2

668 68 6
                                    

Pagi sabtu itu memang Aqeedah dan Zehra semangat habis! Walaupun acara sekejap lagi merupakan acara paling cliche dalam abad ke-21 - senamrobik!

Paling busuk pun mesti akak-akak dan abang-abang yang terlebih glucose itu akan selitkan tarian ayam ; chicken dance!

Agaknya chicken dance ni memang dah masuk tarian wajibulghunnah untuk setiap aktiviti senamrobik!

'Nasib baik conductor zumba ibu tak masukkan gerakkan ayam ni!'

Ahh rindu pada ibu dan abibati sangat tinggi! Tak sabar nak balik rumah habis sahaja orentasi yang sememangnya bosan ini!

"Weh Aqeedah, kau tengoklah kejap lagi aku tunjuk dekat semorang balat terpendam aku menari ayam tu!"

"Kau ingat kau sorang je pro? Aku ni ehh malas nak cakap besar! Tak boleh jadi ni, aku kena make sure kau tersungkur masa aku duk kepak tangan aku masa dia orang start senamrobik nanti!!"

Lepas merepek, mereka sama-sama gelak. Terlebih ambil protein agaknya dua ketul ni!

"Morning semua! Amacam rehat semalam? Okay ke tak?"

Kali ini bukan Aniq tapi Ibrahim pula yang jadi emcee bagi acara pagi ini. Ibrahim nampak lebih relek dan tenang berbanding Aniq yang terlebih gula itu. Muka pun boleh tahan tapi bukan taste Aqeedah!

'Ceit bukan taste kau konon! Macamlah kau tu taste Abang Brahim!'

"Kejap lagi korang boleh tengok list name untuk grouping untuk treasure hunt..."

"Weh harap satu kumpulan Zah!! Aku tak nak awkward secara solo!"

"Amiin!!"

...

Memang betul sangkaan dua gadis itu! Lagu tarian ayam itu mula kedengaran di segenap kawasan lapang padang universiti.

Yang tadi beriya nak menari siap tunjuk bakat siapa lagi terror tapi mereka berdua tulah merupakan manusia paling kayu sekali! Buat tu buat, tapi macam tak bermaya langsung gerak tari mereka berdua.

...

*acara petang sudah hampir bermula*

"Memang jodoh kita dua ni kuatlah Aqeedah! Lega aku sebab dapat satu kumpulan dengan kau!!"

Mereka berdua sudah bergerak menuju ke kumpulan 7 yang berada di tengah- tengah padang.

"Kumpulan 7 ke ni?"

Anna Aqeedah mula bertanya bagi mendapatkan kepastian. Takut nanti dah syok-syok duduk, kena tukar tempat pula sebab salah kumpulan!

"Haah, ni group 7."

Zehra dan Aqeedah sudah mula mengemaskan duduk masing-masing agar lebih selesa.

Jumlah keseluruhan ahli kumpulan mereka ialah 10 orang tidak termasuk fesi yang bertugas.

"Assalamualaikum. Saya, Rizqi - facilitator untuk kumpulan 7."

Masing-masing anggukkan kepala tanda faham.

Ada juga dengar suara-suara mula berbisik ; memuji wajah si mahkluk tinggi lampai yang segak berbaju sukan dan bertopi berjenama Adidas.

'Macam poyo je mamat ni...'

Aqeedah, kau belum apa-apa dah cop poyo!

Zharif Rizqi mula memerhatikan list name yang dipegangnya.

"Before we start, it is better for us to know each other. Because this is our first time work as a team. I will start first. As mentioned before, my name is Rizqi specifically Zharif Rizqi. Final year student untuk course computer science ."

...

"Bapak ah macho habis suara!"

Zehra sudah mula berbisik di telinga kanan Aqeedah. Dasar lorh Zehra!

"Gatal eh kau!"

"Hehe, alaaa sambil menyelam minum air lah member..."

...

"Next boleh start dengan brother baju kuning."

Masing-masing mula mengenalkan diri seperti yang diarahkan.

Hakim, Rusly, Beto, Nora, Khusyairee, Danish, Lisa, Zehra dan Yusry

Hmm dah macam nama artis pula kalau susun betul-betul. Hakim Rusly, Beto Khusyairee, Nora Danish, Lisa dan Yusry. Hahaha...

And now it is my turn ladies and gentlemen.

"Hai. Nama saya Anna binti Aiman dan I'm an accounting student..."

"Hold on..."

Rizqi mula bersuara. Tadi elok je diam sampai turn Aqeedah nak komen padiaaa.

"Dalam list name ni tak ada pula nama Anna binti Aiman. Dekat list ni only have Anna Aqeedah binti Aiman. State your full name, please."

Part inilah paling Aqeedah tak suka. Sebab dia sudah sedia tahu namanya itu agak pelik.

Yelah, kau bayangkan jelah zaman dekat sekolah dan zaman matrik dulu hanya namanya sahaja berbunyi begitu.

Aqeedah.

Memanglah maksudnya sedap tapi Aqeedah tak berapa suka orang lain tahu nama penuhnya. Cukuplah orang management sahaja yang tahu nama penuhnya dan nama Aqeedah itu telah di khaskan untuk orang-orang yang rapat dengan dirinya sahaja. Yang lain-lain tu boleh panggil Anna sahaja.

"Kalau tak, it means you are not belong in this group."

Tambah Rizqi lagi.

Makin bersemangat Aqeedah ingin memaki lelaki itu!

"Anna Aqeedah binti Aiman from economic department."

"Ok thank you Aqeedah, so..."

"Anna. I prefer everyone to call me Anna not Aqeedah."

"Why?"

'Eii kau ingat ni sesi suai kenal antara dua insan sedang bercinta ke?! Semua benda nak tahu! Baik tanya terus alamat rumah abi dengan ummu, senang boleh masuk merisik!'

Geram sahaja Aqeedah saat ini dengan lelaki itu! Karang ada yang jadi sambal geprek kejap lagi kena lenyek!

"Calm down Aqeedah..."

Zehra sedaya upaya menenangkan angin kus-kus kawannya. Karang daripada aktiviti treasure hunt bertukar kepada aktiviti bacaan tahlil!

Tak sempat nak menjawab, suara Ibrahim kembali bergema.

Lega!

"By the way, anna not Aqeedah but Rizqi."

Translation: saya bukan Aqeedah tapi  saya Rizqi.

Zehra sudah pecah ketawanya! 

Kurang asam boi punya kawan!

"Menyampah aku!"

...


P/s: Okay ke tu? Kalau rasa kurang umphhh boleh roger-roger!!

P/s/s: JANGAN LUPA VOTE, SHARE and COMMENT okii <3 <3 <3

GERENTI, TAKKAN SUKA!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now