"Dah disiapkan?"

"Belum, kami tak cukup tangan bang."

"Okay, biarkan saya yang buat, korang boleh focus baiki kereta yang masih belum siap." Ujar Khair. Dia juga tak mahu terlalu membebankan pekerjanya.

"Nice! kalua macam tu saya gerak dulu." Izwan angkat ibu jari sebelum melangkah meninggalkan Khair disitu.

KHAIR PEGANG LEHER sebelum kepalanya diregang menghilang rasa lenguh dan sakit. Mungkin semalaman dia tidur disofa buat kepala dan badannya jadi lenguh semua. Sudahlah penat dengan kerja bengkel. Malamnya pula dia terlelap disofa semata-mata risaukan Lily. Dia cuma tidak mahu Lily kembali melakukan kerja gilanya. Lihat dari pakaian dipakai gadis itu malam tadi. Pasti Lily sudah bersedia untuk tidur ataupun sudah tidur. Tetapi sesuatu buat gadis itu bergerak mengikut rasanya. Siapa sahaja mahu berjalan dalam hujan di pekat malam?! Sudahlah dia ke jambatan yang suram dan jarang dilalui orang di waktu tengah malam. Itu namanya kerja gila.

Mengingat soal itu Khair hela nafas berat. Ikutkan hati dia ingin mengomel dan memarahi Lily atau sesiapa pun yang berada di tempat Lily malam tadi. Tetapi setelah dia fikir apa yang dilalui gadis itu sehingga membuat Lily jadi sebegitu. Khair diam kembali.

"Bos!" Khair yang sedang jauh termenung ditempat pemandu disapa Azwa. Lelaki itu kelihatan terkebil-kebil seketika seperti kembali ke alam nyata.

"Bos okay ke ni?" Soal Azwa gusar. Apa taknya, dari tadi dia perasan majikan kacaknya banyak termenung sebaik usai melakukan minor service pada kereta pelanggan itu.

"Okay. Kenapa?" Soal Khair kembali. Azwa geleng kepala dengan senyuman tipis. Dia sudah lama bekerja dengan lelaki. Jika lelaki katakan mereka tiada masalah disoalan pertama. Maka janganlah memaksa untuk mereka luahkan. Lelaki akan luahkan juga jika mereka sudah selesa.

"Yang awak termenung dekat sini kenapa?" Khair pula yang menyoal Azwa yang kelihatan termenung dihadapannya.

"Ha? Tak! Pemilik kereta ni datang nak ambil kereta." Azwa garu kepalanya yang tidak gatal. Tak pasal-pasal termenung depan tunang orang.

"Oh doktor tu ke?" Khair matikan enjin kereta sebelum dia bangun dari tempat pemandu.

"Yup."

"Okay." Dari jauh Khair memandang seseorang sedang sibuk bercakap dengan telefon membelakanginya. Dia pandang Azwa yang melangkah menghampiri lelaki dan menunggu lelaki itu mematikan panggilan.

Tidak lama lelaki itu berpaling dan mematikan taliannya, mata Khair sikit membesar memandang susuk itu. Sudah beberapa kali bertemu, cukup buat dia mengecam wajah itu. Doktor Ilham lelaki yang telah berjaya buat dia cemburu tempoh hari.

Pandangan mereka bersatu apabila Azwa menunjuk ke arah Khair. Ilham awalnya kelihatan tergamam memandangnya sebelum wajah lelaki itu cepat menghulur senyum buatnya.

"Tak sangka, kau bukan calang-calang orang." Ilham hulur tangan Khair dengan senyuman tanpa dibalas lelaki itu. Azwa terkebil-kebil memandang lelaki silih berganti. Entah kenapa dia dapat rasa ada aura yang tidak kena antara keduanya.

Huluran Ilham juga tidak bersambut.

"Tangan aku Kotor." Khair tunjuk tapak tangannya menolak halus huluran salam lelaki itu.

"Lily tak cakap pula, yang kawan dia owner bengkel ni." Ujar Ilham memandang sekeliling. Jujur dia kagum dengan lelaki itu, dia tidak pernah terfikir lelaki yang berupa seorang ahli perniagaan seperti Khair sebenarnya lebih berminat untuk kerja sebagai mekanik dan yang lebih mengaggumkan. Bengkel itu milik lelaki muda itu.

"Oh Doktor Ilham kawan Cik Lily ke?" Azwa menyampuk teruja.

"Ya. Kami agak rapat sejak Lily sering sakit sejak dua menjak ni." Balas Ilham dengan senyuman.

"Oh ya? Saya tak tahu pula Cik Lily sakit. Patutlah dia nampak pucat dan badannya sedikit menyusut bila saya hari itu." Keluh Azwa. Lily juga kelihatan tidak seceria dahulu apabila dia cuba berborak dengan gadis itu. Adakah semua itu berkait juga dengan majikannya Khair?

"Dia cuma.."

"Kereta kau dah siap. Nah kunci kereta." Belum sempat Ilham membalas, Khair memotong lantas menghulur kunci kereta lelaki itu.

"Oh terima kasih.." Ilham pandang kunci kereta di tapak tangannya.

"Sama-sama." Dan sebaik itu Khair melangkah ingin berlalu. Lebih banyak kerja yang harus dia fikirkan selain mendengar lelaki itu menyebut nama Lily terus-terusan.

"Khair."Belum beberapa langkah, Ilham kembali memanggil nama itu. Khair tarik nafas Panjang lantas berpaling tanpa riak.

"Aku nak pergi ke rumah Lily lepas ni. Kau boleh temankan aku? Aku tak tahu kenapa, tapi Lily macam perlukan pertolongan aku. Dia ada cakap kakinya luka.." Mendengar ayat keluar dari mulut Ilham. Wajah Khair berubah buat seketika jelas dan cukup buat Azwa dan Ilham membacanya.

"Di rumah mana?"

"Yang pasti bukan rumah keluarganya. Lily ada bagi location. Dia cakap itu rumah ibunya. Aku rasa tak manis kalau aku dan dia berdua." Tenang Ilham menutur.

Khair kelihatan diam sejenak memikirkan sesuatu.

"Okay."

.

"Auw auw! Au! Sakit Ilham!" Berkerut wajah Lily menahan sakit di tapak kakinya.

"Ubat sapu ni memang pedih sikit Lily, tapi saya memang kena pakai yang ni sebab kaki awak dah mula bernanah." Balas lelaki itu. Wajah Ilham juga kelihatan serius dan berkerut menilik tapak kaki Lily.

"Silap haribulan kena potong juga lah kaki kau tu."

"Talia!!" Geram Lily memandang Talia yang tenang membawa dulang air.

"Lunch dekat sini dulu Khair, Ilham?" Dayang mempelawa, alang-alang dia sudah memasak untuk doktor Khair. Tak sangka pula si tuning Erma turut ada Bersama. Awalnya mereka agak terkejut. Tetapi sebaik Ilham menerangkan punca kenapa Khair ikut bersamanya ketiga-tiga mereka mengangguk kepala.

Tapi boleh pula doktor Ilham itu berfikir Lily mahu berdua dengannya dirumah itu. Memang mustahil! Lily awal-awal pagi sudah memerintah dia dan Talia untuk ke rumah itu.

"Boleh juga. Terima kasih.. Er.." Ilham kelihatan garu kepala cuba mengingat nama gadis itu.

"Dayang. Kita boleh jadi kawan lepas ni doktor Ilham." Dayang senyum tak bersalah buat Talia menayang muka mahu muntah.

"Jangan menggedik." Lily yang sedang menahan kesakitan sempat menegur.

"Come on, aku je kot single dekat sini."

"Excuse me?" Serentak Lily dan Talia membalas. Hakikatnya mereka semua single kecuali Khair!

"Kau orang boleh tahan kelakar juga kan? hahaha" Ilham geleng kepala dengan tawa kecil.

"Kenapa Lily tak pergi klinik je? Kenapa perlu panggil doktor Ilham kesini?" Soalan Khair mematikan mood orang-orang disitu. Hanya wajah Khair yang tidak menunjukkan dia selesa dengan orang-orang disitu.

"Lily dah muak bau hospital." Balasan Lily buat Khair garu kening sendiri. Lelaki itu menghela nafas berat lantas bangun dari sofa.

"Kalau macam tu, abang pergi dulu. Dah ada doktor kat sini dan kawan-kawan Lily untuk jaga tengokkan Lily." Lily mendongak memandang Khair tidak berkelip.

"Awak tak makan dulu Khair?" Soal Dayang.

"Saya masih banyak kerja dekat bengkel. Terima kasih." Khair menolak baik tanpa dia mengalih mata memandang mata Lily yang tak berkutik memandangnya.

Mata itu seperti mata si anak kecil yang pegun memandang seseorang yang bakal meninggalkan dia. Lily masih si gadis kecil yang comel di matanya.

"Oh okay."

"Terima kasih Khair." Ilham menoleh memandang Khair dengan senyuman. Khair sekadar mengangguk kepalanya. 

"Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa call abang." Sempat Khair mengusap kepala Lily sebelum berlalu dari situ. Satu senyuman terukir dibibir.

Sekurang-kurangnya hari ini dia tahu, kawan-kawan Lily tidak seburuk diceritakan Erma. Dan doktor Ilham bukan lelaki yang dicintai Lily.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now