai tak sedar dah pa—"

"HAH, MENJAWAB! MENJAWAB! Nak kena berdiri dekat luar kelas ke?!" Pantas Sehun menggelengkan kepalanya laju.

Madam Lee membetulkan cermin matanya. Rotan yang dipegangnya itu dihayunkan ke kiri dan ke kanan. "Kalau tak nak, please answer this question."

Sebelah kening Sehun terangkat. Langsung tidak menunjukkan reaksi gelabah atau apa-apa saja. Tenang.

"Okay, fine. Malaysia sebelum merdeka dikenali sebagai?"

"Tanah Melayu."

"Tahun bilakah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan?"

"Tahun 31 Ogos 1957."

"Kenapa Madam Lee suka tanya sejarah Malaysia? Kita dekat Korea Selatan kot. Ajarlah pasal negara kita ni, bukannya negara lain." Sampuk salah seorang pelajar yang berada di satu sudut.

"Eh, hello! This is what we call ilmu pengetahuan. Apa salahnya tahu sejarah negara lain, am I right?" Pelajar yang lain hanya terangguk-angguk manakala beberapa pelajar termasuk Sehun hanga mendiamkan diri. Ouh ya! Si bihun tu boleh pulak sambung tidur. Dasar kawan cicak. Mainlah tepuk amai-amai lagi nanti.

☆ミ Lover ScentWhere stories live. Discover now