Bab 2:Kisah Hidup Rafiq (Part II)

692 74 10
                                    

Walaupun hidupnya serba sedikit susah di rumah anak yatim itu, Rafiq sama sekali tidak merungut malah bersabar. Disebabkan perangainya dia amat disenangi oleh orang lain termasuklah orang dewasa atau tua disekelilingnya. Rafiq akan membantu mereka dalam setiap perkara yang mampu dia lakukan.

Penjaganya, Nur Raisha hanya tersenyum sambil memandang Rafiq yang sedang menyiram pokok di halaman rumah anak yatim itu. Dia juga turut senang dengan kehadiran Rafiq di sini. Dia sama sekali tidak suka menyusahkan orang lain melainkan dia benar-benar memerlukan bantuan. Dia mampu berdikari pada usia yang masih muda lebih daripada anak yatim yang berada di situ.

Walaupun begitu, dia tidak mempunyai sahabat kerana masalah komunikasinya. Setiap kali seseorang ingin bercakap dengan Rafiq, mereka harus menuliskan kata-kata mereka diatas kertas lalu membiarkan Rafiq menjawabnya. Ramai yang bingung dengan masalah yang dihadapi oleh Rafiq.

Ketika berusia 7 tahun...

Rafiq telah pergi ke sekolah buat pertama kalinya. Walaupun begitu, hari pertamanya di sekolah sama sekali tidak baik seperti yang orang lain jangkakan. Dia sering dibuli & diejek kerana masalah komunikasinya. Akibatnya, Raisha telah dipanggil ke sekolah untuk membincangkan masalah Rafiq bersama dengan guru besar sekolah itu.

Di pejabat guru besar...

Guru besar memandang Raisha yang sedang duduk di hadapan mejanya itu sementara Rafiq hanya duduk di luar pejabat itu sambil termenung. Dia sama sekali tidak memahami apa yang terjadi malah dia juga tidak berasa takut & sedih seperti kanak-kanak yang lain.

"Maafkan saya, tapi saya pasti yang masalah ini sangat menganggu orang di sini & saya mahu memastikan yang masalah Rafiq dapat diselesaikan dengan segera,"kata Guru besar.

"Tapi, kami sama sekali tidak tahu apa masalah Rafiq. Saya cuma penjaga di rumah anak yatim saja,"kata Raisha.

"Saya takkan terima. Apa yang saya mahu hanyalah masalah dia diselesaikan dengan cepat,"tegas Guru besar.

Di Rumah Anak Yatim Al-Ilmiah...

Rafiq sedang berjalan ke arah biliknya. Pada masa yang sama, dia tidak sengaja melalui kawasan yang berdekatan dengan bilik Raisha lalu dia berhenti & memandang Raisha yang sedang menangis di atas katil.

"Kak Raisha? Kenapa ni?"tanya Rafiq sambil berjalan mendekati penjaganya itu.

"Takde apa-apa, Rafiq. Kak Raisha penat je,"tulis Raisya lalu mengesat air matanya.

Rafiq memandang air yang mengalir dari mata Raisha. Dia sama sekali tidak mengetahui atau mengenali benda itu.

"Akak, apa tu?"tanya Rafiq sambil menunjukkan jarinya ke arah air mata Raisha.

"Oh, ni air mata, Rafid. Semua orang akan menangis bila rasa sedih, sakit atau terlalu gembira,"tulis Raisha.

"Air mata?"kata Rafiq sambil memandang Raisha.

Dia sama sekali tidak faham soal emosi. Yang dia tahu hanyalah rasa gembira, terkejut atau berani saja & yang selainnya belum pernah dia rasai.

"Rafiq, akak nak bagitau sesuatu ni. Mari duduk kat sini,"tulis Raisha.

Rafiq mengangguk lalu duduk di sebelah Raisha. Dia hanya memandang Raisha yang masih belum berhenti menangis itu.

"Rafiq, kak Raisha nak Rafiq jadi anak yang baik, kuat, berani, bertanggungjawab & amanah tau. Sebab bila Rafiq jadi macam tu, ramai yang akan sayang Rafiq tau,"tulis Raisha.

Rafiq mengangguk & dia mulai tertarik dengan hal itu. Raisha hanya tersenyum lalu menghulurkan sebuah buku nota yang sederhana tebal kepada Rafiq.

"Akak Raisha nak Rafiq gunakan buku nota ni baik-baik tau. Rafiq pun kenalah jadi bijak & pandai jugak. Barulah hebat!"tulis Raisya.

"Baiklah! Rafiq janji! Insyaallah!"kata Rafiq yang tersangatlah gembira dengan pemberian Raisha.

Beberapa tahun kemudian...

Pada awal pagi yang indah, kelihatan Raisha sedang menyediakan sarapan untuk anak-anak yatim yang berada di dalam rumah itu sementara itu, Rafiq pula sedang menyapu di ruang tamu sebelum bertolak ke sekolah setelah bangun lebih awal dari yang lain.

"Rafiq! Tolong kejutkan yang lain!"arah Raisha.

"Baiklah! Kak Raisha!"sahut Rafiq lalu pergi ke setiap bilik sahabat-sahabatnya yang lain untuk mengejutkan mereka bergitu juga dengan Syazwan.

Ketika Rafiq masuk ke dalam bilik Syazwan, dia dapat melihat yang hanya Syazwan saja yang masih tidur manakala yang lain sudah bangun bersiap. Dia hanya mampu mengeluh dengan perangai Syazwan yang seorang ni. Susah betul nak bangun awal pagi.

"Syaz! Oh Syaz! Bangunlah! Nanti lambat pulak!"kata Rafiq sambil mengejutkan sahabatnya yang maha malas ni.

"L..lima..lima tahun lagi,"kata Syazwan yang masih nyenyak tidur itu.

Rafiq hanya mampu mengeluh lalu mengangkat sahabatnya itu menggunakan kuasanya lalu mencampakkan Syazwan masuk ke dalam kolam ikan di luar rumah anak yatim tu.

Akibatnya, Syazwan akhirnya terbangun lah daripada mimpi indahnya itu.

"Fiq!! Tak guna kau!! Asal kau campak aku masuk kolam ikan pulak kali ni!!!"jerit Syazwan.

"Tulah! Mengeliat lagi nak bangun! Nah, rasakan akibatnya!"kata Rafiq sambil tersenyum.

Yang lain hanya mampu ketawa terbahak-bahak termasuklah Raisha. Dia tidak menyangka yang Rafiq akan kejutkan Syazwan dengan cara yang macam tu. Sebelum ni, Rafiq biasanya akan kejutkan Syazwan dengan menyumbatkan tisu ke dalam mulutnya itu.

Setelah bersiap, mereka semua makan sarapan bersama sebelum bertolak ke sekolah masing-masing. Kini Rafiq sudah berumur 15 tahun begitu juga dengan Syazwan & mereka berdua adalah yang ke-2 paling tua selepas Zulkifli Adam keluar dari rumah anak yatim itu.

Setelah selesai, Rafiq & Syazwan pun pergi ke sekolah mereka setelah menghantar beberapa orang anak-anak yatim yang bersekolah di sekolah rendah yang sedikit jauh dari sekolah mereka. Walaupun begitu, Syazwan masih merajuk dengan Rafiq atas perbuatannya yang mungkin sedikit keterlaluan lagi itu.

"Syaz, kau merajuk ke?"tanya Rafiq.

"Mana ada. Dasar Rafiq tak guna,"kata Syazwan yang mulai geram dengan pertanyaan Rafiq.

"Maafkan aku, tapi kalau aku tak buat kau takkan bangun tau,"kata Rafiq yang serba salah akan tindakannya itu.

Walaupun sudah menginjak remaja, Rafiq sama sekali tidak pernah berasa sedih melainkan hanya berasa bersalah akan sesuatu keadaan.

"Baiklah, aku maafkan kau tapi kau janji belanja aku makan waktu rehat ni,"kata Syazwan.

"Yelah, aku janji. Insyaallah,"kata Rafiq.

Mereka berdua berjalan sehingga tiba di perkarangan sekolah mereka. Sekolah Menengah Al-Ikhlas merupakan sebuah sekolah harian biasa di kawasan bandar itu. Walaupun begitu, pelajar yang miskin & ada masalah kewangan takkan diberikan yuran pembayaran. Itu sama sekali agak memudahkan urusan pelajar di sekolah itu.

Walaupun begitu, Rafiq juga bekerja separuh masa sebagai tukang cuci di sebuah restoran. Hal itu serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Raisha tetapi ia belum cukup untuk menampung semua orang & itu menyebabkan Rafiq terpaksa bekerja keras agar dapat menanggung perbelanjaan harian mereka malah perlu menumpukan perhatian pada pelajarannya juga.

Itulah sebuah kisah Rafiq sebagai seorang budak luar biasa yang membesar di sebuah rumah anak yatim setelah kehilangan kedua ibubapanya secara tragis.

Bersambung....

Rafiq:Budak Luar BiasaWhere stories live. Discover now