"Apa nak buat ni?!!" Erma merengus. Lepas satu-satu masalah datang menimpanya hari itu.

"Kalau awak tak keberatan, awal boleh tumpang kereta saya. Nanti saya call orang untik ambil kereta awak." Tawar Azam. Erma diam sejenak berfikir. Dia sudah lama mengenali Azam. Lelaki itu bukanlaj sejenis yang mudah mengambil kesempatan pada seseorang.

"Baik. Terima kasih."

Azam tersenyum lantas mengangguk kepalanya.

LILY bersilang kaki di atas sambil tangannya bermain-main dengan kelompak bunga mawar yang ditabur pihak hotel di atas katil itu. Senyuman tidak lekang dibibir seperti dapat membayangkan raungan Erma sebaik perempuan itu sedar dari lenanya kelak.

Dengar bunyi lonceng bilik hotel, makin lebar senyuman Lily lantas bangun memulas tombol pintu.

Tercungap-cungap lelaki dihadapannya yang sedang mendukung Erma dimuka pintu. Lily menarik pintu lebar memberi laluan.

"Tak sangka kau book hotel mahal ni." Ujar Azam sambil meletak Erma terbaring di atas katil.

"Aku dah cakap, aku akan tolong kau. Setakat hotel mahal ni. Apalah sangat." Angkuh Lily membalas buat Azam tersenyum sumbing memandang Erma sudah terkulai di atas katil.

"Apa kau buat dekat dia?" Lily melangkah menghampiri Erma.

"Cuma bagi ubat tidur macam yang kau cadang." Balas Azam.

"Good.." Tangan Lily bergerak menyapa pipi mulus Erma.

"Malangnya Erma.. Kau tak akan dapat lelaki yang kau nak.." Ujar Lily sinis, hatinya sudah menggelodak mahu melepaskan tawa kemenangan.

"Okaylah, enjoy your honeymoon." Lily menegak lantas meraup rambutnya.

"Thanks Lily.."

"You are welcome." Sebaik menutur ayat itu Lily melangkah berlalu. Tombol pintu bilik dipulas sebelum dia tergamam memandang wajah seseorang berdiri tepat dihadapannya.

Mata Khair mencerlung memandangnya seperti menunggu masa untuk membaham.

"Abang.."

Khair menolak kasar tubuh Lily sebelum dia meluru masuk.

"Abang! Khair! Jangan!!" Lily cuba menarik tangan Khair tetapi lelaki itu lebih kuat merentap. Mata tajam Khair singgah diruang matanya buat dia terkedu. Jantungnya berdetak laju mengempam darah.

Kenapa dia takutkan pandangan itu.

Khair tarik tubuh Azam sebelum
Buk!! Dia melayang tumbukan kuat diwajah lelaki itu buat Azam berundur beberapa tapak kebelakang.

"Jangan jadi lelaki tak guna untuk miliki perempuan!" Dingin kata-kata Khair dilontar pada Azam.

"Sekali lagi kau bersubahat dengan dia!" Khair tunjuk jari kepada Lily.

"Kau akan hilang semuanya.." Mata Khair seperti helang menunjukkan dia tidak bermain dengan kata-katanya.

Malas menunggu lama tubuh Erma dicepung untuk dibawa keluar.

"Jangan buat sesuatu yang sakitkan diri Lily lagi. Itu yang abang nak Lily buat kan?" Tiada nada Lily berkata buat langkah Khair terhenti dimuka pintu. Lelaki itu sedang membelakanginya, dari belakang sahaja dia sudah nampak dinginnya.

"Tapi bukan dengan cara macam ni.. Abang akan bercakap dengan Lily nanti." Suara Khair jelas kecewa sebelum berlalu mendukung Erma keluar dari bilik itu.

"Sh*t!! Semua orang tak guna!!" Pekik Lily kuat. Turun naik nafasnya memandang pintu hotel masih terbuka luas. Rancangannya mahu menghancurkan hidup Erma GAGAL!

"Apa yang kau dah fikir dengan buat perkata terkutuk ni Lily.." Lily menoleh memandang Talia di muka pintu. Gigi diketap.

"Talia kau..."

"Kau dah jadi sangat kotor Lily..."

SAYA BARU UPLOAD VIDEO UNTUK BC DEKAT IG

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAYA BARU UPLOAD VIDEO UNTUK BC DEKAT IG. AND DALAM BULATAN TU VIDEO VIDEO RELATED DENGAN BUKAN CINDERELLA.

Ig : @thelollysnow

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now