"Ya Cik? Kenapa?" Seorang gadis datang menyapa.

"Saya nak jumpa Khair."

"Saya rasa buat masa sekarang, Boss Khair tak nak diganggu. Sebab dia nampak.."

"Saya tak peduli. Saya nak jumpa dia." Talia memang sudah biasa dilarang seperti itu. Jika dia berdegil, dia tetap akan berdegil. Tiada orang yang akan menghalangnya.

"Cik, sebaiknya jangan ganggu boss kami."

"Ini laluan pejabat dia kan." Mata Talia memandang papan tanda office dengan tangga ke tingkat atas.

"Cik!"

"Thank you." Talia senyum segaris buat Azwa lantas berlalu membuka pintu yang menghubungkan tangga ke pejabat milik Khair. Sebaik daun pintu pejabat dikuak. Matanya terjenggil memandang Khair yang sedang menjatuhkan kepala di atas meja.

"Ini bukan masa kau untuk tidur Khair Bakhtiar!" Keras suara Talia buat Khair perlahan-lahan mengangkat kepalanya.

"Aku tahu." Khair melepas keluhan berat.

"Kau tahu siapa yang buat papa kau macam tu?" Soal Talia seperti guru disiplin menyoal anak murid. Riak wajah Khair yang bersahaja cukup menjawab yang lelaki itu tahu semuanya.

"Kalau aku tahu, kau nak aku buat apa?" Jujur Khair dikuasai amarah dengan tindakan Lily sekarang. Dia sayangkan papanya, dan Lily terlalu melampaui batas melakukan perkara kotor itu.

"Ada sesuatu yang kau kena lakukan. Sebelum terlambat. Lily sudah buta dengan dendam Khair. Dia akan hancurkan hidup seseorang." Tak beriak Talia berkata. Dia tidak merisaukan orang itu, dia cuma risaukan sesuatu akan berlaku pada Lily jika dia terus dengan tindakan kejamnya. Lily boleh dipenjara.

"Maksud kau?"

"Ini bukan masa kau diam dan tengok Lily lakukan semuanya."

Berkerut dahi Khair memandang ke arah Talia.

"Tolong buat sesuatu Khair."

Bila dendam sudah dibawa berlarutan, semua orang akan rasa kesannya. Sedikit demi sedikit Lily menyusun rencana tanpa mereka sedar apa yang ada dalam fikiran gadis itu.

"Hanya kau yang dapat hentikan dia."

•••
VROOM!!
Erma tekan pedal minyak sambil matanya cemas memandang kereta belakang yang memberi isyarat lampu padanya. Apa yang pemandu itu nak?!

Beberapa kali dia melihat kereta belakang memberi isyarat lampu seperti memintanya berhenti. Dia betul-betul berdebar sekarang. Dalam keadaan begini, sudah pasti ada wartawan atau mana-mana pihak ingin mencari atau berniat buruk padanya.

Vroom!! Mata Erma membulat memandang kereta itu tiba-tiba memontong lantas berhenti mengejut di hadapannya. Hampir dia melanggar belakang kereta itu tapi mujurlah dia sempat menekan break kereta.

Erma teguk air liur memandang susuk yang baru keluar dari perut kereta. Dahinya berkerut mencerna wajah itu sebelum matanya membulat.

Azam!!

"Erma!" Azam ketuk tingkap kereta. Erma merengus sebelum menurunkan tingkap keretanya.

"Awak nak apa?!" Kasar Erma membalas.

"Tak, jangan salah faham. Saya kebetulan baru balik dari meeting. Terpandang kereta awak."

"So?" Angkuh Erma membalas.

"Saya suruh awak berhenti sebab tayat kereta awak pancit. Saya risau awak bawa dalam kelajuan macam tu. Nanti jadi apa-apa.." Mendengar sahaja tayar pancit Erma segera tolak pintu kereta sebelum matanya membesar memandang tayar belakangnya sudah kempit. Kenapa dia tidak perasan sebelumnya.

Bukan CinderellaDär berättelser lever. Upptäck nu