14

37 5 0
                                    


   ''Kau nak apa lagi? Jangan kacau aku'' marah aku perlahan pada Shah. Jantan tak guna ni! Tak faham2 ke yang aku benci dia?!

''Listen to me first Iman'' katanya sambil pegang kedua2 bahu aku untuk menghentikan aku dari terus berjalan. Aku cepat2 tepis tangannya. Aku tengok jam di tangan. Ada lagi baki 15 minit sebelum pukul 7.30 pagi. Nasib baik aku sudah ada dalam kawasan sekolah. Selamat sikit kalau dia nak apa2kan aku. Tapi nasib tak baik juga bila ada pelajar lain yang sudah pandang lain macam.

''Cakap'' kata aku.

''Okay. Saya just nak kawan dengan awak. Salah ke? Saya layan awak baik perr. Nape awak balas cam tu?''

Aku mengeluh perlahan.

''Aku tak nak kawan dengan kau. Kau kena terima dan hormat keputusan aku'' balas aku.

''Tapi kenapa? Kenapa tak nak kawan dengan saya?'' tanya Shah.

Sebab aku benci kau jantan.
''Sebab aku tak suka kau. Dah. Cukup'' jawab aku. Aku baru hendak sambung perjalanan aku ke kelas. Dia cepat2 pegang lengan aku.

Aku beri jelingan maut. Dia terus lepaskan pegangannya. Dia ni tak tahu ke haram?! Oh, lupa. Memang dia tak tahu pun.

''Bagi saya...3 lagi sebab lagi kenapa awak tak nak kawan dengan saya'' katanya lagi.

Aku buat muka menyampah. Banyak songeh betullah dia ni.

Satu. Kau tak layak jadi kawan aku. Kedua, perangai kau mengalahkan binatang. Ketiga, hati kau kotor macam taik.

''Satu, kau tak sesuai jadi kawan aku. Dua, perangai kau dengan aku tak sama. Kita tak boleh nak blend in. Tiga, hati kau..terlaaaaluuu baik untuk berkawan dengan orang macam aku'' balas aku panjang lebar. Aku sudah cakap berlapik. Berlapik2 sampai lain terus dengan apa yang aku maksudkan.

''Hati saya terlalu baik? What do you mean? Oh2. Maksudnya, saya ni terlalu baik? Well, saya bukan suruh awak bagi sebab kenapa awak nak break up dengan saya'' katanya.

Aku betul2 malas nak layan lelaki itu. Aku berjalan menuju ke kelas, meninggalkan si kaki perempuan itu terkial2 di situ. Aku sudah bagi jawapan pada soalan kau, kau nak persoal balik? Serabut otak aku dibuatnya. Terdesak sangat nak berkawan. Bukannya tak ada kawan langsung.

Bagi aku, Shah ni 'typical jock'. Di mana dia ada beberapa kawan lelaki yang ada rupa yang selalu jadi kaki kipas. Ramai pelajar perempuan yang tergila2kan dia. Selain daripada ketua pelajar, dia juga pemain bola sepak dan atlet sekolah. Bukankah itu perkara baik? Tapi kenapa aku cakap dia 'jock'? Kenapa aku cakap perangai dia mengalahkan binatang? Dan kenapa aku cakap hati dia busuk?

Adakah aku seorang sahaja yang ternampak dia merokok di stor sukan lama? Adakah aku seorang sahaja yang ternampak dia buat 'projek' dengan seorang pelajar perempuan di tandas perempuan belakang bangunan? Adakah aku saja yang nampak dia belasah seorang pelajar lelaki di stor itu juga? Adakah aku seorang saja yang tahu dia terlanggar kucing dengan Porche hitamnya dan biarkan kucing itu menggelepar di tengah jalan? Aku juga yang angkat kucing tu, korek tanah tepi jalan pakai jari aku dan tanamnya di situ. Dan adakah aku seorang sahaja yang nampak semua kerja2 kotor lain yang dia sudah buat?

Bertambah2 benci pula aku padanya. Aku jijik dengan dia. Syaitan bertopengkan manusia.

* * *

   ''Okay, saya nak satu kumpulan ada dua orang untuk assignment BM ni. Tajuk, pilihlah apa2 yang berkaitan dengan remaja. Buat lebih dari 10 muka surat. Untuk kelas awak, kulit buku tu warna biru muda. Faham?!'' tanya Cikgu Murni setelah panjang lebar memberikan arahan.

''Fahammmm'' jawab pelajar kelas aku. Perlu ke tarik panjang belakang tu? Bukannya kau mengaji pun. 6 harakat bagai.

''Kelas ni ada berapa orang? 35?'' tanya cikgu. ''30'' jawab beberapa orang pelajar. Dan pelajar itu semestinya bukan aku.

GelapWhere stories live. Discover now