20

86 5 0
                                    


   Aku baca nota terakhir dari umi.

     Terlalu lama aku hidup seksa, aku tak mampu tanggung. Tiba masa untuk ayah kau sambung jalankan tanggungjawabnya. Aku sayang kau Iman.

Umi

Aku teliti lama kertas A4 yang sudah ronyok itu. Ada sikit tompokan darah yang sudah kering di atasnya. Aku masih mempersoalkan lagi dengan pernyataan umi aku. Kalau umi aku sayang aku, kenapa dia tinggal aku? Kenapa dia lepaskan aku pada lelaki yang telah buat umi dan aku bahagia dan kemudian lelaki yang sama juga telah beri derita buat kami berdua.

Aku terbayang rupa ayah aku yang dulu. Sentiasa letih bila pulang ke rumah. Rambut kusut dan jambang penuh. Kini, dia merupakan lelaki segak dengan rambut kemas dan tiada janggut dan misai. Nampak muda 10 tahun dari umur asal. Masa hidup bersama umi aku, dia seorang peguam. Kini, dia ialah pendakwa raya. Dengar kata, jadi pendakwa raya lebih senang daripada jadi peguam bela. Aku pun tak tahu kenapa. Aku hanya terdengar entah dari mana.

Aku pakai earphone. MP3 aku mainkan lagu The 7th Element yang dinyanyikan oleh Vitas. Aku hanya dengar lagu Vitas sahaja. Serba sedikit yang aku tahu tentang Vitas ialah dia berasal dari Ukraine. Mamat yang lahir pada 1979 itu punya tahap suara yang mencapai 7 oktaf. Memang power.

Memandangkan aku tak ada apa2 mahu dibuat, aku kemas baju2 aku. Aku lipat semuanya dan susun dalam almari. Baju sekolah aku gantung guna penyangkut baju dan aku gantung pada palang besi yang ada dalam almari. Semua buku aku, aku susun atas rak buku. Lusa sudah mula bersekolah. Aku bukan suka sangat pergi sekolah tapi itu saja cara nak keluar dari rumah.

Tiba2, bunyi ketukan pada pintu bilik aku. Aku buka pintu dan lihat ayah berdiri di situ. Mukanya mesra dengan senyuman. Dia mengajak aku bersarapan. Aku benci lihat muka itu. Dia tak pernah tunjuk muka manis pada aku dan umi. Aku tak faham kenapa ayah benci umi. Aku saksikan sendiri bagaimana umi masak letih2 dan tahan kantuk menunggu ayah pulang. Dan semua itu umi tunggu hanya untuk lihat muka masam ayah bila dia pulang dari pejabat dan maki hamun ayah kerana tak sedapnya masakan umi.

   ''Abang dah balik? Makanlah abang. Saya dah masak'' kata umi seraya mengambil beg bimbit ayah dan letak atas kerusi.

''Aku tak nak. Aku penat'' balas ayah. ''Makanlaa sikit. Saya pun penat masak'' pujuk umi perlahan.

''Aku cakap aku tak nak aku tak nak laa! Kau tak paham ke?! Aku letih cari duit buat makan pakai kau! Aku nak tidur pun salah ke?!'' tengking ayah aku.

Aku hanya mampu lihat drama itu dari sebalik pintu bilik aku yang tak tertutup rapat.

   ''Biy, duduk makan. Ana, Iman, meh breakfast sekali'' pelawa Ardel. Biy? Kau panggil ayah aku babikah? Meluat benar aku dengar suara yang sengaja dilenggok manja itu. Kalau umi aku bersuara macam tu pada ayah, ayah masih lagi akan tinggalkan umi ke?

Aku duduk atas kerusi dengan malas. Tiada lagi senyum yang terukir pada bibir aku sejak ayah tinggalkan kami. Mungkin ada jarang2 tapi semuanya senyum palsu.

Aku capai satu sandwich telur. Aku tak pernah sarapan dengan umi. Aku turun awal ke sekolah dan hanya akan makan malam dengan umi.

Tapi aku tak makan sandwich itu. Aku letak balik. ''Iman dah kenyang'' kata aku.

''Tapi Iman tak makan dari semalam'' balas ayah aku. ''Tak selera'' jawab aku.

GelapWhere stories live. Discover now