"Aaaaarghh!!! IBU!!!" Bergema pekikan Lily berlawan dengan kuatnya bunyi hujan. Lily langkah perlahan menghampiri palang jambatan. Air sungai deras mengalir dibawanya buat dia makin teresak.

Terketat-ketar tangannya mencengkam palang besi itu.
"IBU!!! Lily datang!! Ibu!!!" Lily menjerit sepenuh hati. Tidak puas pekikannya tidak didengar. Lily mula memanjat palang besi itu.

"IBU!!! Argh!!" Kaki Lily tergelincir dek hujan lebat dan palang besinya licin. Mata Lily membesar, tubuhnya mula hilang keseimbangan sebelum..

"LILY!!!" Lily pejam mata rapat dan

Buk!!

dia dapat rasa tubuhnya terdorong kebelakang sebelum belakang tubuhnya terasa perit dan sakit.

"Kau dah kenapa?!! Nak mati?!" Terhinjut bahu Lily ditengking seseorang. Suara itu sangat jelas dan kuat. Perlahan-lahan kelompak mata dibuka sebelum dia pandang wajah seseorang jelas sedang tercungap-cungao mencari nafas.

Rambut lelaki itu jatuh kedahi buat air dari rambut itu jatuh kewajahnya.

"Abang.." Lily kelu.

Khair merengus sebelum dia bangun dari menindih tubuh Lily. Mujurlah dia cepat tadi, kalau tidau mungkin Lily tak akan dapat diselematkan dengan air sungai yang deras itu.

"Boleh tak kau kawal diri kau?! Kau ingat dengan jatuh dalam sungai tu boleh hilangkan semua benda ke?!!" Tengking Khair kuat, bukan niatnya mahu memarahi Lily. Tapi apa yang berlaku dihadapan matanya tadi betul-betul buat jiwa lelakinya keluar untuk melepas segalanya.

"Dengan sakitkan diri macam ni boleh hilang kepedihan hidup kau?!!" Suara itu betul-betul naik satu oktaf.

Lily kelu dengan tubuh masih terlentang di atas jalan. Dia buntu. Adakah dia hampir mati tadi?

Keadaan menjadi diam buat seketika, Khair yang masih terkejut dan terduduk di atas jalan dan Lily turut merasa perkara yang sama, tidak bergerak tubuhnya terlentang di atas jalan, merelakan hujan menimpa diri.

Lily perlahan-lahan menutup kelompak mata, kini dia baru merasa pedih dikakinya. Berlari di atas jalan dengan hujan lebat. Lily.. kenapa kau harus sakitkan diri kau macam ni?

"Bangun. Abang hantar balik." Setelah lama berdiam diri disitu Khair akhirnya tarik tangan Lily dan bantu gadis itu bangun dari baringan. Lily tidak membantah.

"Lily tak nak balik rumah tu.." Ujar Lily sebaik dia berdiri dengan kaki masih pedih. Berkerut-kerut wajah itu menahan pedih, sudahlah luka kaca tempoh hari belum lagi betul-betul sembuh.

"Okay." Khair hulur tangan buat Lily mengerut dahi. Wajah Khair bersahaja tiada riak.

"Kenapa?" Soal Lily.

"Abang tahu tapak kaki Lily sakit." Balas Khair ringkas . Lily hela nafas, lambat-lambat dia letak tapak tangan di atas tangan lelaki itu, dan serentak itu dia tersentak kerana Khair tiba-tiba menariknya mendekat lantas dengan mudah mencepung tubuhnya.

Lily diam tidak melawan. Dia terkebil-kebil buat seketika sebelum perlahan-lahan tangannya naik memeluk leher lelaki itu dan dia rebahkan kepala di dada Khair. Nyaman yang dia rasakan.

Disaat seseorang sedang mengalami kekusutan, tiada yang mereka harapkan selain seseorang datang memberi rasa nyaman dan mengembalikan rasa cinta yang sudah mati dihati.

"Macam mana abang tahu rumah ni?" Soal Lily sebaik Khair yang juga basah kembali mendukungnya masuk ke dalam rumah. Lily biasanya akan meninggal kunci diluar rumah kerana dia selalu terlupa untuk membawa kunci rumahnya tiap kali pulang ke situ. Sudahnya dia tinggalkan kuncinya disitu di tempat tersorok.

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now