11

40 4 0
                                    


Masih tinggal sehari lagi sebelum sampai tarikh yang ditetapkan untuk aku bayar seratus ribu. Dan sampai sekarang, aku hanya ada 2 ribu sahaja. Aku dah tak tahu macam mana nak dapatkan lagi 98,000 ribu. Lantaklah.

Sudah lama aku perhatikan Danial. Dia akan ke kantin setiap kali waktu rehat. Dan dia akan minum air kosong yang dibawanya ke sekolah setelah masuk ke kelas. Satu perangai yang ada pada Danial yang boleh buat rancangan aku berjaya. Dia tak boleh tolak kalau orang tawarkan dia makanan percuma.

* * *

Waktu rehat hampir tamat. Danial masuk ke dalam kelas. Dia duduk di kerusinya lalu teguk air kosong.

Cikgu Fazia yang mengajar subjek Fizik masuk ke kelas dan sesi pembelajaran bermula.

Kira2 10 minit kemudian, aku lihat Danial tertunduk2 dan tangannya menekan perut. Mukanya berkerut2.

''Awak tu dah kenapa?'' tanya cikgu yang baru menyedari keadaan Danial.
''Tah lah cikgu. Sakit perut sangat2 dah ni'' jawab Danial. Dengan nada suara yang begitu, aku boleh tahu yang dia memang sakit perut yang teramat. Kasihan benar aku tengok.

''Pegilah sick bay. Saya benarkan'' kata cikgu. Danial bangun perlahan2 dari kerusi. Saat dia bangun, terus keluar bunyi kentut yang kuat.

''Yek!!'' jerit seorang budak perempuan. Yang lain pun begitu.

''Busuk dowh! Ni berapa lama tak berak ni?!'' komen pelajar lelaki pula. Ada juga yang buat muka nak muntah. Aku di sebelahnya hanya diam. Walhal aku sendiri pun nak termuntah.

Kemudian aku lihat, seluar sekolah Danial bertukar warna di bahagian punggung.

''Eeeee!! Kau buang kat sini?!'' kata kawan lelaki yang duduk disebelahnya.

Muka Danial merah padam. Aku sempat hulurkan minyak angin kepadanya. Dia ambil. Danial berlari keluar kelas tapi terhenti di hadapan pintu. Dia terduduk dan mengerang kesakitan. Cecair likat ataupun tahi meleleh ke lantai.

Pelajar2 lain sudah bising. Menghina, mencaci dan memaki hamun Danial. Cikgu tutup mulut dan hidungnya.

Danial bangun dan berlari. Mungkin ke tandas. Tahinya merata2 di koridor. Kelas semakin bising. Cikgu mengarahkan budak lelaki kelas aku memaklumkan pada cleaner sekolah untuk membersihkannya.

''Sape2, pegi tolong tengok dia. Risau pulak saya. Teruk sangat dah tu'' arah cikgu. Tak sangka, tak ada orang pun rela hati nak pergi tengok Danial.

Aku bertambah kasihan padanya. Tak akan aku pula yang nak pergi tengok Danial. Aku kan perempuan. Tak guna betul budak lelaki dalam kelas ini. Semuanya pentingkan diri.

* * *

Aku tilik jam tangan. Jarum menunjukkan pukul 4.38 petang. Aku tengok tempat Danial. Dia masih tak masuk kelas. Beg sekolahnya masih ada. Danial selalunya balik awal. Kenapa masih tak masuk kelas? Adakah dia tertidur di sick bay dan tak sedar lagi?

Aku rasa risau. Aku ke sick bay bahagian lelaki. Aku perhati sekeliling dulu sebelum aku masuk. Takut2 ada orang nampak.

Tak ada orang di dalam. Lupa pula. Tiada kasut di luar. Aku ke tandas lelaki. Aku tak tahu Danial ke tandas lelaki yang mana satu. Jadi, aku ikut kesan air yang hampir kering di lantai memandangkan cleaner sekolah mop kotoran yang dihasilkan Danial.

Dia ke tandas yang paling hujung dan paling bawah. Nasib baik tak ada orang langsung di sekeliling. Hari ini pelajar tingkatan 5 tak ada kelas tambahan petang. Jadi, tak ramai pelajar yang balik lewat.

Aku pada mulanya panggil Danial dari luar memandangkan suara aku bergema dalam tandas. Tapi tak ada jawapan. Aku lihat sekeliling lagi untuk memastikan tiada orang ketika itu. Aku masuk cepat2.

GelapWhere stories live. Discover now