"Aku rasa puas dengan buat semua tu."

"Tak kisah apa yang Lily fikir sekarang. Tapi abang cuma nak pesan jangan sampai semua dendam Lily makan diri Lily sendiri. Guna cara yang betul untuk tunjukkan kesakitan Lily bukan dengan cara macam ni." Wajah Khair mendatar sebelum anak matanya bergerak memandang susuk Encik Fajir melangkah laju ke arah mereka.

"Lily macam mana nak?"

"Sikit je ayah. Sekarang dah okay, cuma nak bergerak susah." Balas Lily kendur.

"Sekejap papa tolong.."

"Uncle. Izinkan saya tolong." Belum sempat Encik Fajir bantu anaknya berdiri. Khair pantas mencelah buat Lily terkebil-kebil dan Encik Fajir keliru.

"Tangan Uncle dah penuh dengan ubat. Lagipun Lily berat, biarlah saya yang tolong dia." Membulat mata Lily apabila dituduh berat oleh lelaki itu.

"Excuse me?!"

"Boleh Khair tapi tak susahkan.."

"Tak." Belum sempat Encik Fajir habiskan ayatnya Khair sudah bergerak menghampiri Lily sebelum tubuh gadis itu dicepung selamba buat mata-mata disitu memandang ke arah mereka.

Membulat besar mata Lily dengn situasi janggal seperti itu.

"Kalau tak nak sakit. Lebih baik Lily diam dan jangan melawan." Suara tak bernada lelaki itu buat Lily yang sedang mengeras tubuh tidak selesa akhirnya pasrah. Dia mahu membentak melawan tapi sebaik melihat riak ayahnya dia bantutkan niat.

"Lily okay?" Soal Encik Fajir gusar.

Lily hulur senyum tawar sebelum dia lambat-lambat mengangguk kepala.

•••

"Mama, kak Lily tak apa-apa ke?" Lisa dongak memandang wajah gusar mamanya. Dari tadi mamanya duduk di luar sekejap dia bangun menjenguk keluar pagar dan sekejap dia kembali duduk dalam kegelisahan.

"InsyaAllah tak ada apa sayang." Puan Sarah usap kepala anak kecilnya.

"Buat apa mama risau perempuan yang dah hina mama macam tu." Erma muncul bersama mug ditangan.

"Lily tu anak uncle Fajir kamu juga Erma. Janganlah cakap macam tu."

"Sampai bila mama nak dia layan mama macam tu ma?!" Keras suara Erma buat Puan Sarah berpaling menjenggil mata sebelum memberi isyarat pada Lisa yang masih kecil.

Erma merengus sabar.

Tak lama terdengar deruman enjin dan sebuah kereta masuk keperkarangan rumah. Puan Sarah pantas berdiri.

"Yeay! Ayah dan Kak Lily dah balik!!" Lisa bersorak bertepuk tangan melihat kereta ayahnya mula memakir tepat dimuka pintu.

Khair terlebih dahulu keluar dari tempat memandu diiringi Encik Fajir. Pintu belakang dibuka Khair sebelum tubuh seseorang yang duduk dibelakang dicepung keluar buat mata Erma tidak berkelip memandang babak itu.

Sakit.

Melihat wajah Erma sebegitu, Lily senyum sumbing. Ada bagusnya jika Khair mendukungnya begitu. Tangan spontan naik memeluk leher Khair tepat dihadapan Erma. Lagi-lagi Khair yang berhenti menunggu arahan Encik Fajir.

"Lily macam mana Fajir?"

"Dia tak melecur teruk. Khair bawa lah Lily masuk kebilik dia." Encik Fajir mempelawa Khair masuk. Khair sekadar mengangguk lantas melintasi Erma yang kelihatan terpaku memandangnya.

Senyuman Lily makin melebar. Walau sakit yang dia rasakan, entah kenapa permainan kali ini lebih mengasyikkan.

"Lepaskan leher abang." Teguran Khair buat Lily tersentak dan memandang sekeliling. Sejak  bila dia sudah sampai ke biliknya? Si Khair ni pecut ke apa?

Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now