16

41 4 0
                                    


   ''Basuh pinggan tu. Jangan nak jadi anak raja sangat. Ingat, kau tu menumpang je tau'' kata Ardel sebaik sahaja aku bawa pinggan aku ke sinki. Aku baru usai makan malam.

Aku tak menjawab. Hanya akur akan arahannya. Aku bukan tak mahu menjawab. Dan aku bukannya nak jadi Cinderella sangat. Baik tak bertempat. Cuma aku rasa apa yang dikata Ardel itu memang benar. Memang aku menumpang, aku bukannya anak raja dan apa salahnya aku buat kerja rumah sikit.

Selesai aku basuh pinggan mangkuk yang penuh sinki, aku masuk dalam bilik. Ivia datang lagi. Kali ini, aku sudah tak gentar.

Aku tutup pintu bilik. Lalu aku duduk di kepala katil.

''Kau nak apa?'' tanya aku pada Ivia apabila aku lihat dia duduk hujung katil aku.

''Kau perlu balas dendam'' jawabnya.

''Balas dendam apa pulak?''

''Pada Ardel. Dia dah buang surat mak kau. Surat tu je yang mak kau bagi pada kau. Surat tu je yang kau ada''

Aku terdiam. Memang betul apa Ivia kata.

''Kau nak buat apa?'' tanya aku. Macam menarik cadangannya.

''Kau yang buat'' katanya.

Aku yang buat? ''Tapi aku nak buat apa?''

''Aku boleh arah kau dari belakang'' cadang Ivia.

''Arah aku dari belakang? Orang lain tak nampak kau ke?''

''Hanya kau yang aku pilih untuk nampak aku''

''Tapi Irsyad kenal kau. Maksudnya dia pernah nampak kau'' balas aku.

''Irsyad? Kau jangan sebut nama dia'' kata2 Ivia buatkan aku tertanya2 apakah hubungan dia dengan Irsyad.

Tapi, aku tak mahu bertanya lebih lanjut. Pasti tak lama lagi akan terbongkar juga.

Kembali kepada cadangan Ivia. Macam bagus saja. Tapi aku memang tak tahu macam mana nak buat.

Tiba2 pintu bilik aku terbuka. Ana rupanya.

''Ayah cakap dia tak balik malam ni. Outstation 3 hari. Esok pegi skolah dengan Ardel'' kata Ana. Aku hanya angguk. Dia keluar dari bilik dan tutup pintu.

''Macam mana?'' tanya Ivia sebaik sahaja Ana pergi.

''Macam mana apa?''

''Malam ni. Lepas Ana tidur'' kata Ivia. Dia kemudiannya menghilangkan diri.

Malam ni? Lepas Ana tidur? Oh ya! Tentang balas dendam? Aku boleh saja.

* * *

12.19 a.m. Ana dah nyenyak. Aku tutup pintu biliknya perlahan supaya tak menghasilkan bunyi.

Aku ke bilik ayah. Aku buka pintu biliknya tanpa ketuk. Kelihatan Ardel sedang melayan telefonnya.

''Kau buat apa hah?! Tak reti ketuk? Bagi salam?'' soal Ardel dengan suara yang agak kuat. Aku buat bodoh. Aku menuju ke meja solek yang penuh dengan produk kecantikan.

Aku buka laci meja itu. ''Kau nak apa? Keluar!'' tengking Ardel. Dia masih lagi berlunjur di atas katil. Seksi betul. Kenapa nak pakai seksi2? Ayah aku tak ada pun.

Aku buat tak endah lagi. Aku terjumpa sebentuk cincin dalam kotak cincin. Ada banyak batu permata atasnya.

Aku kira batu itu. ''1..2..3..1..2..3..4..5..6... Wah. 18 batu. Banyak betul''

''Kau nak buat apa dengan cincin tu hah?!'' pekik Ardel. Dia bangun dari katil.

''Aku nak buang. Kau dah ada banyak barang kemas. Yang ni..nak buat apa lagi?'' balas aku. Aku segera turun ke tingkat 2. Ardel cuba kejar aku dari belakang.

Aku buka pintu gelangsar dan campak cincin itu keluar.

''Aaaaaa!!! Apa kau buat ni?!! You're stupid b*tch!'' Ardel menjerit. Sakit telinga aku.

''Kenapa nak marah? Kau buang barang aku'' balas aku.

''Kau gila ke?! Aku buang kertas kotor kau je. Kau buang cincin aku! Cincin permata! Setanding ke?!'' marah Ardel. Mukanya bengang. Air mata laju menitis. Ada aku kesah?

''Surat tu..surat tu memang nampak kotor, nampak murah pada mata kau. Tapi pada aku tak. Dan macam cincin ni. Aku tak nampak pun yang cincin ni berharga. Ni bukan tentang mahal. Ni tentang makna. Surat tu sangat bermakna buat aku'' jawab aku.

Aku terus masuk bilik aku. Puas hati aku. Aku duduk atas katil.

''Kenapa tak buang cincin tu?'' tanya Ivia. Macam mana dia tahu aku tak buang? Bahaya betul si Ivia ni. Semua benda yang aku buat dia tahu. Padahal dari tadi dia hanya duduk dalam bilik aku. Kononnya nak ikut aku dari belakang.

Aku keluarkan cincin itu. Kemudian aku perhatikannya. Aku tak tahu macam mana boleh muat 18 batu permata atas sebentuk cincin.

''Bodohlaa kalau aku buang. Baik aku jual. Dapat duit'' kata aku.

* * *

   Perut aku meragam pagi2 buta. Aku tak tahu kenapa. Rasa macam malas nak pergi sekolah tapi hari ini cikgu nak ajar tajuk baru. Jadi, aku terpaksa pergi sekolah.

Pagi ini, Ardel yang hantar aku dan Ana pergi sekolah. Dia tak sediakan sarapan pagi itu. Dalam kereta, dia hanya diam.

Tak lama selepas itu, kami sampai. Ana sudah masuk kawasan sekolah. Aku baru hendak tutup pintu kereta.

''Hey! Kau jaga eh budak. Just wait and see what l can do to you '' kata Ardel beri amaran.

''Silakan. Aku tunggu'' kata aku. Aku hempas pintu Range Rover merah metaliknya kuat. Kemudian, aku masuk ke sekolah. Ingat aku takutkah Ardel? Aku bukan macam kau, perempuan murah.

Bodohnya ayah aku. Kereta bini lagi mahal dari kereta sendiri. Tertipu dengan penampilan Ardel. Tak tahukah ayah aku yang Ardel tu hanya mahu harta? Tak mampukah ayah lihat ikhlasnya sayang umi aku pada dia?

* * *

Masa rehat tiba. Aku tak rasa mahu makan dek kerana perut yang sakit. Aku tak pernah sakit perut semacam ini. Aku hanya letak kepala atas meja dan cuba untuk tidur. Sudah separuh aku guna minyak Mastika aku guna di perut dan kepala tapi masih sakit.

Loceng berbunyi tanda waktu rehat bagi menengah atas sudah tamat. Budak kelas aku berpusu2 masuk ke kelas. Tiba2 Danial datang tegur aku.

''Weh, kau tak sihat ke? Pegilah sick bay'' katanya. Aku hanya diam. Malas mahu membalas. Nak bangun pun aku tak larat.

''Nak aku teman ke? Hahah'' gurau Danial. Ini bukan masa yang sesuai untuk bergurau. Aku rasa nak tumbuk sesuatu. Boleh tak aku tumbuk dia?

Daripada aku dengar bebel Danial yang tak habis, baik aku pergi. Boleh tidur atas katil. Aku bangun perlahan.

''Weh!!! Apa belakang kau tu! Darah!!'' jerit Danial. Aku kaget. Terus aku pandang ke belakang.

''Patutlah kemurungan semacam je... Rupanya...''

Arghhhhhh!! Macam mana aku boleh tak sedar yang benda ni keluar?!

Satu kelas sudah pandang aku.
Aku ambil beg galas aku dan tutup bahagian baju aku yang penuh darah. Aku lari guna pintu belakang dan terus ke tandas.

Macam mana ni?! Habis baju sekolah aku. Aku nak balik macam mana nanti? Aku kunci pintu tandas. Aku buka baju sekolah dan kain, kemudian aku sental di sink tandas. Lepas kesan darah dah tak kelihatan, aku perah baju itu. Macam mana aku nak pakai baju basah ni?

Aku pakai juga baju sekolah itu dan terus ke sick bay. Nasib baik tiada siapa2. Aku buka baju sekolah dan kain sekolah. Aku sidai di tingkap. Dan nasib baik jugalah aku pakai t shirt putih longgar di dalam dan bukannya singlet. Aku memang sedia pakai seluar track sebelum pakai kain sekolah. Senang untuk aku pecut ke mana2.

Aku ambil beberapa helai kertas kajang dari beg aku dan letak atas katil. Aku kemudiannya duduk atas kertas itu. Aku tak mahu katil itu kotor kerana terkena darah yang ada pada seluar aku.

Aku rasa terbakar. Api dalam diri terasa meluap2. Aku sungguh marah pada Danial. Lelaki bodoh! Tak guna! Si kaki kepoh! Mujur saja aku tak lumatkan kau di situ.

Kau tunggu saja Danial. Hari ini kau malukan aku. Lain hari, kau akan malukan diri kau sendiri.

GelapDonde viven las historias. Descúbrelo ahora