Bab 2☁

96 7 0
                                    

Selesai menunaikan solat fardhu zuhur, Fakhrul mengemas² biliknya,dia membuat kerja sekolah sehingga siap dan dia juga tidak terlupa untuk menulis diari nya.

Hari ini...Haril tolong Fakhrul lagi ibu..nanti kalau Fakhrul ada duit..Fakhrul nak balas balik perbuatan Haril.
Fakhrul di buli lagi...kalau Fakhrul kuat. Fakhrul pasti berusaha melawan dorang.
Ibu, bila ayah nak berubah?
Ayah sering balik lewat malam keadaannya begitu teruk..
Ibu...Fakhrul rindu ibu...
Fakhrul harap dapat jumpa ibu di dalam mimpi.

Fakhrul menangis dan dia terlelap.

◇◇◇◇

Di rumah Haril, "Mama!! Malam ni..mama nak masak apa?!" Tanya Haril kepada ibunya yang sedang memasak di dapur. Hari ini ibunya tidak bekerja kerana tutup butik.

"Mama rasa nak masak ayam masak kicap kegemaran kamu lah..mesti kamu tak sabar kan?" Tanya ibunya membuat muka teruja "Eh mestilah Haril suka!" Haril begitu teruja.

Malam menjelang, bapanya sedang membaca surat khabar manakala ibunya dan Haril sedang makan. "Abang mari lah makan dulu..." ajak ibu Haril. "Tak apelah...awak makan lah dulu,saya tak lapar lagi." Jawab bapa Haril ringkas.

"Abang...dah² lah tu baca surat khabar tentang sukan tu..jomlah makan" pujuk ibu namun bapanya tetap tidak mahu "Saya kata saya belum lapar lagi. Tak faham?" Bapanya sudah naik marah tapi tetap menahan sabar.

"Haril!" Panggil bapanya, Haril memandang "Ya, papa ada apa?" "Papa nak tanya dengan kamu ni, kamu dah sedia tak dengan pertandingan sabtu ni?" Tanya bapa dengan agak tegas. "Dah papa! Umm Haril masuk tidur dulu ye" Haril meminta izin untuk masuk tidur.

◇◇◇◇

Keesokan harinya, hujan turun dengan agak lebat. Fakhrul keluar dari rumah "Alah hujan...macam mana ni ye? Ah redah jelah" Fakhrul membuka kasut dan stokinnya dia memasukkan ke dalam plastik. Bag nya juga dimasukkan ke dalam pastik besar. Fakhrul memakai baju hujan arwah ibunya. Dia memakai selipar dan berlari dengan pantas.

Sesudah sampai di sekolah, Fakhrul membuka baju hujannya, dia mengeluarkan kasut dan bag dari pastik, dia memasukkan baju hujan dan selipar ke dalam plastik dan membawanya masuk ke kelas.

◇◇◇◇

Waktu rehat tiba, Fakhrul bangun dari tempat duduknya dan menghala keluar ke kantin. Sebelum itu dia akan pergi ke kelas 2 orang kawan baiknya.

"Eh mana dorang berdua? Dah rehat dulu kah?" Fakhrul terus berjalan ke arah kantin. Ternyata ya mereka berdua sudah duduk makan dan berborak².

"Korang tak tunggu aku kan? Humm" Fakhrul berpura² merajuk. "Dah kau keluar lambat sangat ye kitorang pergi rehat dulu" Kata Ayra sambil menjeling ke arah Fakhrul.

"Hum yelah, aku nak beli makanan nih korang tunggu Eh" Kata Fakhrul sebelum pergi "Eh tunggu! Jalau kau lambat kitorang tinggalkan!!" Kata Ayra saja untuk menakutkan temannya.

Seusai makan mereka bertiga masuk ke kelas masing². Di kelas Fakhrul langsung tidak fokus pada pelajarannya dia termenung ke luar, "Bilalah...hujan nak berhenti?" Fakhrul sering kali memikirkannya.

Bersambung

Menjelang Musim Hujan [TAMAT]Where stories live. Discover now