Bab 9☁

21 5 0
                                    

Setelah Haril dan Ayra membeli makanan, Haril terasa ingin terkucil jadi mereka bergegas ke arah tandas.

Sewaktu di depan tandas, Ayra berkata "sorry aku perempuan tak leh masuk" Haril hanya tersenyum dan masuk bersendirian. Semasa Haril sedang membuamg hajat kecil, Haril tak sedar jikalau, Fakhrul terbaring lemah tanpa ada gerak-geri di depan pintu tandas yang kedua.

"Fakhrul!" Haril nampak dan terus datang ke arah Fakhrul. "Fakhrul kau okey tak ni?" Tanya Haril namun tiada respon dari Fakhrul.

Mata yang tertutup itu, membuatkan Haril begitu risau. Pada waktu yang sama Ayra telah memasuki tandas setelah mendengar jeritan daripada Haril.

"Kenapa?!" Tanya Ayra yang kerisauan. Ayra melihat-lihat tubuh badan Fakhrul sudah ada lebam-lebam dan luka.

"Jom kita bawa dia ke bilik kesihatan!" Ajak Ayra. Tiba-tiba seseorang datang ternyata cikgu Darwish. "Fakhrul kamu okey?" Tanya cikgu Darwish sambil membelek-belek tubuh badannya.

Pada masa yang sama, sempat pula murid-murid lelaki yang ada di tandas mahupun di luar tandas bergosip, bahawa ada pelajar perempuan masuk ke dalam tandas lelaki.

Ayra segera bangun, dia berkata pada cikgu Darwish untuk munggu di bilik kesihatan. 'Aduh..malunya aku...apa jadi eh!!!!' Kata Ayra dalam hati.

◇◇◇◇

Di bilik kesihatan Sekolah Kebangsaan Intan Pernama. Akhirnya, Fakhrul tersedar dari pengsannya yang mengambil masa 2 jam. "Saya kat mana? Haril...Ayra..." panggil Fakhrul. Cikgu Darwish berkata "Haril dan Ayra dah balik kelas...tak apa, cikgu ada temankan kamu...kejap lagi pak wan kamu datang".

Beberapa minit kemudian, pak wan dan mak ton datang "Fakhrul kamu tak apa-apa? Habis teruk badan kamu dikerjakan...siapa punya kerja lah yang suka buli kamu ni?" Taya mak ton.

"Az-" tidak sempat Fakhrul menghabiskan kata-katanya, paan mencelah "Dah jom-jom balik! Luka ni!!" Pak wan membuat muka 😒 "paan...hormat sikit ye, ni sekolah bukan rumah kamu..." tegur pak wan. Paan membisu dan berlalu pergi.

◇◇◇◇

Keesokan harinya, Fakhrul tersedar dari tidur yang begitu lena dari sebelum ni. Dia terkejut melihat tubuhnya dibalut. 'Apa jadi semalam?' Tanya Fakhrul kepada dirinya.

Setelah bangun dari tidur, Fakhrul langsung tidak ingat apa-apa tentang semalam.

Di luar rumah, hujan lebat sekali lagi, Fakhrul duduk di atas sofa, sambil menonton televisyen. Sudah lama dia tidak menonton televisyen sehingga tak sedar mak ton dan wati duduk di sebelah.

"Ha tengok cerita apa tu?" Tanya wati sambil tangannya memegang secawan kopi. "Eh kak wati? Mak ton? Bila sampai? Fakhrul tak sedar pun..hehe" mak ton tergelak kecil.

"Macam mana kamu nak sedar...fokus sangat dekat televisyen tu...nanti kalau mak ton dan pak wan ade duit lebih, biar mak ton belikan televisyen baru." Kata mak ton tersenyum.

"Eh buat susah-susah je, lagipun Fakhrul bukannya tengok tv sangat" kata Fakhrul sedikit malu. "Tak ape.." "ermm mak ton...kalau Fakhrul nak tanya boleh?" Tanya Fakhrul agak sedikit getar suaranya.

"Tanye je lah, Mak ton dengar" mak ton dan wati sudah tidak sabar menunggu pertanyaan dari Fakhrul. "Kenapa tangan, kaki Fakhrul kena balut?" Mak ton tersedak "umm kamu-" tak sempat mak ton bersuara paan mencelah.

"Dey Fakhrul! Nak tau...kenapa kamu di balut? Kamu kena buli lah! Entah sapa buli kamu tu...cikgu dan kawan-kawan kamu jumpa kamu kat depan pintu tandas nombor 2 tau. Nasib tak luka teruk" panjang lebar paan jelaskan.

Mak ton mencubit bahu paan ketika dia mahu duduk "apa ni mak...sakitlah" paan berbisik pada mak ton "ha...tau pun sakit, mulut jaga sikit boleh? Jangan lah buat Fakhrul sedih lagi!"

Raut wajah Fakhrul berubah menjadi kesedihan. Fakhrul terus berlari masuk ke dalam bilik. 'Aku kena...buli ke? Azrif!' Jerit Fakhrul di dalam hati.

Bersambung

Menjelang Musim Hujan [TAMAT]Where stories live. Discover now