"Terima kasih." Lily menarik tangan dari pegangan Khair dan berlalu menuju ke dapur.

Khair hela nafas berat.

SARAH memandang Fajir diam mengemas barang-barang di dapur. Dari semalam dapur untuk kegunaan memasak nanti. Selepas ini mereka perlu memasak untuk dihantar ke masjid sempena tahlil yang akan dibuat disana.

Sejak semalam, mereka tidak bercakap. Fajir yang sibuk menguruskan urusan jenazah isterinya dan memujuk Lily. Dia juga turut bersedih, tetapi dia dapat rasa kedinginan Fajir terhadapnya. Walaupun berdua begini, Fajir tidak mahu bercakap dengannya.

"Fajir.." Tangan Sarah ragu-ragu bergerak menyapa belakang Fajir. Lelaki itu berpaling dengan dahi berkerut.

"Apa?" Dingin mata itu memandangnya. Sarah teguk air liur.

"Maaf. Awak terlalu dingin dari semalam dengan saya. Saya ada buat salahkah?" Serba salah Sarah bertanya. Fajir kelihatan diam sejenak memandang wajahnya sebelum lelaki itu memejam mata dan kembali berpaling membelakanginya.

Sarah mengeras. Betul. Pasti ada yang tidak kena, kalau tidak Fajir tidak akan beriak begitu.

"Fajir, beritahu saya. Saya tak mahu terus berdingin begini. Saya tak mahu tambah beban di kepala awak." Sarah bergerak ke sisi memegang lengan seseorang yang sudah 20 tahun bergelar suaminya.

"Kalau saya beritahu pun, Anisa tak akan kembali Sarah..." suara Fajir bergetar. Lelaki itu berpaling memandang Sarah dingin.

"A..apa yang awak cakap.." Jantung Sarah berdetak kuat. Entah dia rasa ada sesuatu yang besar belum diketahuinya.

"Anisa mati setelah dia tahu tentang perkahwinan kita 20 tahun yang lalu!!" Walau perlahan suara Fajir jelas dinginnya. Dunia seakan terhenti buat Sarah.

KTANG!!!

Kuat kedengaran bunyi gelas kaca pecah menyembah lantai. Fajir dan Sarah pantas berpaling sebelum keduanya tergamam.

"Lily!!" Fajir terlebih dahulu menerpa ke arah anaknya. Tapi saat tangan Lily ingin diraih Lily pantas menepis dan berundur beberapa tapak kebelakang.

Riak garang dan dingin gadis itu sudah cukup menjawab segalanya. Lily ketap gigi, bibirnya terketar-ketar. Air mata ditahan dari tadi sudah tak tertahan lagi. Kali ini bukan kesedihan tapi kesakitan dan kekecewaan mencengkam hati.

Turun naik dada menahan diri sakit tercengkam di hati. Dia dengar, dia dengar segala yang keluar dari mulut ayahnya. Ibunya Anisa tidak akan pernah memandu dengan laju selama ini! Itu sudah pasti angkara ayahnya!!

"Kenapa ni?" Puan Ida yang lain menuju ke dapur sebaik terdengar bunyi kaca pecah kuat sehingga membuat mereka turut terkejut.

"Lily kenapa?" Erma memegang tangan Lily yang tak berkelip memandang Encik Fajir dan mamanya.

Melihat Erma disebelahnya, wajah Lily menyinga sebelum kuat menolak tubuh Erma jauh darinya. Mujurlah Khair sempat menahan Erma dari rebah kelantai. Erma tergamam.

"Lily!!" Keras suara Khair.

"Pembunuh.." Tajam dan dingin mata Lily memandang orang-orang dihadapannya.

"Lily.. Ayah.."

"AYAH PEMBUNUH!!!!!" Lily tekup telinga dengan mencengkam rambut sendiri. Kuat pekikannya cukup buat satu rumah mendengarnya.

"Lily tenang.. Aunty boleh jelaskan!"

Lily mula teresak-esak memandang ayahnya dan Puan Sarah penuh kecewa. Sebaik itu dia melangkah laju ke satu tempat buat Encik Fajir tersentak.

"LILY!!"

Ktang!! Ktang!!

Segala gambar-gambar keluarga di dalam bingkai tersusun kemas di atas dinding di tarik dan dihempas kelantai. Amukan Lily tiada siapa mampu hentikan.

"Aaarhhh!!!"

KTANG!! Dengan air mata kesakitan dia menghempas gambar keluarga terbaru mereka. Yang mereka ambil beberapa minggu yang lalu. Mengenangkan sebuah kebahagiaan sebuah keluarga yanb diselit kepalsuan sejak 20 tahun! Kini dia faham apa yang dirasai ibunya.

Turun naik nafas Lily memandang bingkai-bingkai kaca sudah pecah di atas lantai. Hatinya sakit, terlalu sakit. Melihat senyuman ibunya di dalam gambar itu.

"20 tahun ayah tipu Lily dan Ibu..." Lily pandang Puan Sarah, pandangan penuh kejian dan hinaan.

"Ayah bunuh Ibu untuk perempuan murahan ni!!" Lily tunding jari kepada Puan Sarah buat semua disitu tersentak.

"Ayah tak bunuh Ibu!!" Keras suara Fajir.

"Satu penipuan yang tercipta sejak 20 tahun sudah cukup bunuh kami ayah. Walaupun Ibu tak meninggal sekali pun! Lily yakin hatinya pasti akan mati setelah tahu semuanya.." Bergetar bibir Lily mengungkap kata.

Perlahan-lahan fia berundur kebelakang..

"Lily!!" Erma menghalang Lily dari terus berundur merana kaca-kaca bingkai dekat dengan kaki gadis itu.

"Kau pun tipu Erma.." Lily senyum sinis dalam kepahitan,

Ktak! Ktak!

"Lily!!" Encik Fajir memejam mata melihat anaknya tidak berperasaan memijak kaca-kaca dilantai.

"Ayah dah bunuh Lily dan Ibu.." Lily memandang kakinya berdarah dilantai ditusuk kaca tajam. Pedih mula dia rasa.

"Ayah dah matikan hati kami.."

"Anggap sahaja anak ayah juga sudah mati." Lily pejam mata. Penat, itu yang dia rasakan.

Ktak-ktak! Tenang dia melangkah seperti tiada apa yang ada dilantai itu. Darah-darah pekat merah mengalir dari tapak kakinya.

"Lily! Jangan pergi!!" Encik Fajir melangkah tapi Khair terlebih dahulu menghalang.

"Khair akan uruskan dia." Ujar Khair melihat bekas-bekas darah dari kaki Lily dilantai sudah cukup buat dia gerun.

Encik Fajir mengalah, dia tahu. Dia pasti gagal untuk memujuk anaknya.

"Tolong Khair."

Khair mengangguk sebelum berlari mendapatkan Lily jauh di muka pintu. Orang-orang yang baru tiba mula berbisik-bisik penuh persoalan.

Khair berhenti melangkah sebaik melihat Lily duduk di tepi kereta dengan esakan. Pasti sukar untuk gadis itu lalui dengan berita demi berita mengejutkan. Khair tarik nafas panjang sebeum melangkah menghampiri gadis itu, dia sendiri belum pasti apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi melihat wajah mamanya tadi, dia pasti. Mamanya pasti sudah tahu semuanya.

"Lily..."

Bukan CinderellaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora