"Siapa?! Siapa yang buat anak aunty macam ni Khair?!" Kuat suara Puan Sarah menyoal.

"Sebaiknya Aunty tanya Erma sendiri. Saya dah call doktor Ilham untuk periksa Erma. Sebentar lagi dia datang." Ujar Khair sebelum anak matanya bergerak memandang wajah ayahnya dan Encik Fajir silih berganti. Keduanya kelihatan gusar.

Dalam masa sehari berbagai perkara berlaku. Lily pasti sudah lama merancang semua itu.

"Papa.. Uncle. Boleh Khair nak bercakap sekejap?"

"Ada apa Khair?" Soal Encik Fajir kembali.

"Jom kita cakap kat luar. Biarkan mama dan Aunty tengokkan Erma." Jawab Khair sopan. Encik Fajir dan Encik Rozi berpandangan seketika sebelum keduannya mengangguk kepala.

"APA? Lily?!" Membulat mata Encik Rozi mendengar apa yang keluar dari mulut anak lelaki bongsunya. Khair perlahan-lahan mengangguk.

Encik Fajir pula kelihatan mendatar sepertinya dia sudah tahu siapa punca disebalik semua ini.

"Sebab tu Khair minta papa jangan libatkan pihak polis. Khair janji, Khair akan bersihkan nama papa secepat yang mungkin." Rayu Khair.

"Biarlah Khair.. Uncle sudah tak dapat menahan lagi kalau Lily sudah melangkah sejauh ini.." Suara Encik Fajir kedengaran lemah. Sepertinya lelaki itu betul-betul kecewa.

"Sebaiknya uncle fikir apa yang buat dia jadi seperti itu."

"Khair!" Tegas Encik Rozi menegur anaknya. Khair menunduk.

"Maaf Uncle, Khair tak bermaksud.."

"Uncle faham Khair. Semua ni datang dari silap uncle sendiri. Lily terlalu sayangkan ibunya, sayangkan keluarganya. Uncle sudah fikirkan semua ini sejak hari pertama Uncle berkahwin dengan Aunty kamu.."

"Tapi sekarang semuanya sudah terlambat untuk Uncle baiki balik segalanya. Uncle sudah gagal untuk cegah Lily.."

"Kalau Khair berada di tempat Lily. Mungkin Khair pun akan lakukan perkara yang sama.." Khair pandang wajah papanya.

"Lily cuma mahukan kebahagiaanya kembali."

Encik Fajir senyum tipis membuang pandang kelaman rumahnya. Bagai terngiang-ngiang gelak tawa Lily bersama isterinya Anisa saat mereka masih bersama dahulu. Tak semena-mena air mata bergenang di tubir mata.

Dia sangat rindukan saat-saat itu.

"Kamu sangat peduli pada Lily ya Khair.." Encik Fajir berpaling memandang jejaka dihadapannya.

"Ya, sebab Khair cintakan dia.."

Tak berkelip mata Encik Rozi mendengar pengakuan anaknya.

•••

'Salah faham yang berlaku melibatkan ahli perniagaan terkenal bersama rakan baik isterinya tersebar di media sosial sejak semalam akhirnya telah diberi penjelasan."

'Anak lelaki bongsu kepada ahli perniagaan terkenal itu, Khair Bakhtiar, menjelaskan bahawa. Rakan baik orang tuannya itu sekadar singgah dengan urusan dan terus berlalu dalam beberapa minit di bilik tersebut. Ada juga video rakaman disediakan pihak hotel untuk membuktikan tiada adegan tidak senonoh berlaku dan pintu bilik hotel juga terbuka semasa wanita itu berada di dalam.'

"Dia hanya singgah atas urusan penting." - kata seorang pekerja yang menyaksikan wanita didakwa berduaan dengan ahli perniagaan itu terburu-buru masuk dan keluar dari hotel.

"Lagipula, papa saya di hotel tersebut atas jemputan dinner. Saya dan keluarga sudah dimaklumkan sebelumnya." Khair pula berkata dengan senyuman tenang.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now