Bab 8☁

36 4 0
                                    

Selesai makan malam, pak wan berjalan ke luar untuk berehat. Sesampai di pintu untuk ke luar, pak wan ternampak Fakhrul duduk bersendirian. Pak wan pun menghampiri Fakhrul.

"Fakhrul...dah-dah lah tu, tak payah kesah kan abang paan kamu tu...dia memang macam tu, mulut tak reti nak jaga haih.." pak wan bersuara, tetapi Fakhrul tidak membuat sebarang reaksi.

"Fakhrul...maaf kan abang eh, abang tak sengaja nak cakap macam tu." Tiba-tiba muncul satu suara iaitu suara si paan, "Fakhrul, tak salah kan abang pun...Fakhrul masuk tidur dulu" Fakhruk meminta izin dan terus berlari anak masuk ke dalam rumah.

"Haih...apa salah paan, paan minta maaf je kut..." paan memuncungkan bibirnya. "Dah lah tu, dah besar panjang macam ni pun macam budak kecik lagi.." "yelah...oh ya! Mak kata, aqif dah nak balik? Betul ke?" Tanya paan mengenai adiknya Aqif.

"Iye...sempat lagi ni, kamu pergi kemaskan bilik si aqif." Suruh pak wan. "Ayai! Kapten!" Paan terus berlari anak ke dalam rumah.

◇◇◇◇

"Fakhrul! Kau ade kat rumah tak petang ni? Papa aku nak datang sebab nak ambik balik pingat aku...maaf eh sebab papa aku tercampak pingat tu, lagipun waktu tu papa aku tengah marah." Tanya Haril yang tiba-tiba memegang bahu Fakhrul.

"Aku dah maafkan...oh ya, emm petang ni aku tak ade kat rumah, aku ade dekat rumah pak wan aku...pasal pingat tu...aku hantar petang kat rumah kau boleh?" Haril menganggukkan kepalanya bertandakan boleh.

"Eyy korang ni...sembang tak ajak aku eh? Oh iya...cikgu idah akan masuk kejap lagi...baik kau masuk kelas Haril! Kalau tak aku catat nama kau...yang kau ni ponteng kelas padan muka hahaha" gelah Ayra bersendirian.

"Okey lah...aku masuk kelas dulu eh, Fakhrul...fokus tau...jangan pedulikan sangat si Azrif tu bye! Muahh aku rindu kau" Haril berpesan dan memeluk Fakhrul sebelum pergi.

"Yolah pakcik...bye!" Setelah Haril dan Ayra pergi, Fakhrul duduk termenung menunggu cikgu masuk.

'Kringgg' lonceng sekolah sudah berbunyi. Waktu yang dinantikan oleh murid-murid sekolah untuk makan. "Uhhh lapar nya...tak sabar nak makan" Haril mengusap perutnya kerana kelaparan. "Kau tak sarapan ke?" Tanya Ayra sambil berjalan bersama. "Tak...aku lupa nak makan hehe" Haril ketawa kecil.

"Oh ya! Mana Fakhrul? Aku tak nampak pun dia? Nak tak kita pergi kelas dia?" Tanya Ayra kerisauan. "Boleh je...tapi beli makanan sikit tau...aku lapar dah" Haril tersengih.

"Yelah..." Ayra dan Haril meneruskan perjalan mereka ke kantin sekolah.

◇◇◇◇

Di tandas lelaki tingkat 3, "aduh...sakitlah!" Jerit Fakhrul kesakitan. "Huh...kau tau kan apa kitorang nak? Kau tu tak layak ah kat sini! Sedar lah diri tu sikit!" Azrif memegang erat kolar baju Fakhrul.

"Aku tak ada duit lah! Kalau ada pun...aku tak akan bagi!" Marah Fakhrul kembali. "What ever...aku tak kesah lah kau ade duit ke.. tak de ke...yang penting aku dapat tumbuk kau sampai lenyai hahaha!" Azrif dan kawan-kawannya gelak sekuat-kuatnya tanda sungguh gembira kerana dapat membuli.

"Lepaskanlah!" Arah Fakhrul meronta-ronta dilepaskan. "Okey! Bush!"Azrif melepaskan kolar baju Fakhrul dan terus menyepak perutnya sebelum sempat Fakhrul melarikan diri. "Urhh..." dia sunggut berasa sakit dan pengsan. Azrif dan kawan-kawannya terus meninggalkan Fakhrul yang sudah lemah itu di tandas bersendirian.

"Padan muka biar kena kacau setan!" Kata Azrif.

Bersambung


Menjelang Musim Hujan [TAMAT]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ