Puas menunggu dia keluar dari perut kereta sebelum menyapa salah seorang rakan sekelas yang masih disitu.

"Lisa tak keluar lagi ke?" Soal Puan Ida.

"Rasanya dia dah balik aunty. Sebab Lisa dah tak ada kat kelas." Balas anak kecil itu. Puan Lisa mengerut dahi. Memang dia terlewat sedikit hari itu kerana memasak untuk suaminya. Tapi siapa yang sudah menjemput Lisa? Erma atau Fajil?

Puan Sarah lepas keluhan sebelum dia capai telefon bimbit di belah penumpang. Melihat pesanan dari nombor tidak dikenali buat wajahnya tegang.

"Lisa.. Ya Allah.." Tidak menunggu nama, kereta pancuan empat roda itu dipecut laju meninggalkan perkarangan rumah. Sudah bermacam-macam andaian bermain dalam fikirannya.

Ibu mana yang mampu bertenang jika anaknya dalam bahaya.

Tidak sempat Puan Ida kunci pintu keretanya dia terus melangkah keluar dari perut kereta tanpa menutup daun pintu. Tiada apa yang ada difikirannya selain wajah anak bongsunya. Nafasnya bagai terhenti, wajahnya pucat tidak berdarah.

Sebaik pintu lif terbuka dia meluru masuk tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling. Matanya sudah merah berair. Dia meluru keluar sebaik sampai ke tingkat dituju. Dia sampaikan berlari anak mencari nombor bilik hotel sampaikan langkahnya terhenti di satu bilik tertera nombor yang sama dikirim nombor yang tidak dikenali tadi.

Turun naik nafasnya sebelum dia menekan loceng bilik hotel itu secara kasar. Terang-terang tertera perkataan VIP tidak mengganggu rasanya sekarang. Ikutkan hati dia ingin menerjah dan memecah pintu hotel itu.

Saat daun pintu hotel dibuka, Puan Sarah menolak kasar sebelum dia menerjah masuk ke dalamnya. Melihat seseorang yang terpinga-pinga memandangnya, Sarah turut tergamam.

"Rozi?"

"Sarah? Kenapa? Ada apa sampai terjah masuk bilik hotel saya?" Soal Rozi agak kasar. Dia baru sahaja tiba dihotel setelah mesyuarat tadi. Fikirnya mahu berehat sebelum solat asar tetapi sekarang situasi mengejutkan buat kantuknya hilang begitu sahaja.

"Mana Lisa?"

"Lisa? Kenapa dengan Lisa?" Soal Encik Rozi keliru.

"Saya dapat pesanan dari seseorang yang Lisa dibawa ke hotel ni?! Mana dia?!" Separuh menjerit suara Puan Sarah kedengaran.

"Mana ada Lisa dekat sini Sarah. Saya seorang je dari tadi." Encik Rozi mengeluh. Dia betul-betul tidak faham dengan situasi sekarang.

"Lisa ada kat sini.." Suara Puan Sarah bergetar sebak. Dia capai telefon sebelum menunjuk pesanan baru diterimanya. Mengucap panjang Encik Rozi membacanya.

"Demi Allah, saya seorang dalam bilik ni dari tadi. Lagipun buat apa saya ambil Lisa bawa kesini. Saya bukan orang macam tu." Terang Cik Rozi. Puan Sarah tarik nafas panjang.

"Kalau Lisa tak jumpa kita report polis."

Belum sempat Puan Sarah bersetuju telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Puan Sarah teguk air liur sebelum laju menjawabnya.

"Mama!! Mama kat mana?! Papa cari ni.." Membulat mata Puan Sarah mendengar suara halus anaknya ditalian.

"Lisa.. Lisa dekat mana?!" Keras suara Puan Sarah kedengaran.

Bukan CinderellaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora