4

47 4 0
                                    


   Setelah 3 hari, aku dibebaskan. Ayah dan Ana jemput aku dari balai. Kami isi perut di Chicken Rice Shop sebelum pulang. Ayah tak henti2 serang aku dengan soalan2nya. Tak larat aku mahu jawab. Sudahlah tengah demam.

Sesampainya aku di rumah, aku terus masuk bilik. Ana turut masuk bilik aku.

''Kau suka Danial?'' tanya Ana tiba2.

Aku gelak. Lucu dengan pertanyaan Ana. Tapi pernyataan itu keluar dari mulut aku. Jadi, adakah aku gelakkan diri sendiri?

''Kenapa gelak? Kau yang cakap kan''

''Aku..benci Danial'' balas aku.

''Apa yang dia dah buat dekat kau?'' tanya Ana lagi.

''Tak payahlah kau tau''

''Whatever. Tadi masa dekat court, ayah memang power'' kata Ana.

''First time aku masuk court, teruja habis'' sambung Ana lagi.

''Aku dah cakap. Diorang memang takde bukti'' kata aku. Aku yang sedang duduk atas katil, bangun dan menuju ke almari. Almari dibuka dan snek Chipster dicapai. Aku buka dan makan atas katil.

''Citelah. Apa jadi dekat mahkamah tu?'' pinta aku pada Ana. Sesekali aku hulur Chipster padanya. Dia hanya menggeleng.

''Once upon a time, there was a girl who committed crime. On the day she should attend to the...'' belum sempat Ana menghabiskan kisah yang berwatak utamakan aku, aku sudah potong.

''Who committed crime? Dituduh okay. Watch your mouth. Or else..''

''Or else what, loser?!'' soal Ana. Matanya membulat.

''Or else, l'll smack your freaking face with my freaking flip flop! Do you think that l can't speak English? Go to hell'' balas aku. Tiba2 aku disampuk hantu berbangsa Inggeris. Sebenarnya, saja nak tunjuk skill.

''Aku patut cakap macam tu dekat Ardel'' sambung aku lagi. Ana ketawa kecil. Aku hanya senyum senget. Entah kenapa, kalau aku senyum, hanya hujung bibir sebelah kiri yang naik.

''Cite dia macam ni. Inspektor tu request nak sambung tempoh tahanan reman dilanjutkan lagi 3 hari sebab diorang tak dapat apa2 bukti lagi. Ayah bantah. Dia cakap, dalam diari siasatan polis, kau dah jawab semua soalan dia. Lagipun, ayah cakap, polis takde bukti kukuh'' panjang lebar penerangan Ana.

''Tahanan reman? Bagitau je lah yang tahanan reman tu aku'' komen aku.

''Biarlah aku. Dah itu yang aku dengar'' balas Ana.

Dia ambil nafas dan sambung. ''Then polis tu cakap yang kau tak bagitau the real reason kenapa kau bagi makanan tu pada Danial. Kau tak bagi kerjasama penuh la kiranya. Lepastu, ayah cakap yang kau bukannya dalam perbicaraan. Dan kau jatuh sakit bawah jagaan polis''

Ana ambil nafas panjang dan hembus kuat.

''Letih pulak aku cerita. Ok. Lepastu, court bagi keputusan supaya lepaskan kau. Court terima hujah ayah. Lagipun sebab kau budak bawah umur lagi. Dan...kalau polis ada apa2 perkembangan, dia ada hak nak tahan kau balik''

Aku yang ralit mengunyah snek terus mati selera bila Ana lafaz ayat terakhir.

''Iman, bagitau aku. Apa yang dah jadi actually?'' tanya Ana lembut sambil pegang bahu aku. Aku diam seketika. 7 kali aku fikir, hendak beritahu atau tidak. Dan akhirnya aku luah.

Aku cerita pada Ana tentang kejadian Danial malukan aku dalam kelas.

''Sebab tu je kau bunuh dia?'' tanya Ana perlahan.

''Aku tak bunuh dia. Aku letak julap sikit je dalam makanan dia. Hospital cakap, Danial mati sebab racun. Bukan aku yang letak racun tu'' jelas aku pada Ana. Jujur.

''Kenapa pass dekat Adam?''

Huh... Berjuta kali soalan sama. Mahu mampus aku jawab soalan ini.

''Aku tahu...yang Adam dengki dengan Danial sebab Danial jadi pengerusi kelab UM. Danial pernah cite kat aku pasal tu. Sebab tu aku pass dekat dia. So, orang akan syak dia''

''Takkan Danial tak syak apa2 dekat Adam?'' tanya Ana.

''Satu kelemahan Danial. Dia tak boleh tolak makanan''

''Pastu, Adam tu, nak pulak dia tolong bagi'' kata Ana.

''See. Memang dia yang letak,kan?'' balas aku.

Aku berhenti seketika dan mengeluh perlahan. Kemudian aku sambung ceritera aku. ''Aku nak kenakan Danial je. Aku tak tahu pulak sampai boleh bawak maut. Dan pasal racun tu pulak. Sumpah. Memang bukan aku. Jadi, aku rasa mesti Adam yang letak''

Ana hanya diam. Wajahnya serius. Otak pula sedang proses kenyataan aku.

''Kau tak bagitau ayah pasal hal ni?'' tanya Ana.

''Pasal apa? Aku letak julap tu? Gila ke? Tu tempah kubur namanya. Tak pasal2 aku kena sabit kesalahan lain. Baik aku tak payah bukak mulut langsung pasal tu''

''Tapi, kalau kau jujur, court boleh ringankan hukuman'' kata Ana.

''Weh. Memang aku dah jujur pun selama ni. Semua orang tanya aku kenapa aku letak racun? Aku dah cakap aku tak letak racun. Dah takde orang tanya pun pasal julap tu. So, aku diam je la kan'' balas aku.

''Loyar buruk betul ko ni kan'' kata Ana.

''Aku pun rasa Adam yang letak racun tu. Kalau tak, kenapa Adam nak tolong bagi kat Danial kan'' kata Ana membuat kesimpulan.

''Tau pun kau. Lagipun, kes ni, memang takde bukti. Pale hotak si Edi tu nak cari bukti. Nak selongkar bilik aku, cari racun? Memang takde la kan. Julap tu pun aku dah buang'' kata aku.

''Eh, tapi kan. Nanti, kau pegi sekolah, mesti malu punya. Sebab satu sekolah dah tahu pasal kau suka Danial'' kata Ana sambil tahan tawa.

''Lagi bagus. Mesti semua orang tahu, takkan aku nak racun orang yang aku suka'' balas aku.

''Mana tau kalau diorang fikir yang Danial tu friendzone kau. Sebab tu laa kau racun dia''

''Kau jangan nak start kau punya novel sampah tu'' kata aku.

''Biarlah. Aku punya novel, aku punya imaginasilah'' balas Ana. Dia menjeling.

''Adam tu bodoh. Kenapa dia bukak mulut pasal hal ni? Orang akan lagi suspek dia. Kononnya nak dakwa aku yang buat, so that dia tak jadi suspek. Tu la. Gali kubur sendiri'' sambung aku.

''Kau...tak rasa bersalah ke?'' tanya Ana.

* * *

   Esoknya, aku ke sekolah. Dalam perjalanan aku ke kelas, beberapa pasang mata tak lepas dari memandang aku. Mahu dicungkil saja biji mata mereka.

Aku duduk di tempat aku. Tiba2 Sanna menegur aku. ''Amacam tido lokap?''

Aku hanya diam. Langsung tak hiraukan sindiran Sanna. Mukanya pun aku tak kerling. Berbisa juga mulut Sanna. Aku ingatkan dia hanya sotong biasa. Sotong bermulut laser rupanya.

Sanna bangun dari tempat duduknya dan menghampiri meja aku.

''Kenapa kau bunuh Danial, hah? Kau tak puas hati apa dengan dia? Kau bagitau aku skarang'' jerkah Sanna perlahan.

''Apa bukti kau yang aku bunuh dia? Jangan jadi bodoh. Buat tuduhan tak berasas'' balas aku tanpa memandang mukanya. Aku pura2 sibuk mengemas laci meja aku.

''Kau dengar sini. Yang kau bunuh tu, kawan baik aku. PEGI MATI LAA KAU! PERANGAI SETAN!'' tempik Sanna. Satu kelas memandang kami berdua.

''Mana kau bila dia nazak dekat tandas tu? Ada kau pegi tengok dia? Masa tu kau maki kawan kau. Dan makian kau tu lah kata2 terakhir yang Danial dengar dari 'kawan baik' dia. Tak rasa macam kau bunuh dia?''

GelapWhere stories live. Discover now