1

86 6 0
                                    


   Semuanya sudah berakhir. Ianya mengambil masa selama 3 hari untuk merawat aku di hospital. Aku pun tak tahu sakit apa yang aku alami. Kemudian, aku dibawa ke mahkamah.

Entah mengapa, alasan mempertahankan diri tak diterima. Katanya pendakwa raya, ayah aku ditikam bertubi2. Semacam memang aku sudah lama ada niat untuk bunuh ayah. Aku, Ana dan Ardel juga dipersoal, mengapa kami tidak ambil apa2 tindakan keatas ayah seperti buat laporan polis semasa ayah pukul kami? Entah. Aku juga tak tahu mengapa. Mungkin aku tak mahu polis terlibat dalam hidup aku.

Dihadapan ramai orang, aku mengatakan yang aku telah bunuh ayah aku. Itu saja yang dapat selamatkan Ana dan Ardel daripada dipenjarakan. Aku dengan rela hatinya berkorban. Mungkin ini adalah balasan kepada dosa2 aku yang lalu.

Sepatutnya aku dibawa ke Henry Gurney wanita walaupun aku belum berusia 18 tahun. Entah mengapa hospital mengatakan yang mental aku tidak stabil. Jadi, aku dibawa ke hospital psikiatri swasta. Kenapa swasta dan bukan Tanjung Rambutan? Ardel yang memohon daripada pihak mahkamah supaya aku menerima rawatan di situ. Seumur hidup.

Sedih sungguh pengakhiran hidup aku.

Dan aku kini berada diatas kerusi roda. Tangan diikat pada kerusi roda. Dua orang polis sedang menolak aku. Aku memerhati keadaan di situ. Jeritan beberapa orang di hospital itu agak menakutkan.

Benarkah aku perlu menghabiskan masa bersama2 dengan orang seperti mereka seumur hidup aku?

Aku tak sanggup untuk melihat lagi. Jadi, aku hanya memandang kearah lantai.

Tiba2, datang seorang doktor lelaki. Dia seseorang dengan badan yang agak 'tough'. Matanya agak sepet dan kulitnya putih.

''I pressume this is Iman Ridhuan, isn't'' kata doktor itu. Polis itu mengangguk setuju.

''Okay. Saya akan ambik dari sini'' katanya. Kedua2 polis itu berlaku pergi.

''Saya Doktor Kevin. Nice to meet you'' doktor itu memperkenalkan diri seraya menghulur tangan untuk berjabat dengan aku. Aku mengangkat kening sebelah.

Walaupun dia doktor, dia agak bodoh orangnya.

Bagitahu aku, macam mana aku nak bersalam dengan tangan terikat begini? Dia menarik tangannya kembali sambil tersenyum.
Dia mula menolak kerusi roda aku hingga ke sebuah bilik.

Dia buka pintu bilik itu kemudian menolak aku masuk ke dalamnya. Terdapat sebuah katil dengan cadar putih dan seliput putih. Terdapat televisyen kecil yang terletak diatas rak kayu pada hujung katil itu. Juga terdapat sebuah meja dan kerusi.

Ini merupakan bilik paling depressed pernah aku tengok. Aku yang waras ni pun boleh jadi gila kalau kena hidup dalam ni. Malangnya, memang aku kena hidup dalam ni.

Setelah aku berada dalam bilik itu, dia melepaskan ikatan tangan aku. Dia menyuruh aku duduk diatas katil. Aku hanya menurut.

Doktor itu mengeluarkan carta dari laci meja tersebut dan membacanya.

''Kau... Tikam bapak sendiri. Anak tak guna langsung kan kau ni'' kata Dr. Kevin sambil tersenyum.

''So, apa yang kau nak sebenarnya?'' tanya aku.

Terus hilang senyuman doktor itu tadi.

''You better watch that pretty mouth of yours. This is my domain and in my domain, I'm the lord'' balas Dr. Kevin. Dia ketawa. ''Dan kau hanyalah anjing aku. Understand?'' soalnya.

''Tak sangat'' jawab aku jujur.

Dia tarik rambut aku kuat. Aku menyeringai kesakitan. Kemudian bibirnya menyentuh telinga aku. Terasa seperti yerkena renjatan elektrik. Apa masalah doktor ni?! Dia tak boleh buat begini pada pesakitnya!

Dia berkata ''Aku boleh rasakan yang kita ni akan jadi kawan baik...''

* * *

   Aku tak dapat tidur. Hanya baring memandang siling putih. Mendengar jeritan2 pesakit lain sangat membingitkan telinga.

''Iman'' seseorang memanggil nama aku. Itu Ivia. Melalui suaranya, aku rasa dia berada di hujung katil aku. Namun, akibat gelapnya berada di dalam bilik ini, aku tak dapat melihatnya.

''Apa kau nak?'' tanya aku.

''Kau dah lunaskan hutang dendam kau. Kau patut berbahagia sekarang'' balasnya.

''Aku tak faham''

''Aku adalah kau. Aku adalah kau masa kau 7 tahun. Ya. Kau pernah lemas. Dan ayah kau salahkan kau. Sejak itu, kau taruh dendam nak hapuskan ayah kau''

''Tak! Tu bukan dendam aku! Itu dendam kau! AKU BUKAN KAU!!!''

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 03, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GelapWhere stories live. Discover now