2

43 2 0
                                    


   Aku lihat perangai ayah semakin lama semakin berbeza. Kalau masa mula2 aku pindah ke sini, dia turut semua kehendak Ardel. Tapi sekarang, dia dah melawan sama Ardel. Mungkin sebab sudah tidak tahan dengan perangai perempuan itu.

Bagus juga begitu. Memang tak salah. Tapi yang salahnya, dengan aku dan Ana pun kena marah, kenapa pulak?

''Iman! Ana! Keluar sekarang!'' laung ayah aku dari luar bilik. Aku yang sedang siapkan kerja sekolah pada hari minggu ini, tersentak mendengar laungan 'malaikat maut' itu.

Aku cepat2 keluar dari bilik. Wajah ayah tampak serabut sekali. Kemudian, Ana turun dari tingkat 3.

''Korang ni! Nama je anak dara! Tak reti kemas rumah ke?! Ardel! Kau keluar dari bilik tu!'' marah ayah.

Aku dan Ana hanya tadah telinga.

Seketika kemudian, Ardel juga turun ke ruang tamu.

''Kau Ardel! Tak reti nak tengok budak dua ekor ni! Kau jangan asyik nak melawa je. Bukannya lawa sangat aku tengok. Cam beruk pakai tepung gomok!'' hambur ayah.

Aku dan Ana hampir tergelak. Ardel kelihatan sangat marah. Tetapi dia tak melawan.

''Aku buat lawak ke?'' tanya ayah. Matanya menjegil kearah kami. Aku dan Ana terus diam.

''Aku tanya kau ni... Ada aku buat lawak?!'' tengking ayah.

Dia tolak kepala aku. Aku terundur ke belakang. Aku agak terkejut apabila dilakukan sedemikian oleh ayah. Selepas itu, ayah menampar bahu Ana kuat. Ana tergamam.

''Aku dah tak larat nak jadi baik. Aku jadi baik, korang pijak kepala aku'' bebel ayah.

Ayah menuju ke biliknya.

''Korang...okay tak?'' tanya Ardel. Wajahnya terpancar kerisauan.

''Okay ke kalau kena tampar? Kau pernah rasa ke?'' soal Ana. Dia terus meluru masuk ke bilik aku.

''Kenapa ayah jadi macam tu?'' tanya aku pada Ardel. Ardel balas dengan keluhan seraya duduk di atas sofa.

''Aku pun tak tahu. Aku mengaku, sebelum ni memang semua salah aku. Aku tak dengar cakap dia. Asyik melaram. Tapi aku dah berubah okay. I'd try to finish all the chores. Learn to cook. Everything. Tapi, Ridhuan tetap salahkan aku''

Air mata Ardel tak dapat dibendung lagi saat dia meluahkan perasaannya.

''Dia ada orang lain ke?'' tanya aku. Aku tumpang kasihan pada Ardel.

''Maksud kau?''

''Perempuan lain''

''I don't know. Maybe''

''Aku pun terkejut jugak dengan apa yang dia buat tadi. Dia tak pernah naik tangan dekat kitorang'' kata aku.

''Setahu aku, Ridhuan tak pernah ambik benda haram. Tapi sekali tu, dia balik lewat. Aku perasan, dia mabuk. Sikit. Bau dekat baju dia. Memang dia ambik alkohol'' kata Ardel.

Seriuslah ayah aku buat macam tu?

''Macam mana kau tau tu alkohol?'' tanya aku. Masih ragu2 dengan kenyataan Ardel.

''Aku pernah laa try. Benda jahat apa je aku tak pernah buat. Tapi tu dulu'' jawab Ardel.

''Apa kata kau try siasat. Kau kan ada kereta. Pergilah follow dia lepas dia habis kerja'' cadang aku.

''Hmmm... I'll think first''

''Nak pikir apa lagi? Kau nak biar je suami kau macam tu?'' kata aku. Biarlah bahasa agak kasar. Ardel tak komen pun.

GelapWhere stories live. Discover now