21

157 8 2
                                    


   Aku baru siap kemas semua baju dan buku aku. Aku bawa turun tangga bagasi hitam lusuh bersaiz sederhana dari tingkat 1 Flat Wawasan. Sampai di bawah, aku tarik bagasi hingga ke kereta ayah aku, buka but kereta dan letak beg dalamnya. Kemudian aku naik semula ke rumah aku, ambil raga penuh buku yang hampir sama berat dengan aku. Mungkin, 43 kg. Kalau bagasi tadi aku boleh angkut, yang ini, sumpah memang tak kena dengan kudrat aku.

Aku tolak raga hingga ke tangga dan termenung sekejap memikirkan cara untuk buku ini sampai ke but kereta ayah. Kali ni, aku terpaksa minta tolong ayah aku yang sedari tadi duduk di dalam Vios peraknya sambil dengar muzik entah apa.

Aku masuk semula ke dalam rumah aku yang dikelilingi rumah pemilik bangsa Cina. Sering saja berbau colok. Aku ke tingkap. Dari tingkap itu, aku dapat lihat Vios ayah yang berada di bawah.

''Ayah! Ayah! Boleh tolong Iman angkat buku tak?!'' aku laung dari situ. Ayah berpaling. Dia mengangkat kepala tanda 'nak apa'.

''Tolong Iman angkat buku!'' aku ulang permintaan aku. Dia kemudiannya keluar dari kereta dan naik ke tingkat 1. Mujur saja rumah aku yang paling dekat dengan tangga.

Aku pegang hujung raga dan ayah pegang hujung yang satu lagi. Kami perlahan2 bawa turun dan masukkan dalam but kereta. Aku tutup but dan duduk di seat hadapan.

Walau aku terlalu benci pada Ridhuan, aku tetap tahu adab dengan orang tua. Dia bukan pemandu aku. Siapa Ridhuan? Tidak kenalkah sama malaikat penjaga pintu syurga? Tapi Ridhuan yang aku arif adalah Ridhuan yang sumbat aku dalam neraka jahanam.

* * *

   Aku hanya diam sepanjang berada dalam kereta bersama Ridhuan yang sedang memandu.

''Iman, ayah dah daftar Iman masuk sekolah baru kat sana. Isnin minggu depan, Iman dah boleh start sekolah'' kata ayah aku memecah sunyi. Aku hanya diam tak menjawab. Fikiran aku terlalu sarat, serabut hingga boleh bikin pecah. Aku serabut dengan DJ di radio yang sedang bikin lawak hambar dan memori yang sering kali bergentayangan di layar minda.

Biar aku cerita. Sebab ini kisah aku.

Aku pulang dari sekolah pada malam itu macam biasa, 11 malam, memandangkan aku baru balik dari bekerja di Badik Mini Market sebagai penjaga kaunter. Aku akan ke Badik pada pukul 5 petang. Aku miskin. Paling tepat papa kedana. Aku perlu bekerja setiap hari di Badik bagi meraih RM5 untuk sejam demi membiayai ilmu yang aku timba di sekolah. Baru aku tahu ilmu tu mahal. Aku tak percaya kata2 'Tak semua benda boleh dibeli dengan duit'. Sekarang, beritahu aku barang apa yang boleh dapat tanpa duit.

Umi aku hanyalah seorang pembersih di Plaza Tol Shah Alam. Dia bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Ramai yang kata pekerjaan itu tak sesuai untuk umi yang masih muda dan cantik. Aku juga menyokong. Umi punya ijazah dalam bidang perniagaan di UPM dulu. Tak sangka boleh tertipu dengan kawan baik sendiri dalam bisnes. Aku tak tahu secara terperinci tapi apa yang aku tahu, ibu buat pinjaman dengan along sampai 50 ribu untuk bisnes kawannya. Sampai sekarang umi aku merana bayar pinjaman beserta bunganya sekali kerana kawannya itu tiba2 menghilangkan diri. Kalau begitu, layakkah dipanggil kawan? Itu syaitan namanya.

Perjalanan dari Shah Alam ke Puchong memang buat aku bosan. Aku tutup telinga dengan earphone dan putar lagu di MP3. Lagu yang dinyanyikan oleh mamat Rusia berjudul Mama kedengaran. Siapa lagi kalau bukan Vitas. Biarlah kau nak kata citarasa aku dalam muzik sangat pelik, asalkan aku rasa tenang bila dengar walau aku tak faham sepatah haram pun apa yang disebut. Dan tajuk lagu itu buat aku teringat umi.

Aku terfikir, macam mana boleh ada flat buruk yang aku duduk tu, di tengah2 kota raya serba moden? Tapi dalam masa yang sama aku agak bersyukur sebab kalau flat buruk itu tiada, mana lagi rumah yang sewanya 400 sebulan.

GelapWhere stories live. Discover now